Ujar Dr. Ahmad Kamal, kanser payudara berlaku berikutan perubahan sel kepada sel kanser pada bahagian kelenjar payudara yang menghasilkan susu atau bahagian tiub iaitu yang mengalirkan susu ke puting.
"Sebanyak 95 peratus kanser berlaku pada bahagian tiub yang dipanggil invasive ductal carcinoma dan lima peratus pada bahagian kelenjar yang digelar invasive lobular carcinoma.
"Punca utama masih belum diketahui secara tepat cuma beberapa faktor menambahkan risiko kanser payudara dilihat ada kaitan dengan hormon wanita," ujarnya.
Berikut merupakan antara faktor meningkatkan risiko berlakunya kanser payudara.
1 Haid yang datang pada usia muda (sebelum 12 tahun).
2 Lewat putus haid (58 tahun ke atas).
3 Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada usia 30 tahun ke atas.
4 Sejarah keluarga, mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidapi kanser payudara seperti ibu atau adik-beradik perempuan.
5 Mengamalkan pemakanan tinggi lemak.
6 Menghidapi 'atypical hyperplasia.
Simptom
* Ketulan atau ketebalan pada bahagian payudara yang dirasakan berbeza dengan bahagian lain.
* Cecair seperti darah keluar daripada puting payudara.
* Perubahan saiz atau bentuk payudara.
* Perubahan pada kulit sekeliling payudara seperti lekuk.
* Puting payudara masuk ke dalam.
* Kulit atau bahagian puting mengelupas atau bersisik.
* Kulit payudara kemerah-merahan atau berlekuk-lekuk seperti kulit buah oren. - utusan
Jadi mari kita mulakan dengan pencegahan awal.
No comments:
Post a Comment