Setiap wanita disarankan untuk melalui proses pantang selama 6 minggu bersamaan dengan 44 hari. Ini kerana, berpantang dapat mengembalikan bentuk badan anda seperti sebelumnya. Tetapi di zaman berteknologi kini, kebanyakan wanita memilih untuk berpantang secara moden.
Teknik berpantang secara tradisional semakin jarang diamalkan. Mereka beranggapan kaedah berpantang secara moden lebih mudah dan relevan dengan kehendak zaman ini.
Mandian
Menggunakan sabun dari bijiran dan herba bagi merangsang peredaran darah serta membuang sel kulit mati.
Pakaian
Memakai pakaian mengikut keselesaan anda. Jangan lupa untuk memakai stokin!
Berurut
Melakukan urutan selepas habis pantang dengan ke spa bagi mempercepatkan pengeluaran kekotoran dan darah nifas. Jika anda berurut lebih awal, ia mampu melancarkan peredaran darah dan juga memulihkan kesegaran badan.
Penjagaan dalaman
Anda boleh mengamalkan makanan tambahan dengan pengambilan vitamin atau pil herba yang bersesuaian untuk para ibu selepas bersalin.
Korset
Ada sesetengah wanita yang memilih untuk menggunakan korset berbanding bengkung kerana ia lebih mudah dan selesa. Ia bergantung kepada pemilihan korset yang betul dan apa yang anda rasakan terbaik untuk diri anda.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan Isalisa Corset agar tampak cantik dan menawan. Klik di sini islalisacorset.com
No comments:
Post a Comment