Punca Kelimumur dan Cara Nak Hapuskan Kelimumur






Saya sering mengalami kegatalan dan kelemumur di kepala. Saya sudah puas mencuba pelbagai jenis syampu dan rawatan kepala. Benarkah perkara ini disebabkan masalah stres? Mohon penjelasan daripada doktor.
 Murni, Kedah

Jawapan
Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia.

Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.
Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.

Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

Masalah kelemumur ini juga boleh disebabkan jangkitan yis malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Namun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur. - utusan

Petua Ratusan Tahun 
Atasi masalah rambut gugur, kelimumur dan gatal-gatal dengan formula dari minyak argan, minyak kelapa dara dan minyak zaitun



Selalu gugur rambut? Masalah botak? Rambut Nipis?
Selalu Warna, Iron dan rebonding? Rambut Rosak?

Formula Minyak Argan, Minyak Zaitun dan Minyak Kelapa Dara boleh suburkan kembali rambut dan mengalakkan pertumbuhan sel-sel rambut yang baru.

Kelebihan Minyak Argan

Asal Minyak: Buah Argan, Magribi, menjadi turun temurun rahsia kecantikan bangsawan rom sejak ratusan tahun yang dahulu

Minyak Argan Dan Anti Oksidan
Kandungan Vitamin E yang tinggi, 2 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun. Vitamin E adalah penting untuk membangunkan dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otot. Minyak Argan mengandungi lebih daripada 80% mono dan asid lemak poli tak tepu, yang mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.
*Meneutralkan radikal bebas.
*Melindungi tisu-tisu pengantara.
*Suburkan sel-sel rambut dan mengalakkan pertumbuhan sel-sel rambut dan kulit yang baru
*Merangsang oksigen dalam badan.
*Meningkatkan keupayaan otak.
*Mempunyai pengaruh yang baik terhadap hati dan pencernaan.
*Membantu mengawal tahap darah kolesterol.

Kelebihan Minyak Kelapa Dara

Asal: Pokok Kelapa Malaysia, Indonesia

*Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
*Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
* Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki
*Anti fungus dan anti protozoa mencegah kelimumur dan sebarang masalah fungus di kulit
*Mencantikkan kulit, rambut dan kuku

Buah Zaitun
Asal: Mediteranean

Al Quran berkenaan buah zaitun, ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki secara meyeluruh. Zaitun telah disebut sebanyak 7 kali didalam Al-Quran di mana 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah-buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Melalui kajian-kajian sains semasa, dunia kini telah, mengiktiraf khasiat buah dan minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
Menyuburkan rambut, mengalakkan pertumbuhan sel-sel rambut dan merawat sel-sel kulit dan rambut

Syampu
Tonik Rambut

Minyak Argan
Boleh digunakan untuk merawat kulit dan rambut
Suppliment Minyak Kelapa Dara
Berminat whatsup/line/wechat 018 263 7833 or sms 013 308 4906

Testimoni

rambut I rasa lembut tak macam dulu, gatal-gatal kelimumur tak payah nak cakap... garu kepala aja dah jatuh bintik-bintik putih di mana-mana...rasa malu pun ada, pergi keja pakai tudung, balik rumah sapu sampah nampak ketul2 kelimumur... geram hari-hari syampu pun sama. Lepas guna tonik ni beransur2 kelimumur pun hilang dan rasa segar je kepala ni.. - Annonymous 8:30pm 

Okey beb! sedap aja kepala aku wei!! tak ada rasa gatal-gatal macam dulu, lepas bukak tudung pun rambut rasa lembut dan terurus thanks beb! -Nita

Kulit aku rasa licin dan lemban tak macam dulu, kering aja, kedut-kedut kat mata pun dan beransur kurang, thanks beb minyak argan ni memang berkesan. Aku dah regular ambil suppliment minyak kelapa dara ni, allergic aku pun berkurang, rambut bertambah lebat
- Moh



Rambut saya bertambah lebat!! thanks..sekarang aku dah jadi agen - Ahmad



Rambut aku bertambah lebat, sejak amalkan suppliment tonik dan syampu...alhamdulillah...- su

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...