Doa Ruqyah Untuk Mengubati Orang Yang Sakit Anak Perempuan


 Jika kamu ada anak perempuan yang sedang menderita sakit, bacalah ruqyah yang diajarkan oleh waliullah saudara baginda Rasulullah SAW. 

Imam Abu Hamid Al Ghazali berkata "Ikrimah meriwayatkan daripada Ibn Abbas dia berkata; "Seseorang datang kepada Ibn Abbas lantas orang itu berkata, "Wahai Ibn Abbas, sesungguhnya aku memiliki anak perempuan yang amat aku sayangi. Namun dia sekarang ini sedang menderita sakit. Apa ruqyah yang boleh aku ambil yang dapat merahmati dan mengubati dia. Maka Ibn Abbas menuliskan untuk anak itu. 

`Abdullah ibn `Abbas (Bahasa Arab: عبد الله ابن عباس; s. 619–687 Masihi / 3 SH - 68 Hijrah) ialah sepupu kepada Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai anak kepada bapa saudara baginda, Abbas bin Abdul Muttalib serta isterinya, Lubabah binti Harith. Beliau juga merupakan ulama dalam bidang pemahaman Al-Quran. Berkat doa Rasulullah kepadanya, Abdullah menjadi seorang pemuda yang terpelajar dan bijak dalam kalangan para sahabat yang seusia dengannya. Petah berdebat dan berbicara. Antara jasanya yang dikenang ialah Abdullah mampu meredakan keadaan umat Islam selepas Perang Siffin di mana segelintir tentera Islam yang berpihak kepada Ali bin Abi Thalib merasa tidak puas hati akan keputusan tahkim yang dijalankan antara Amru Al-Ash dengan Abu Musa Al-Asya'ari. Begitulah betapa hebatnya saudara Rasulullah saw, Ibn Abbas seorang waliuallah yang bijak. Mari kita amalkan apa yang telah diajari. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Kemudian bacalah. 
Surah Ali Imran: 157

Kemudian bacalah 
Surah An Naml: 26



Kemudian bacalah 
Surah Al Hasyr: 23-24





Aku bacakan ini yang pahalanya ditujukan pada ibumu dan mohonlah pertolongan kepada Allah SWT. Maka aku melakukan apa yang dia perintahkan kepadaku. Maka sembuhkan anakku berkat keberkatan ayat yang mulia ini . 


Selawat Shifa pada junjungan kita rasulullah saw dan sedekahkan Al Fatihah pada Ibn Abbas. 

Iklan










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...