Dapatkan Update Tips Kesihatan, Kecantikan dan Fesyen Percuma - Jom Kita Jadi Rakan Emel Infojelita

Saturday, May 7, 2011

Rawatan Sakit Sendi dan Tulang

Waktu aku menaip ini, sakit tulang dan sendi pada pinggul masih lagi terasa. Tapi alhamdulillah, sakit itu semakin berkurangan. Sejak 2 hari lepas, aku terpaksa duduk di rumah meniarap dan berdiri sahaja....tidak boleh duduk lama...sekirannya tulang sendi aku berkerja, dengan sendirinya segala tulang betis dan paha turut terasa kesakitan....

Ianya bermula bila aku bangun dari tidur, kemudian ada terasa sakit sendi...lama kelamaan ia menjadi semakin teruk...Aku mula memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku pada diri aku?

Aku pernah terkena gangguan jin, dan ianya menyerang sendi-sendiri terutama sebelah kiri...dengan bacaan rukyah yang aku perdengarkan setiap masa dan ilmu bekam yang aku ada...aku mulakan rawatan...namun begitu sakitnya masih lagi belum berkurangan.

Aku pergi spa urut chinese specialist, Nah! RM88, seluruh badan dan reflexiology...balik rumah sakit sama juga seperti biasa..Jadinya ia bukan berkenaan dengan urat.

Sekarang aku mulakan rawatan moden dan kajian saintifik. Aku mula berfikir dengan cara hidup aku sejak akhir2 ini aku kerap minum kopi dan teh...Hari-hari aku minum teh...tuk dapatkan ilham...hahhahaha.....selalunya penulis memang perlukan pemangkin ilham, kalau bukan teh, kopi atau bagi lelaki mereka akan hisap rokok...

Kafien yang ada dalam kopi dan teh akan menggurangkan kandungan kalsium dalam tulang aku...Lebih-lebih lagi aku ni perempuan, maka lebih mudah kandungan kalsium itu hilang.


Aku masih lagi ada stok susu kambing plus, yang ada dalam almari...dah lama juga aku tak ambil ...dulu selalu gak....aku terus minum dua sachet. Aku juga sudah lama tidak makan pil kalsium...alhamdulillah masih lagi ada stok kat rumah aku...

Aku ambil high dose kalsium...untuk memudahkan penyerapan kalsium ini kenalah makan dengan makanan yang masam dan mengandungi vitamin C...dalam peti ais aku ada mangga...dan air kordial ROSSEL,

Rossel memang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi melebihi oren dan segala buah yang lain. Aku buat air pekat2...kemudian aku telan 2 biji kalsium siang dan malam. Sepatutnya 2 biji sehari sahaja....


Aku juga pernah ambil Glocosamine...mineral ini dah lama betul aku tak ambil ...aku cari balik pil tu dah tak abis sejak 2 tahun yang lalu. Glucosamine adalah mineral yang terkandung dalam kulit kerang, kulit ketam, kulit udang atau seafood adalah sumber mineral yang penting dalam memberikan pelinciran pada sendi.

Husband aku balik, aku suruh dia belikan Glucosamine yang boleh di dapati di mana-mana Pharmacy, alhamdulillah ada di Giant...

Sekali lagi aku ambil high dose 2 biji sebelum makan, lepas tu aku ambil lagi 2 biji dengan hanya minum air susu kambing. Sepatutnya hanya 3 biji sehari dibenarkan...Takpe sebab aku dah amat memerlukannya sejak sekian lama....

Aku pun tidur dengan menyapu krim sengal2 otot, yang hanya boleh didapati di Mekah, bagus krim tu....dan kalau aku tak tahan aku spray ubat kebas....(spray ni boleh didapati tuk atlet sukan)

Aku tidur lena pada malam itu...tidak seperti 2 malam sebelum ini, aku terjaga kerana menahan kesakitan pada sendi dan tulang.

Hari ini aku bangun dari tidur aku boleh duduk di atas kerusi dan menaip ....alhamdulillah....beransur pulih....Insyallah, aku kena continue makan seperti di atas sehingga sakit aku hilang...dan teruskan makan kalsium dan glocosomine sebotol..(ikut dose yang ditetapkan).

Vitamin dan mineral tidak boleh diambil dengan berlebihan sekirannya tidak ada keperluan. Sekirannya anda kesakitan, boleh diambil overdose tuk sekurang-kurangnya 2-3 hari. Kalau tak tahu...bolehlah jumpa dengan doktor....Aku bukan doktor tapi aku ada sedikit ilmu perubatan moden dan tradisional....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...