7 Sikap Wanita Buat Lelaki Meluat




Rata-rata lelaki mendambakan wanita yang bukan saja cantik paras rupa tetapi elok perangai dan sikapnya sebagai teman disisi.

Namun,kadangkala banyak sikap wanita yang sering membuat lelaki rasa jengkel dan meluat seperti 7 sikap-sikap yang dinyatakan dibawah..

1)Materialistik
-Bukanlah lelaki tak sanggup mengeluarkan wang untuk wanita yang disayangi.Tetapi wanita yang terlalu bergantung harap dan mahu lelaki yang menyediakan segalanya dianggap sebagai wanita yang tak pandai berdikari dan menjaga diri.

2)Queen Control
-Biasalah,lelaki mana yang suka bila wanita yang mahu mengawal semuanya.Tak salah jika mengawal asalkan ada kompromi dan kewajarannya.

3)Terlalu Pasif
-Kadangkala lelaki juga suka kalau wanita yang bertindak memulakan sesuatu.Wanita yang terlalu pasif dan hanya menunggu sesuatu dari lelaki seolah-olah wanita tersebut seorang yang keanak-anakan dan tidak yakin meluahkan keinginannya.

4)Suka Mengeluh Dan Membebel
-Lelaki mana pun sukar menahan bila sepanjang pertemuan wanita asyik membebel dan mengeluh,dari hal pekerjaan,teman-teman dan hal-hal dirumah,ada saja yang tak kena padanya.Ia kadang-kadang membuat lelaki mudah sekali naik bosan.

5)Tidak Selesa Dengan Tubuh Sendiri
-Kebanyakan wanita sering tidak puas hati dengan bentuk tubuh sendiri.Secantik mana pun tubuhnya,pertanyaan seperti,''saya tambah gemuk tak?'' atau ''kulit saya nampak gelap kan?'' selalu membuat lelaki bosan dan merasa jengkel.

6)Berhias Dan Berdandan Berlebihan
-Rata-rata lelaki lebih menyukai wanita yang memiliki kecantikan natural berbanding dengan wanita yang suka berhias dan berdandan berlebihan.Lelaki boleh naik jengkel jika wanita selalu lambat ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana mengambil masa terlalu lama mendandan diri.

7)Bercerita Tentang Lelaki Lain
-Memang bertentangan sekali dengan sisi ego lelaki apabila mendengar wanita bercerita mengenai lelaki lain di depannya.Apalagi jika apa yang diceritakan itu berupa puji-pujian dan kekaguman.


Jadi,jika anda wanita yang memiliki sikap atau sering berkelakuan seperti 7 sikap diatas,rasanya tidak salah jika anda cuba mengubahnya.Semoga hubungan yang anda jalinkan bersama lelaki pilihan akan lebih harmoni dan seterusnya berkekalan.

Sekian.Terimakasih.

qamaqarma.blogspot.com


Punyai Masalah Matching Color?
Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan

Khasiat Limau Nipis dalam Perubatan Islam dan Tradisional


Gabungan bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan beberapa biji limau nipis yang disatukan ke dalam air mutlak mengikut tatacara petua-petua orang tua-tua dahulu yang arif yang didoakan dengan doa yang khusus maka tersedialah suatu bahan yang menjadi salah satu ikhtiar bagi mengubati penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin dan sihir.
Untuk merawat seseorang yang terkena gangguan jin dan sihir maka kami melangsungkan rawatan kami dengan 2 kaedah yang dijalankan serentak didalam satu tindakkan. Kaedah yang pertama ialah PENGOSONGAN dan kaedah yang kedua ialah PEMULIHAN. Menurut kajian, ada dua perkara yang perlu diselesaikan ke atas seseorang yang diganggu jin iaitu yang pertama menyelesaikan jin yang mengganggu (PENGOSONGAN) dan merawat tubuh yang diganggu (PEMULIHAN). Maka dengan itulah kami menggunakan limau nipis dan juga bunga-bungaan yang disatukan dalam air sebagai salah satu cara ikhtiar.

Mengapa guna limau?


Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup dengan manusia dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak seperti manusia yang berjisim kasar, oleh kerana itu golongan mereka ini tidak dapat dilihat bagaimanakah hal keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar manusia. Pun begitu, mereka juga mempunyai akal dan perasaan, justeru mereka juga tergolong dalam golongan yang diperintahkan Allah agar mentaati titah perintah Allah selain manusia.


Oleh kerana mereka juga berjisim maka tubuh mereka juga akan bertindakbalas dengan jisim-jisim yang lain. Sebab itulah tubuh mereka akan mudharat apabila terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar kita ini apabila direndam dengan air limau dalam kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai kepekatan asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin yang akan terhakis atau hancur apabila dikenakan dengan air perahan limau walaupun dalam kadar kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka berjisim halus. Maka, air perahan limau adalah alat ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga mereka terpaksa merasai pengalaman sakit yang tidak terhingga.


Maka khasiat mandi limau berkesan untuk memudharatkan tubuh jin yang bersarang dalam tubuh penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari diinap jin.

Mengapa guna bunga?


Ada 3 cara gangguan jin ke atas tubuh manusia iaitu yang pertama jin pengganggu yang menetap secara kekal didalam tubuh manusia (mengeram), yang kedua jin pengganggu yang menetap secara kekal diluar tubuh manusia (mendampingi) dan yang ketiga jin pengganggu yang bekerja memasukkan barang-barang mudharat ke dalam tubuh manusia dan kemudian pulang ke sisi tuannya (khadam).


Selalunya, air limau hanya berkesan untuk mengosongkan jin dari menginapi tubuh pesakit dan aromanya mendindingi pesakit dari didekati jin namun ianya tidak bersekali merawat tubuh dan organ-organ dalaman pesakit yang telah dirosakkan oleh jin. Maka oleh sebab itulah kita menggunakan khasiat bunga-bungaan yang menurut kajian sains auranya dapat memulihkan kembali organ-organ dalaman agar bekerja dengan normal kembali.


Maka khasiat mandi bunga berkesan secara saintifik untuk menyeimbangkan kembali aura tubuh terlangsung merangsang kembali organ-organ dalaman yang telah dirosakkan oleh jin sehingga pulih seperti biasa.

Mengapa guna air?


Menurut fakta saintifik, air adalah alat perakam terbaik kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya berkebolehan merakam gema getaran samada dari bunyi termasuk kata-kata dan juga dari niat kita. Oleh itu air bukan saja dapat membersihkan dan menyegarkan kembali keadaan badan tetapi ia juga dapat merakam ayat-ayat suci Al Quran dan juga doa-doa yang dibacakan padanya sehingga air itu terakam dengan gema getaran yang hebat yang dapat memudharatkan jin.


Menurut fakta saintifik lagi, air mempunyai gelombang bulat yang dapat mencari sasaran tekanan rendah secara rawak tanpa banyak halangan, oleh itu ia dapat membawa masuk tenaga dan gema getaran yang telah terakam samada dari khasiat bunga atau bacaan ayat suci Al Quran meresapi tubuh badan melalui reseptor bulu roma lalu merangsang hormon-hormon didalam badan.


Namun yang paling utama mengapa air digunakan ialah ianya adalah panduan dari Tuhan kita sendiri untuk kemudahan kita dalam menghadapi penyakit yang berpunca dari gangguan jin dan syaitan. Dalam Al Quran Allah SWT telah mengajar kepada kita betapa air telah dijadikan asbab bagi penyembuhan penyakit Nabi Ayyub a.s. Firman Allah SWT yang bermaksud,


Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan". (Allah berfirman): "Hentakkanlah kakimu! inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.” Surah Shaad ayat 41 dan 42


Makanya, dengan tergabungnya khasiat limau, bunga-bungaan dan doa-doa yang disatukan ke dalam air yang sejuk menurut tatacara petua yang khusus, insyaAllah mana-mana penyakit akibat dari gangguan jin dan sihir pun dapat diatasi.

caranya ialah .

* 1- Pesakit akan mandi seperti biasa seperti mandi -mandi yg biasa dilakukan oleh pesakit pada hari -hari yg lain .

* 2- Setelah itu pesakit itu akan mengambil wuduk

* 3- Setelah itu barulah limau yg telah di bacakan ayat suci Al quran itu di potong dan diperahkan ke dalam air mutlak yg telah di isi ke dalam baldi yg bersaiz sederhana .

* 4- Pesakit akan duduk mengadap kiblat dan menarik nafas sedalam-dalamnya dan berniat mudah-mudahan segala penyakit dari pelbagai punca seperti salah sendiri .rasukan jin ,saka dan sebagainya akan keluar seperti aliran air keluar daripada tubuh badan pesakit .Insyaallah .

* 5- Ketika berniat seperti di atas maka air akan di jiruskan secara perlahan-lahan yg pada masa yg sama nafas pun di lepaskan secara perlahan-lahan sehingga lah air limau yg dijirus itu habis dan nafas pun telah dikeluarkan sepenuhnya secara serentak .

* 6- Air limau yg membasahi tubuh badan itu hendaklah dibiarkan sahaja kering sendiri yg bermaksud tidak perlu dilap menggunakan kain tuala . maka selesailah proses mandi limau itu .


Penaja Atikel

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Dapatkan info yang lebih http://bit.ly/13rpYha
PM Sekarang! 
 PM Feredea Power Sekarang! klik http://www.facebook.com/feredeapower pm di atas
atau sms 018 263 7833 (power)


Percuma Gel Yang Terbukti Berkesan Formula dari Perancis

3 Cara Bagaimana Penuhi Kehendak Suami






Penuhi Kehendak Suami – Ketika bersama sering isteri menolak untuk melayani suami atas alasan malas dan tidak bersemangat. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak..sekirnnya suami dapat memuaskan nafsu isteri dengan baik, isteri tak akan mampu menolak.

1- Tidak Kaku – sering terjadi isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami rasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layani suami dengan berbagai gaya.

2- Tunjukkan anda rasa puas dengan bunyian….sebenarnya bunyian seperti satu rasa yang kpuasa amat penting bagi suami. Ia adalah umpama feeback yang didapati dari isteri. Paling bagus, bisikkan ke telinganya...sayang bestnya...sayang sedap....ini adalah komplimen yang dia akan ingat sampai bila2...

3- Tatap mata suami dengan pandangan yang mempersonakan, usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari dari dahi hingga ke belakang leher

4 - Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, putting atau lengannya yang sasa.





-

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Tip Rambut Gugur




1.Cuci Rambut Setiap Hari
Jika anda biasanya mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Jika anda bertudung, memang tidak sesuai jika anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira panjang mana sekali pun rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.

PETUA: Cucilah rambut anda sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Lebih afdhal, cucilah rambut anda pada waktu petang, sebaik sahaja anda pulang dari kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.


2. Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Pilihlah fabrik lembut untuk tudung anda. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut anda.

PETUA: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.


3. Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat.

4. Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai untuk anda. Masalah rambut kadang-kadang bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.

PETUA: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan maklumat yang betul dan tepat mengenai cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan setakat mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak.


5. Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, terus buka tudung anda dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa 1/2 jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya, bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau pun jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
PETUA: Sebaik-baiknya anda perlu berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.

Seperti yang kita sedia maklum, mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kan? Oleh itu, bagi anda yang sayangkan rambut tu, saya ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.


Petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau anda ada tembikai kat rumah tu. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:

1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.
2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu(rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.
3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.
4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu

Inshaallah..rambut gugur dapat diatasi..

Sumber

Punyai Masalah Matching Color?
Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan

3 Tips Untuk Isteri Sebelum Bersama Dengan Suami





1- Berani berinisiatif – selalunya ketika hendak mengadakan hubungan seksual, inisiatif datang daripada pihak suami, sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka gersang tuk melakukannya. Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif kerana cara begini akan membuat suami gembira. Dan secara psykologi dapat mempengaruhi suami tuk bersama dengan lebih bersemangat.

2- Menghias diri – apabila “bersama” sepatutnya menghias diri dahulu. Jangan sesekali tampil ala kadar sahaja. Penampilan menarik akan menambah semangat suami tuk bersama. Oleh itu sebelum bersama mandilah dulu, kenakan pakaian tidur yang seksi, bersama haruman yang dia sukai dan elakkan dari memakai pakaian tidur lingerie yang sama setiap masa.

3- Rapikan Kamar tidur – Sebelum bersama, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain pakaian yang busuk. Jika cadar dan sarung bantal koto bau air liur basi dan peluh, gantikan dengan yang baru dan bersih. Nak cepat semburkan aja dengan febreeze. Semburkan bauan aroma yang menenagkan spt lavender agar udara bauan terasa aman dan nyaman. Ini semua dapat menambahkan semangat suami agar bersungguh2 tuk puaskan anda semasa hubungan seksual.


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


Sembang Manja Isteri Di Malam Bersama Suami




Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. 


Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini. 

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. 

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka. 

Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih. 

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu.. 

Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu.. 

Isteri : Mengapa awak pilih saya? 

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah) 

Isteri : Ramai kan yang berniqab 

Suami : Kerana Awak ada Agama 

Isteri : Ramai kan yang ada Agama 

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T 

isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi. 

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak. 

Isteri : Saya tidak Cantik.... 

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah.. 


--------------------------------------

Punyai Masalah Matching Color?
Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan

10 tips Pikat Suami




1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami ) sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan suami – rambut, wajah, pakaian, kacak, kesederhanaan dan seumpamanya

10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

--------------------------------

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Rawatan Sakit Sendi dan Tulang

Waktu aku menaip ini, sakit tulang dan sendi pada pinggul masih lagi terasa. Tapi alhamdulillah, sakit itu semakin berkurangan. Sejak 2 hari lepas, aku terpaksa duduk di rumah meniarap dan berdiri sahaja....tidak boleh duduk lama...sekirannya tulang sendi aku berkerja, dengan sendirinya segala tulang betis dan paha turut terasa kesakitan....

Ianya bermula bila aku bangun dari tidur, kemudian ada terasa sakit sendi...lama kelamaan ia menjadi semakin teruk...Aku mula memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku pada diri aku?

Aku pernah terkena gangguan jin, dan ianya menyerang sendi-sendiri terutama sebelah kiri...dengan bacaan rukyah yang aku perdengarkan setiap masa dan ilmu bekam yang aku ada...aku mulakan rawatan...namun begitu sakitnya masih lagi belum berkurangan.

Aku pergi spa urut chinese specialist, Nah! RM88, seluruh badan dan reflexiology...balik rumah sakit sama juga seperti biasa..Jadinya ia bukan berkenaan dengan urat.

Sekarang aku mulakan rawatan moden dan kajian saintifik. Aku mula berfikir dengan cara hidup aku sejak akhir2 ini aku kerap minum kopi dan teh...Hari-hari aku minum teh...tuk dapatkan ilham...hahhahaha.....selalunya penulis memang perlukan pemangkin ilham, kalau bukan teh, kopi atau bagi lelaki mereka akan hisap rokok...

Kafien yang ada dalam kopi dan teh akan menggurangkan kandungan kalsium dalam tulang aku...Lebih-lebih lagi aku ni perempuan, maka lebih mudah kandungan kalsium itu hilang.


Aku masih lagi ada stok susu kambing plus, yang ada dalam almari...dah lama juga aku tak ambil ...dulu selalu gak....aku terus minum dua sachet. Aku juga sudah lama tidak makan pil kalsium...alhamdulillah masih lagi ada stok kat rumah aku...

Aku ambil high dose kalsium...untuk memudahkan penyerapan kalsium ini kenalah makan dengan makanan yang masam dan mengandungi vitamin C...dalam peti ais aku ada mangga...dan air kordial ROSSEL,

Rossel memang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi melebihi oren dan segala buah yang lain. Aku buat air pekat2...kemudian aku telan 2 biji kalsium siang dan malam. Sepatutnya 2 biji sehari sahaja....


Aku juga pernah ambil Glocosamine...mineral ini dah lama betul aku tak ambil ...aku cari balik pil tu dah tak abis sejak 2 tahun yang lalu. Glucosamine adalah mineral yang terkandung dalam kulit kerang, kulit ketam, kulit udang atau seafood adalah sumber mineral yang penting dalam memberikan pelinciran pada sendi.

Husband aku balik, aku suruh dia belikan Glucosamine yang boleh di dapati di mana-mana Pharmacy, alhamdulillah ada di Giant...

Sekali lagi aku ambil high dose 2 biji sebelum makan, lepas tu aku ambil lagi 2 biji dengan hanya minum air susu kambing. Sepatutnya hanya 3 biji sehari dibenarkan...Takpe sebab aku dah amat memerlukannya sejak sekian lama....

Aku pun tidur dengan menyapu krim sengal2 otot, yang hanya boleh didapati di Mekah, bagus krim tu....dan kalau aku tak tahan aku spray ubat kebas....(spray ni boleh didapati tuk atlet sukan)

Aku tidur lena pada malam itu...tidak seperti 2 malam sebelum ini, aku terjaga kerana menahan kesakitan pada sendi dan tulang.

Hari ini aku bangun dari tidur aku boleh duduk di atas kerusi dan menaip ....alhamdulillah....beransur pulih....Insyallah, aku kena continue makan seperti di atas sehingga sakit aku hilang...dan teruskan makan kalsium dan glocosomine sebotol..(ikut dose yang ditetapkan).

Vitamin dan mineral tidak boleh diambil dengan berlebihan sekirannya tidak ada keperluan. Sekirannya anda kesakitan, boleh diambil overdose tuk sekurang-kurangnya 2-3 hari. Kalau tak tahu...bolehlah jumpa dengan doktor....Aku bukan doktor tapi aku ada sedikit ilmu perubatan moden dan tradisional....

6 Perkara Yang Patut Dielak tuk Mengandung




6 Perkara Yang Patut Dielak tuk Mengandung



  1. Minuman Bergas
  2. Kopi, Teh Tarik
  3. Makanan Junk Food - banyak MSG boleh tengok kat label...selalunya makanan seperti kerepek2 twisties, pringles, maggi...macam2 lagi la...
  4. Segala bentuk asam2 jeruk kering seperti asam boi..dan jeruk basah macam2 warna diawetkan warna kuning dan merah, jeruk mangga, jeruk buah2 masam
  5. Makanan nugget, burger, hotdog
  6. Makanan jambu batu dengan asam


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Keajaiban Nombor dalam Al Quran




Kebesaran Allah yang Maha pencipta..Kita selalu membaca Quran..ye selalu membacanya..Tapi sekadar membaca..betul kan....? Alangkah indahnya jika kita memahami maksud yang terkandung di dalamnya... Beruntunglah mereka yang memahami makna ketika membaca Kalam Allah ini... Buat kita.., tak mengapalah...teruskan membaca, mungkin kita boleh membaca beserta tafsir..

Saya ingin berkongsi, Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
Subhanallah...
Masya Allah..!
Indah dan cantik aturan ALLAH...


· DUNIA – 115 kali
· AKHIRAT – 115 kali
MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali
· HIDUP – 145 kali
· MATI – 145 kali
FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali
· UMMAH – 50 kali
· PENYAMPAI – 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

 · BALA/MUSIBAH – 75 kali
· BERSYUKUR – 75 kali
BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali
· ORANG YANG SESAT – 17 kali
· ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali
MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali

· EMAS – 8 kali
· KEMURAHAN HIDUP – 8 kali
KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali
· ZAKAT – 32 kali
· BERKAT – 32 kali
MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali
· LIDAH – 25 kali
· SUMPAH – 25 kali
NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali
· BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
· BERDAKWAH – 18 kali
KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

 · MUHAMMAD – 4 kali
· SYARIAT – 4 kali
LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali
· SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali
BULAN – 12 kali
· HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Sungguh..! Allah MAH BIJAKSANA..Yang mepunyai Kerajaan LAngit dan Bumi..Lihat pula kajian yang dibuat oleh ahli sains...Kajian sains telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

sumbernya dari salah sebuah blog

------------------------------------------------------------
Punyai Masalah Matching Color?
Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan.

Bagaimana Manusia Digoda Syaitan




Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.





Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN




Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya


Punyai Masalah Matching Color?
Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan

Kecewa dimadukan pada perempuan yang lebih tua dan kurang menarik...Kisah Benar



Ikuti Kisah Benar seorang wanita yang dimadukan dari forum Halaqah.net

Ceritanya begini, saya dan suami telah berumahtangga selama setahun lebih..seminggu sebelum puasa saya dikejutkan berita yang suami saya telah berkahwin lagi, perempuan tu jauh lebih tua dari saya dan 3 thn lebih muda dari suami saya...ibarat suami saya dan perempuan tu sama2 tua la...bila saya dgr berita tu, jatuh jantung saya..saya betul2 x sangka suami saya telah menipu saya yang mengatakan sepanjang dia keluar dari Langkawi, semata2 untuk mencari rezeki..mereka berkahwin di sempadan...
bayangkan betapa pedih dan kecewanya saya sebagai seorang wanita dan isteri, kami belum dikurniakan anak...
mereka baru kawin pada bln 7 lagi, masih baru lagi...sebenarnya mereka telah lama kenal sejak 12 thn yang lepas...tapi bertemu dan bernikah secara senyap tanpa pengetahuan saya.

Sehingga sekarang saya masih tidak dapt menerima 'madu' tu, saya btul2 kecewa ngan sikap suami saya terlalu mengharap saya dapat menerima perempuan tu, bagaimana saya hdk menerima jika suami saya telah membelangkangkan saya dan perempuan tu hampir pregnant...dan baru2 ni perempuan tu mengaku yang suami saya nak perempuan tu bunting pelamin...gugur jantung saya bil amendengar pengakuan perempuan tu...sudah bayak kali saya meminta perceraian dari suami saya kerana dia tidak jujur dan hanya memikirkan diri sendiri..yang perempuan ni pulak menyalahkan saya kerana tidak memahami suami saya selama sethn lebih ini, saya akui saya kurang prihatin dengan saya tapi saya masih muda dan masih sayang lagi perkahwinan ini.

saya jadi buntu, bagaimana hendak keluar dari kemelut ini...sembahyang istikharah dah  buat...saya dapat mimpi yang saya hidup merana..saya rasa sengsara dengan sikap suami yang x ambil serius semua ni dan hanya memikirkan perempuan itu sahaja...

bila di ajak berbincang suami saya cuma nak saya belajar agama dan kenal diri sendiri...pelik saya rasa dia seperti hendak lari dari kesalahan dia lakukan...dan dia tidak mahu melepaskan saya dan perempuan itu...saya tidak meredhai perkahwinan mereka..bukan saya hendak melawan hukum dan takdir Allah...cuma hati terlalu sakit tuk menerima perkahwinan mereka yang lebih bahagia dari saya...saya terseksa...suami melebihi dia dari saya...

----------------------------------------------------------------------------------------------
Pengajaran yang boleh kita ambil

Suami dan Isteri tidka lepas dari membuat kesalahan...ada salah pada dua pihat, cuma saya nak share pada wanita ini...usia muda dan cantik tidak boleh dijadikan pengukuran tuk dapatkan kasih sayang suami kerana ia hanyalah luaran sahaja, Sekirannya ada insan yang lebih memahami dirinya, dan menghormati dan menyanyaginya maka dia akan memilih wanita tersebut....jadi kita jangan confident dengan usia muda dan kecantikan tubuh semata...

Penjagaan dalaman juga penting... pasti ada sesuatu yang kurang ada pada dia, dan yang lebih ke perempuan itu....kadangkala lelaki tidak suka bercakap tentang itu...dia biarkan saja kita fikirkan sendiri...membuatkan masalah ini menjadi lebih rumit dan perempuan itu semakin buntu....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Punyai Masalah Matching Color?
Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Khasiat Kemuning Hitam



Dalam perubatan dan kepercayaan masyarakat Melayu, teras kemuning hitam dianggap mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Antara khasiatnya ialah untuk merawat gigitan serangga dan binatang berbisa. Caranya ialah dengan melekatkan teras tersebut terus pada tempat gigitan. Khasiatnya yang lain ialah sebagai ubat untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Ia digunakan dengan cara mengasah teras kemuning pada pasu tanah liat dan disapukan airnya pada tempat luka. Kemuning hitam jugat terbukti dalam menyembuhkan masalah perut yang meragam dan tak berapa selesa seperti cirit birit, senak dan sakit perut. Caranya ialah dengan merendam teras kayu kemuning hitam dalam air atau diasah. Airnya kemudian diminum. Walau bagaimanapun perlu dingat kita hanya berusaha dengan ilmu dan gerak-geri dariNya jua. Sembuh atau tidak adalah dengan kehendak dan izinNya juga.

KHASIAT KAYU KEMUNING HITAM 
- Kayu ini berwarna hitam dan apabila diletak di dalam air ia akan tenggelam.
1. Menyembuhkan demam panas 
2. Menawar keracunan. 
3. Menyembuhkan penyakit kulit. 
4. Penyakit Asma 
5. Darah Tinggi 
6. Gout 
7. Angin Ahmar (Lumpuh)
Caranya :
Ambil kayu ini kemudian direndam di dalam air suam dan digunakan untuk diminum dan mandi. InsyaAllah akan sembuh penyakit.

Punyai Masalah Matching Color?
Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...