PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Disclaimer: Segala Info tidak ada bukti saintifik, silalah buat rujukan lebih.


Jika perlu untuk hubungi atau Credit/ Picture KLIK SINI

Wednesday, October 17, 2018

Mengapa Wanita Menangis


Suatu ketika ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab, Ibu adalah seorang wanita, Nak". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
"Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."
Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?" Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.
Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Wednesday, August 29, 2018

Novel Mengintai Aku Di Neraka

Sinopsis

Aleeya Qistina, mengambil keputusan untuk membunuh diri dan terjun di atas tebing nan tinggi, sebagai protes terhadap cintanya yang kecundang. Namun, dia menemui kegagalan kerana ada sesuatu yang menggangunya saat itu. Apakah yang menggangunya dan kisah disebaliknya?

Maka, dia mengambil keputusan untuk Murtad daripada agama Islam, dan mulai hidup dengan budaya barat. Suatu ketika, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kelab malam dan disko sebagai kiblatnya. 

Ketika malam pertama dia mengunjunginya, dia disapa oleh seorang lelaki yang melecur separuh badan, dan kelihatannya tak ubah seperti gengster kelab malam.

Dia dipelawa minum arak bersamanya. Pada mulanya, Aleeya Qistina menolak, namun setelah dia dicabar, dia menyahut cabaran itu.

Sewaktu arak sedang diteguk, tiba - tiba dia ditegur sang lelaki tadi.

"Cuba kau lihat, air apa yang kau minum?"

Alangkah terkejutnya dia, rupanya dia sedang meneguk air najis dan nanah yang busuk. Gelas tadi terus terhempas ke lantai. Alangkah bertambah kagetnya, Dia melihat suasana di kelab malam tadi berubah.

Banyak makhluk bertanduk, hodoh dan mengerikan sedang menjilat makanan disitu. Semua makanan telah bertukar menjadi najis serta merta. Pengunjung kelab malam yang lain leka menari, tapi wajah mereka berubah sangat buruk dan bertanduk. Aleeya Qistina terus takut.

Dan apa yang anehnya, lelaki tadi tidak ada sedikitpun perasaan takut dan pelik, seolah-olah dia mengetahui apa yang dilihatnya.

Soalan pertama dia ajukan, kau kenal ke siapa diri kau? Berlakulah dialog dan pesan yang diluar jangkaan.

Siapakah lelaki itu? Bagaimana situasi yang dia dan lelaki tadi lalui di dalam disko tadi? Dia bukan bermimpi atau pengsan, tetapi adakah hijabnya dibuka oleh Allah?

"Eh, kenapa dah lama kak tak balik?"

"Ha? Aku tak pernah pun sampai sini?, macam mana mereka begitu mengenaliku?"

Apakah dimensi duo masa yang Qistina lalui? Apakah dia mendahului terowong masa depannya?











Tuesday, August 28, 2018

Novel Semusim di Barzakh




Novel yang laris di pasaran novel islamik.

Berjaya mengubah ramai muslim untuk menjadi lebih baik.

 Sinopsis

Aku mengenyam penderitaan yang panjang.

Kata-kata yang dilontarkan oleh seorang guru kepada ku suatu ketika duhulu, terngiang-ngiang membahang di cuping telinga ku.

“Seandainya derita di Akhirat itu dihamparkan,

Walau sedikit sahaja, nescaya mendidihlah otak manusia kerana tidak sanggup menahan azab…
Dan, sesungguhnya disana terdengar laksana amukkan guruh, tiada siapa yang berani mendekat kerana betap ia sungguh dahsyat…?”

Aku sedang melaluinya, merasainya dan meratapinya. Bagaimanalah keadaan mereka yang lainnya?
Selamatkah mereka disini, atau mereka juga menerima nasib yang sama atau lebih baik atau lebih dahsyat dari itu.

Apakah nasib yang menimpa ‘Aku’?
Dan bagaimana dengan ‘mereka’ di alam barzakh sana?
Adakah ia barzakh yang diceritakan?


















Friday, July 13, 2018

Wanita Yang Mulia di Sisi Allah



Wanita memiliki kedudukan sangat mulia di dalam Islam. Allah telah anugerahkan kepadanya fitrah keindahan yang tak hanya kecantikan pada paras luar, tetapi juga kecantikan dalam. Dengannya, ia berhak menerima predikat istimewa “Bidadari Calon Penghuni Syurga” yang bahkan bidadari pun iri padanya, dengan catatan tentunya taat pada aturan Allah (Syari’at-Nya).

Wanita shalihah, ia yang selalu memandang hidup nya berdasarkan bagaimana aturan Islam memerintahkan. Allah memerintahkan wanita mukminah untuk menjaga kemuliaannya sebagai kaum hawa. Sebagai seorang muslimah yang taat pada Nya dan pada Rasul Nya. Di tambah selalu memberikan manfaat untuk sesama.

Perjalanan Alam Barzakh



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiya' ayat 35)

Apabila mayat dikebumikan dikubur, maka dia akan tinggal keseorangan melainkan yang akan menemaninya adalah amalannya ketika di dunia. Jika banyak amal solehnya maka dia akan merasa gembira dan berbahagia, tetapi jika dia membawa amalan dosa dan maksiat dan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT maka dia akan berdukacita , sedih dan merasai amat takut untuk berhadapan dengan malaikat Munkar dan Nakir.

Friday, July 6, 2018

Makan Terbaik Untuk Besarkan Payudara

Cara Nak Besarkan Payudara. Kebanyakan wanita memang punya impian untuk memiliki bentuk dan ukuran payudara yang besar dan padat.


Mereka percaya, semua itu mampu membuatkan mereka nampak lebih sempurna, seksi dan berkeyakinan. Jadi, sebab itulah ramai wanita yang memiliki payudara yang kurang ideal berusaha mencari cara nak besarkan payudaranya.

Bagi yang mampu, mereka lebih cenderung melakukan cara perubatan dengan melakukan pembedahan  plastik ataupun suntikan silikon untuk membesarkan payudara. Meskipun berisiko tinggi terhadap kesihatan, namun masih ramai yang sanggup melakukannya demi untuk tampil cantik dan seksi.

Sebenarnya ada banyak cara  semulajadi yang boleh anda cuba untuk membesarkan payudara anda itu tanpa perlu melakukan pembedahan dan sebagainya.

Berikut ini cara nak besarkan payudara secara semulajadi dan selamat yang boleh anda cuba.


1.Gunakan Putih Telur

Sapukan payudara dengan menggunakan putih telur pada malam hari ketika anda hendak tidur. Urut lembut, dan biarkan semalaman. Keesokan pagi, bilaslah dengan air suam sambil melakukan urutan melingkar. Lakukan secara teratur untuk mendapatkan hasil yang baik.


2.Khasiat Daun Sirih

Petua tradisional ini dikatakan berkesan dan sering diamalkan oleh gadis-gadis remaja pada zaman dahulu. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda dan berdaun lebar. Letakkan minyak kelapa secukupnya pada daun sirih tersebut. Layurkan dengan menggunakan api lilin dan sapukan pada buah dada. Biarkan sehingga kering dan lakukannya secara rutin.


Thursday, July 5, 2018

Siapa 4 Wanita Terbaik Dalam Islam

Tahukah anda, siapakah wanita yang akan menjadi pemimpin bagi para wanita ahli surga? Mereka adalah empat wanita yang atas keteguhan imannya, ketabahan dirinya, kesetiannya kepada Allah dan kemuliaan akhlaknya menjadi 4 wanita terbaik sepanjang sejarah.

Keempat wanita ini adalah permata dunia yang terpuji, tersanjung lagi terbaik derajatnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Wahai para muslimah, inilah keempat wanita itu.

1.Khadijah binti Khuwalid

Dialah istri Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sang Ummul Mukminin, ibunda bagi kaum mukmin. Pejuang Islam pertama yang selalu berdiri di sisi Rasulullah, baik di kala suka maupun duka, sampai Izrail menjemput ruhnya dengan berita yang indah—surga tempat kembalinya.

Khadijah merupakan wanita yang lahir dari keluarga yang kaya raya dan terpandang. Namun, berkat tempaan akhlak yang mulia, sifat yang tegas, kecerdasan yang tinggi dan mampu menghindari dari hal-hal yang tercela, membuat dirinya dikenal sebagai Ath-Thahirah (wanita suci).
Sebagai seorang istri, sosok Khadijah tidak pernah lepas dari gambaran wanita yang setia, sebab ia rela mengorbankan harta, pikiran, jiwa dan raga bagi kepentingan dakwah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, sekalipun ia harus menderita karenanya. Semua perjuangan itu menjadikan Khadijah sebagai salah satu wanita yang paling mulia di hadapan Allah.

Wednesday, July 4, 2018

Tanda-Tanda Awal Kanser

Gejala kanser boleh diabaikan dan dihapuskan macam tiada apa-apa pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sejarah kanser keluarga, adalah bijak untuk memberi perhatian kepada badan anda. Sekiranya anda menghadapi risiko yang lebih tinggi, anda mesti mengenali sebarang perubahan kecil dalam badan anda. Tidak banyak kempen kesedaran untuk beberapa jenis kanser, tetapi kami telah mengumpulkan senarai tanda-tanda dan gejala yang perlu anda ketahui. Sesetengah gejala adalah kanser khusus manakala yang lain adalah tanda universal.

Ketulan adalah salah satu yang paling universal dari semua gejala kanser. Jika anda merasakan benjolan yang tidak termasuk, pastikan ia diperiksa. Ketulan boleh didapati semasa mandi rutin anda. Sabun diri dan lari jari-jari anda ke atas badan anda.

Tuesday, July 3, 2018

Isteri Yang Meminta Cerai Dari Suami Dibenarkan dalam Islam


Rumahtangga atau perkahwinan bukanlah penjara seksaan untuk seorang lelaki atau wanita. Ia sepatutnya dibina atas cinta dan kebahagiaan, bukan kebencian dan permusuhan. Jika kebencian dan permusuhan mengambil tempat, maka tiada ertinya lagi untuk sesuatu perkahwinan itu diteruskan. Ia akan lebih mengundang dosa daripada pahala. Ia akan merosakkan jiwa dan ketenteraman perasaan.
Hidup ini bukan sekadar untuk bertarung dengan masalah sebuah rumahtangga semata sehingga melupai tujuan kehidupan yang sebenar. Untuk itu, Islam mensyariatkan talak dan beberapa pintu lain seperti khulu’ dan fasakh untuk memboleh seseorang keluar dari neraka kehidupan dan mencari ketenteraman yang baru. Islam tidak seperti sesetengah agama yang menganggap perkahwinan itu semestinya abadi dan tiada jalan keluar lagi sekalipun terpaksa hidup memamah derita.

Ibu Sisihkan Anak Perempuan dan Pilih Kasih

Saya seorang anak perempuan yg sering dibeza-bezakan daripada adik lelaki saya. Malah sejak kecil jika ada kesalahan yg berlaku, walaupun bukan salah saya akan ibu saya menyalahkan saya. Apalagi jika salah saya, akan dibuatnya saya makin bersalah. Tidak ada yg saya buat dibanggakan oleh ibu saya. Tetapi adik lelaki saya selalu dipujinya, dilindungi dari marahnya & diberi muka.
Sekarang saya sudah dewasa & berumahtangga, saya makin lagi diasingkan. Kata ibu saya, saya sudah berkahwin & tidak memasukkan saya dlm hal ehwal keluarga. Saya rasa amat tersingkir kerana saya yg tua & sebelum berkahwin pun, saya yg coba menguruskan famili saya setelah bapa saya bercerai dgn ibu saya. Saya fikir sudah dewasa tidak mahu memikirkan atau mengambil hati tentang hal perbezaan layanan yg terjadi antara saya & adik lelaki saya, tetapi kadangkala percakapan & perbuatan ibu saya amat mengecilkan hati saya. Saya sanggup & sudah minta ampun segala dosa saya dgn ibu & malah sudah coba berbaik dgn adik lelaki saya, tetapi mereka tidak pernah mengaku & minta ampun dgn saya. Adik lelaki saya yg selalu dimenangkan, menjadi tiada hormat dgn saya, kakaknya yg tua darinya.
Baru-baru ini saya jadi agak bosan dgn perangai mereka yg melampaui batas, lalu saya marah dgn ibu saya. Saya rasa ini perasaan yg terpendam sekian lama ditindas bulat-bulat oleh mereka. Saya akui kedudukan saya sebagai anak & saya mungkin berdosa & salah menunjukkan perasaan marah dgn ibu saya.
Tetapi saya ingin tahu apakah seorang anak tiada hak untuk menyuarakan kebenaran atau perasaannya? Saya rasa amat tertekan & juga seperti timun dalam hal ini. Rasanya sebagai anak, apa saya persuarakan kepada ibu akan jadi dosa & bersalah. Jadi, dimanakah hak seorang anak terhadap orang tua? Dimanakah keadilan?
Saya rasa mahu pergi jauh kerana kehadiran saya seperti tidak diperlukan lagi & jika saya jijik bagi mereka, buat masa ini saya mahu menjauhkan diri.
Wajarkah perbuatan saya yg ingin mengelakkan pergaduhan, ketegangan & tekanan. Adakah saya berdosa & bersalah?

Tanda-Tanda Imam Mahdi Telah Muncul



Hadis tentang kelahiran dan kemunculan Imam mahdi ;
Ummu Salamah ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda: “Imam Mahdi itu dari keluargaku dari keturunan anak Fatimah” (Sunan Abu Dawud Kitab Al-Fitan wal-Malahim. Bab Dzikru al-Mahdi, Ibn Majah, Al Hakim dan At Thabra)
Abu Sai’id al-Khudriy ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda:”Imam Mahdi dari keluargaku, lebar dahinya, mancung hidung-nya, pada masanya dunia penuh keadilan dan kedamaian serta kejujuran, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan, ia akan menjadi khalifah dimuka bumi selama tujuh tahun” (HR. Abu Dawud, Kitab al-Fitan wal-Malahim. Bab Dzikru al- Mahdiy )

Thursday, June 28, 2018

19 Kelebihan Wanita Daripada Lelaki



Sebagai seorang wanita yang teraniya dan diabaikan kasih sayang dari ibubapa dan suami. Kadangkala kita terfikir mengapa tak Allah ciptakan aku sebagai seorang lelaki? Lelaki pada zahirnya ada banyak keistimewaan dan sering menjadi anak yang diutamakan oleh ibubapa.

Namun bergitu percayalah Allah itu Maha Adil, dia menciptakan lelaki dan perempuan itu sama. Kedua-duanya berpeluang untuk masuk ke syurga dengan cara yang adil. Walaupun wanita secara lahiriah nya lemah dan sering ditindas, maka dengan itu, ia menjadi keutamaan oleh Allah untuk masuk ke syurga. Kehidupun di dunia ini adalah sementara, akhirat itulah yang menjadi keutamaan kita. Jadi dont be sad.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

Kelebihan Mendapat Anak Perempuan

Kalau di zaman jahiliyah, anak perempuan di tanam hidup-hidup sebab ia membawa beban, dan rasa malu pada keluarga. Manakala anak lelaki merupakan pewaris dan penjaga harta keluarga. Maka ibu-ibu lebih suka pada kelahiran anak lelaki. Namun, sebahagian orang ada yang lebih mendambakan kehadiran anak laki-laki daripada anak perempuan. Anak laki-laki dianggap lebih mulia daripada anak perempuan. Mereka bangga dan bergembira tatakala dikurniai anak laki-laki. Sebaliknya, bagi sebahagian orang kehadiran anak perempuan merupakan aib dan dianggap bencana. Mereka sedih dan kecewa jika dikurniai anak perempuan. Padahal kehadiran anak perempuan juga termasuk nikmat dari Allah.

Anak lelaki merupakan pewaris dan penjaga pada ibubapa tatkala mereka dah tua. Harta warisan pada anak lelaki adalah dua kali ganda banyak daripada harta warisan anak perempuan. Anak perempuan bila sudah berkahwin maka dia bukan lagi tanggungjawap ibubapa mereka. Tapi kalau anak lelaki, tanggung jawap mereka adalah pada orang tua mereka. Sebab itu jugalah ramai dikalangan ibu muslim lebih mementingkan anak lelaki dari pada anak perempuan.

Tapi, Allah itu Maha Adil, Sebenarnya kehadiran anak dalam rumah tangga muslim merupakan nikmat yang besar dari Allah Ta’ala. Bahkan Islam secara khusus menjelaskan tentang keutamaan anak perempuan dan ganjaran bagi orangtua yang memelihara dan mendidik anak-anak perempuan mereka.





Al Imam Muslim rahimahullah membuat sebuah bab dalam kitab shahihnya dengan judul (باب فَضْلِ الإِحْسَانِ إِلَى الْبَنَاتِ) “Keutamaan Berbuat Baik kepada Anak-Anak Perempuan”. Beliau membawakan tiga hadits sebagai berikut :

Pertama.
Hadits dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata,

جَاءَتْنِى امْرَأَةٌ وَمَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا فَسَأَلَتْنِى فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِى شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ وَاحِدَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَأَخَذَتْهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا شَيْئًا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ وَابْنَتَاهَا فَدَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- فَحَدَّثْتُهُ حَدِيثَهَا فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « مَنِ ابْتُلِىَ مِنَ الْبَنَاتِ بِشَىْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ »

“Ada seorang wanita yang datang menemuiku dengan membawa dua anak perempuannya. Dia meminta-minta kepadaku, namun aku tidak mempunyai apapun kecuali sebiji buah kurma. Lalu aku berikan sebuah kurma tersebut untuknya. Wanita itu menerima kurma tersebut dan membaginya menjadi dua untuk diberikan kepada kedua anaknya, sementara dia sendiri tidak ikut memakannya. Kemudian wanita itu bangkit dan keluar bersama anaknya. Setelah itu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dan aku ceritakan peristiwa tadi kepada beliau, maka Nabi shallallhu ‘alaii wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudia dia berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut akan menjadi penghalang dari siksa api neraka”
(H.R Muslim 2629)

Tuesday, June 26, 2018

10 Sebab Mengapa Lelaki Sukakan Janda dan Ibu Tunggal

Gambar sekadar hiasan

Mungkin anda di kalangan kawan kita yang sudah bercerai kemudian, tak ada berita tiba-tiba dah berkahwin semula. Mudah sangat kan mereka buat keputusan. Antara lelaki-lelaki yang dipilih pula adalah lelaki orang, duda dan ada ramai juga yang berkahwi dengan lelaki bujang. Tapi apa yang penting pada wanita ini, adalah mereka berstatus berkahwin semula. 
Mungkin ada ramai yang nak tahu bagaimana mereka boleh cepat mencari jodoh, sedangkan ada ramai lagi anak-anak dara yang tak kahwin-kahwin lagi sedangkan ada sesetengah perempuan yang sudah kahwin dan bercerai berkali-kali. Ini adalah antara sebab nya. 

Monday, June 25, 2018

Ujian Sebagai Ibu Tunggal

Gambar Hiasan


Wanita yang ditinggalkan suami, memang teramat pedih rasanya. Walaupun saya tidak pernah mengalami, tetapi saya boleh memerhati. Memerhatikan mereka yang bergelar ibu tunggal.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sungguh!
Sebab itulah, Anda yang bergelar isteri, jagalah dengan sebaiknya si suami supaya tidak mencari pengganti. Pengganti yang bergelar isteri kedua, ketiga atau barangkali yang keempat... (*___^)
Lumrahnya lelaki, lebih-lebih lagi yang bernama suami, amat memerlukan kasih sayang seorang isteri. Tidak mengenal tempat dan masa, mereka seringkali dahagakan kasih sayang.

Kasih sayang dari manusia bernama wanita, kerana penangan wanita terlalu hebat belaiannya. Saya berani berkata sedemikian rupa kerana saya punya ibu yang terlalu menyayangi bapa (*___*), Penangan wanita bernama Isteriku Yang Tercinta. Dialah satu-satunya. Sungguh!

Seandainya Anda adalah seorang wanita yang sudah bergelar isteri, curahkanlah kasih sayang yang tidak terhingga sebaik-baiknya agar kelak suami tidak berkeinginan menambah, apatah lagi mencari-cari pengganti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GR

PA

fbcs

nas