Thursday, June 22, 2017

3 Tips Elak Gemuk Ketika Raya

Apabila habis bulan Ramadhan, ramai yang tidak mengawal pemakanan kerana seperti melepaskan geram selama sebulan menahan lapar dan dahaga. Bagi mereka, Syawal merupakan bulan pesta makanan. Jangan risau, anda mampu mengelakkan diri gemuk ketika raya. Antara tipsnya ialah:

Jangan makan makanan manis
Elakkan makan kuih raya dengan banyak serta minuman manis atau bergas. Bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat, minum air putih atau jus buah-buahan agar dapat memberi khasiat pada tubuh.


Rancang pemakanan
Apabila bulan puasa, sistem pencernaan anda direhatkan. Oleh itu, makan secara berperingkat dan bukan makan secara mengejut dengan kuantiti yang banyak kerana ia akan memberikan masalah kepada perut anda kelak.

Kawal saiz pemakanan
Ketika menghadiri jemputan hari raya, pastikan anda mengambil pinggan yang lebih kecil agar dapat mengawal saiz pemakanan anda. Tidak salah sekiranya anda mengambilpinggan yang lebih besar. Kawal kuantiti sesuatu makanan itu.

Oklah para ibu sekalian, Jangan lupa jaga body, agar cantik, slim dan ramping.



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas