Hikmah Ujian Dari Allah

Sebagai Wanita, Mana satukah ujian yang anda sedang lalui



*Ujian isteri kedua yang dihalang dan diganggu oleh keluarga isteri pertama
*Ujian anak kedua atau tengah perempuan yang sering dipinggirkan dikalangan anak-anak lelaki oleh si ibu.
*Ujian isteri pertama yang dipinggirkan oleh suami
*Ujian ibu tunggal yang perlu menyara anak-anak
*Ujian menjadi anak-anak istemewa yang perlukan jagaan yang rapi dan menanggung kos yang mahal.
*Ujian hutang yang menimbun
*Ujian kehilangan anak

Percayalah, ada lagi insan yang mengalami ujian yang sama dengan anda malah ada yang lebih dasyat ujiannya.

Besabarlah dengan ujian Allah dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan sedekah dan berdakwah mengajak orang kepada kebaikan. Insyallah ujian andan akan diringankan.



Jangan sesekali persoalkan mengapa kita diuji, fikirkan bagaimana menyelesaikan masalah ini dengan cara redha dengan ujian Allah, memaafkan pada orang yang menganiya kita.

Percayalah Allah itu Maha Adil.

Ketika Allah rindukan hambaNya, maka Dia hadirkan hadiah berupa ujian. Saat itu, bersabarlah dan bersyukurlah. Ujian itu hadir tidak semestinya dalam bentuk musibah. Kita sering lupa bahawa nikmat juga satu ujian.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Al-Ankabut:2-3)

Kadangkala kita diuji dengan sesuatu yang tak pernah kita duga. Kita memberontak, kita persoalkan kenapa kita diuji. Tanpa kita sedar, di sebalik ujian Allah itu terselit seribu satu hikmah yang sarat dengan kasih sayangNya.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Ujian itu akan selalu menimpa seorang hamba sampai Allâh membiarkannya berjalan di atas bumi dengan tidak memiliki dosa.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...