PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Disclaimer: Segala Info tidak ada bukti saintifik, silalah buat rujukan lebih. Jika perlu untuk hubungi atau Credit/ Picture KLIK SINI

Monday, June 25, 2018

Ujian Sebagai Ibu Tunggal

Gambar Hiasan


Wanita yang ditinggalkan suami, memang teramat pedih rasanya. Walaupun saya tidak pernah mengalami, tetapi saya boleh memerhati. Memerhatikan mereka yang bergelar ibu tunggal.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sungguh!
Sebab itulah, Anda yang bergelar isteri, jagalah dengan sebaiknya si suami supaya tidak mencari pengganti. Pengganti yang bergelar isteri kedua, ketiga atau barangkali yang keempat... (*___^)
Lumrahnya lelaki, lebih-lebih lagi yang bernama suami, amat memerlukan kasih sayang seorang isteri. Tidak mengenal tempat dan masa, mereka seringkali dahagakan kasih sayang.

Kasih sayang dari manusia bernama wanita, kerana penangan wanita terlalu hebat belaiannya. Saya berani berkata sedemikian rupa kerana saya punya ibu yang terlalu menyayangi bapa (*___*), Penangan wanita bernama Isteriku Yang Tercinta. Dialah satu-satunya. Sungguh!

Seandainya Anda adalah seorang wanita yang sudah bergelar isteri, curahkanlah kasih sayang yang tidak terhingga sebaik-baiknya agar kelak suami tidak berkeinginan menambah, apatah lagi mencari-cari pengganti.



Sememangnya kasih sayang suami isteri tiada yang dapat menandingi kehebatannya. Ini pun saya ingin katakan... Sungguh! (*___*)
Tetapi sebaliknya, bila sudah tiada keserasian, kesefahaman akan ditolak ke tepi, maka perceraian terjadi. Isteri sudah tidak memahami suami, suami pula membawa diri dek terasa hati. Bercerai-berailah nanti bahtera perkahwinan kerana haluannya sudah tidak tentu hala. Nak ke barat, ke timur atau ke utara-selatan.

Masing-masing inginkan arah yang berlainan. Dengan kata mudah, nakhodanya sudah tiada, sekali ombak melanda, terburailah bahteranya, karam jadinya...

Malang bagi wanita, kerana teramat payah berenang-renang sendirian di lautan kehidupan. Bukan kerana tiada kekuatan, tetapi kerana terlalu banyak kasih sayang yang ditampung dan ingin diselamatkan.

Sebaliknya pula bagi yang lelaki, ada kala mudah sangat mencari pengganti. Lebih-lebih lagi dunia hari ini yang sedang diisi ramai wanita. Sebab itulah berbondong-bondong wanita berusaha memenangi, lebih-lebih lagi menarik perhatian lelaki. (*___^). Menggadai maruah diri, bukan sedikit yang terjadi.

Usahlah marahkan saya duhai wanita-wanita yang saya kasihi kerana DIA. Sebenarnya itulah realiti yang saya perhati dan pernah alami. Nasib baik jua DIA, Tuhan Yang Maha Esa terasa kehadiranNYA di sisi, untuk saya jadikan penampan di dalam menghadapi ranjau-ranjau kehidupan.

Wanita Yang Inginkan Kekuatan, sememangnya bila mana diselubungi penangan dilema, haluan kehidupan sudah samar-samar kelihatan. Pelbagai persoalan berlegar-legar di fikiran, mengalami kebingungan, lalu para syaitan mulalah berperanan. Menyesatkan!


Bingung tidak tahu ke mana arah haluan kehidupan. Lalu, terkapai-kapai di tengah-tengah lautan kehidupan. Perumpamaan lain, teraba-raba di dalam kegelapan, lalu tiada kepastian. Apakah itu yang akan terus terjadi? Bingung tak keruan?. Menyesal tak sudah? Menangis berair mata darah? Penyesalan, dan terus-terusan menyesal...

Pedih, memang pedih... Hanya mereka yang pernah mengalami akan tahu betapa peritnya merasai kesakitan begitu, bercerai, tetapi adik perlu tahu satu perkara...

Ujian.
Kehidupan dunia yang sedang kita lalui merupakan satu ujian. Ujian supaya kita memahami erti kesengsaraan dan kebahagiaan. Erti kesakitan dan kegembiraan, dan moga-moga dari situ nanti, akan tersingkaplah perasaan mengenainya, takut? atau redha?


Ibarat Syurga dan Neraka. Kedua-duanya tiada siapa yang pernah melihatnya, apatah lagi merasainya, kecuali bagi mereka yang ada keimanan kepada Tuhan yang maha berkuasa, Allah SWT.

Keimanan, ada kaitan dengan perasaan. Merasakan setiap masa dan ketika sebenarnya sedang ditemani, iaitu tidak berseorangan. Dikelilingi oleh para makhluk Tuhan. Lebih-lebih lagi yang bergelar Malaikat dan Syaitan. Mereka tidak boleh diperhati, tetapi boleh dirasai, oleh mereka yang ada keimanan.

Malah, bagi mereka yang mempunyai kekuatan iman sehingga memancar-mancar cahayanya, pastilah Tuhan Yang Maha Esa, Allah SWT akan memerhatikannya, malahan sampai berupaya pula mendampinginya, sehingga lebih hampir dari kerongkongannya.

Sekali lagi, ianya tidak dapat diperhati, tetapi ianya dapat dirasai. Itulah Keimanan yang dimiliki.

Sebab itulah andai tidak ingin berseorangan, peganglah keimanan ini. InsyaAllah, bantuan NYA akan muncul secara tiba-tiba, tanpa disangka-sangka.

Ketahuilah jua, bahawa DIA mempunyai segala kekuasaan untuk memberikan segala macam keajaiban... Sememangnya DIA, Allah SWT teramat-amat berkuasa di atas segala-galanya. Ini Keimanan namanya.

Redhalah atas apa yang telah berlaku, lalui kehidupan ini dengan mengharapkan bimbingan dari NYA setiap tempat dan masa. Moga-moga nanti, akan terserlahlah kejayaan di penghujung perjalanan kehidupan ini. InsyaAllah.

"Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka) dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (Al-Anaam, 6: 94)

"Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu." (Saba, 34: 21)

"(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Ar-Rum, 30: 37) 

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Al-Baqara, 2: 214)


~LB~


Sumber https://www.facebook.com/notes/tageoronnie-shoes-outlet/ibu-tunggal-tabahlah-wahai-wanita-insan-pilihan-allah/283052418399314/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GR

PA

fbcs

nas