Misteri Budak Lelaki 5 Tahun di Karak Highway




Juki bertekad untuk teruskan perjalanan walaupun matanya seakan-akan berat dan mengantuk. Besok dia perlu kerja. Biasanya dia dah tidur tapi dikenangkan juga kerja yang banyak bertimbun dia gagahi juga untuk teruskan memandu ke Kuala Lumpur. Jam sudah pukul 12 tengah malam, dia anggarkan dalam pukul 4 pagi dia sudah sampai di rumah, kemuadian mandi dan bersiap dengan sarapan terus ke tempat kerja. Sampai je kat tempat kerja dia punch kad  tahulah kat mana dia nak mengular kat ceruk-ceruk pejabat untuk membalasa masa tidurnya yang tidak cukup. Begitulah dalam fikiran Juki. 

Tiba-tiba dia rasa macam nak terkencing. 
"Kalah tahan-tahan ni susah, kang aku tak terkencing dalam seluar plak...abis kereta aku" 
"Ha...sampai pun kat toilet awam ni..."

Juki lihat ada beberapa kereta yang sedang parking dan lampu terang benderang. Dia rasa lega dan selamat dengan kehadiran orang awam yang lain. Apa lagi, terus di ke tandas secepat mungkin dan buangkan air yang bertakung.

Setiba dia keluar, tengok semua kereta sudah tiada. Dia pun cepat-cepat menuju ke kereta. 

Tip! Top! bunyi pengera kereta, membuka semua ke empat-empat pintu kereta. Tiba saja di melangkah, tiba-tiba ada seorang budak datang menghampirinya.

"Bang! tolong bang! saya nak balik!
"Adik dari mana ni?" 
"Tadi adik pegi kencing jap, pastu tengok kereta mak dah tak ada..."
"Kereta mak adik yang mana satu? Tahu tak nombor plat kereta?"
"Kereta mak kat sini tadi..."

Juki terus rasa kesian dan bertanggungjawap pada budak lelaki tadi. Kesian dia, kalau ditinggalkan keseorangan. 

"Jom! Abang hantarkan."
"Adik tahukan kat mana rumah adik?"
"Tahu!"

Budak itu nampak begitu konfiden dan matang dari usia dia yang sebenar. Pakaian pun kemas dengan seluar jean berkemeja. Nampak gayannya seperti anak orang kaya. Cammana pulak mak dia boleh tertinggalkan dia ni? Dia pun rasa tak sedap hati. Memandangkan budak tadi tahu kat mana nak tuju, dia rasa terus ingin membawa budak tadi ke rumahnya. 

"adik nama apa?"
"Kamal."
"Umur adik berapa?"
"5 tahun. Kita ada adik, rumah kita dekat kawasan sana. Ada bukit-bukit. Abang nanti kita main sekali nak?"

Sepatutnya Juki nak teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, nampak gayanya terlambatlah masuk kerja hari ini. Harap-harap budak ini tahu kat mana dia nak tuju. 
Dalam kereta Juki dan Kamal berborak begitu seronok sekali. Kamal pulak petah bercakap macam-macam dan adakalanya budak ini sangat lucu dan mencuit hati. Juki rasa bahagia dan riang dengan ketawa bersama-sama. Sambil borak-borak Juki tidak sedar ke mana si budak Kamal ini tujukkan jalan. Dia hanya ikut sana. Kalau ke kiri, kalau ke kanan budak itu pantas saja bagi tahu pada dia. 

"Cantiknya... tempat ni..." Juki lihat ada gunung yang punyai rumput yang kehijauan dan pokok-pokok yang berwarna-warni. Dia sedar dah hampir siang. Namun keindahan panorama sekeliling buatnya tidak terkedip mata melihat sekeliling. 
"Abang rasa macam kat Korea la... cantiknya kat mana ni dik?"
"Ala tak lama lagi sampai rumah kita, depan tu belok kanan nanti ada traffic light belok kiri. Tempat ni memang cantik adik selalu main-main kat sini...." 

"Yeke! bestnya...tuh! ada air terjun cantiknya! Kat mana kita sekarang?"

Juki terpesona dengan pemandangan yang indah. Dia rasa seperti sudah berjalan beribu-ribu kilometer jauh dari tempat biasa. 

"Hari dah semakin cerah. Tiba-tiba dia ada seekor rusa yang melintas jalan. Juki break mengejut. Terlanggar pokok. 

Dia bangun dan sedar-sedar dia sudah lama berada di highway Karak. Kereta dia sudah lama tak bergerak. Sehingga petrol pun sudah habis. Dia pengang kepala dan darah pula menitis dari kepalanya. Badannya juga berlumuran darah. 

"Tolong!"

Juki sedar dia sudah berada di hospital. Kepalanya sudah pitam. Masih lagi terbayang di mana Kamal.

"Tolong! ada budak dalam kereta saya. Tolong selamatkan dia!"
"Setahu saya encik ni drive sorang-sorang. Tak ada budak pun dalam kereta encik"

Juki hanya mampu diam dan terus melayan perasaan rindu pada Kamal. Masih lagi terbayang saat-saat indah bersama Kamal. Dia rasa bahagia betul bersama budak tu. Tiba-tiba Kamal menjelma di depan mata.

"Eh! Adik...adik tak apa-apa?"
"Adik ok je la bang...." 
"Adik balik dulu la...abang rehat ye"
"Fuh! risau abang...nanti abang antar adik balik ye..."
"Tak apa lah mak saya dah datang"
"ok...dik nanti call abang tau...kita jalan-jalan lagi kat tempat adik..."

Kamal tersemyum riang. Dia tidak bercakap apa-apa. Tiba dia menoleh ke belakang, Juki ternampak kesan tompokan darah pada belakang badan Kamal. Di kepala bajunya penuh dengan darah. Dia cuba panggil Kamal tapi Kamal tidak menyahut dan terus meninggalkan Juki sendirian di wad.  - hujanemas
---------------------------
Ha...seram!!!
Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...