Gambar Wanita Curi Handbag Masa Orang Sujud Di Masjid



Kuala Lumpur: Setiap kali sujud, dia dengan pantas mencuri beg tangan milik jemaah wanita yang diletakkan di depan saf dan perbuatan itu dilakukannya berulang kali.
Itu aksi seorang pencuri remaja dipercayai berusia belasan tahun yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Masjid Al-Ikhwaniah Taman Cheras Utama, di sini, pada malam Jumaat lalu.
Kejadian berlaku di ruang solat wanita ketika beberapa jemaah menunaikan solat Maghrib, jam 7.10 malam.
Nazir masjid itu, Abd Karim Md Nor berkata, pihaknya mengambil inisiatif memasang CCTV sejak sebulan lalu berikutan kejadian mencuri yang semakin menjadi-jadi.
"Sebelum ini seorang wanita yang mengajar mengaji di masjid berkenaan turut kehilangan wang tunai serta barang kemas. Duit tabung masjid juga pernah dicuri dan bilik imam juga cuba dipecah masuk. - hmetro


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...