Dalam manifesto 25 dasar atau prinsip gerakan Freemason atau Illuminati yang dibuat oleh Dr. Adam Weishaupt, antaranya disebut menyebarkan liberalisme. Ini disebut jelas dalam manifestonya dan tidak disembunyikan.
Ini dasar yang sangat fundamental dan daripada situlah pergi kepada liberal agama, liberal budaya dan pelbagai bentuk liberal lagi. Ini juga diwacanakan sebenarnya terutamanya di Barat khususnya Amerika Syarikat (AS). Kalau dahulu, gerakan ini dinamakan gerakan hantu kerana dilakukan secara sembunyi-sembunyi tetapi sekarang secara terbuka.
Kita boleh tengok ada banyak bangunan yang mempunyai kaitan dengan Illuminati di Malaysia. Antaranya, “Masonic Hall” di Jalan OUG Bukit Jalil, Kuala Lumpur, “Masonic Lodge” di Jalan Brown (Pulau Pinang), “Masonic Lodge” Kedah, “Masonic Hall” di Kuala Krai (Kelantan), “Masonic Lodge” di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh (Perak), “Masonic Hall” di Jalan Junid, Muar (Johor) dan “Masonic Hall” di Kuching (Sarawak).
Ada banyak sebenarnya. Maknanya sudah lama wujud. Walaupun bangunan itu tidak dinamakan sebagai Illuminati atau Freemason tetapi di semua bangunan tersebut terdapat simbol Illuminati yang berbentuk seperti jangka tulis iaitu alat geometri.
Kalau tidak silap saya, orang pertama bercakap tentang Illuminati dalam Parlimen ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Gerakan ini memang wujud pada masa itu, tertutup dan menggunakan pelbagai nama untuk kemanusiaan dan kebajikan, hakikatnya mereka menyebar liberalisme. Semua simbol ada maknanya.
Lihat gambar-gambar di bawah semuanya di Malaysia, yang terbesar adalah Masonary di Bukit Jalil, berdekatan dengan stesen LRT.

