Tuesday, January 17, 2017

Cara-Cara Dapatkan Keberkatan Dalam Perkahwinan

Admin nak share kan sikit cara-cara macammana nak dapatkan keberkatan dalam perkahwinan tu sendiri. Sebenarnya benda-benda ni bermula dari majlis perkahwinan korang tu sendiri sebenarnya.



1) Betulkan niat. Kahwin kerana Allah, kerana sunnah Rasullullah.

2) Jangan tinggal solat time majlis! Kau tu raja sehari je..bukan Raja Seluruh Alam! Siapa Raja Seluruh Alam kau??

3) Tinggalkan benda-benda lagha. Nyanyi-nyanyi, karok-karok, menari joget lambak semua.. Kita nak tarik rahmat Allah..





4) Doa dari para tetamu. Pengantin ni lebih perlukan doa dari kamu tetamu yang hadir sebenarnya. Aku bersyukur pasal time aku kahwin dulu lagu Maher Zain Barakallahulakuma tu memang tengah hit. Jadi tetamu yang bersalam dengan pengantin semua pakat doa ikut bait-bait lagu tu.. Terima kasih ye korang.. =)

5) Pengantin jangan sombong. Salam. Jumpa semua orang. Bukan asyik posing kat pelamin je. Senyum. Mintak tetamu doakan untuk korang. Kita tak tahu tetamu mana yang bawak berkat kat kita. Yang doa dia Allah makbulkan.

6) Kalau boleh tak payahla bersanding, tepung tawar bagai. Bukannya ada dalam agama kita pun.. Adat hindu kan tak silap aku? Korang nak tayang apa sebenarnya?? Time aku ada jugak buat majlis di dewan, tapi aku request gantikan pelamin tu dengan meja makan pengantin je.. Ambik kau.. ramai-ramai makan kat pentas, takde la segan sangat kan.. hihi.. Pelamin ada jugak, tapi kat rumah, tapi just untuk ambik gambar je. Buat kenangan.


7) Jaga hukum hakam, jaga aurat. Bab yang ni, korang sendiri pun tau kan cara sepatutnya pemakaian seorang wanita dalam islam. Ingat lagi sekali. Kita nak tarik rahmat Allah. Doa malaikat. Bab salam tu, jangan le main belasah je salam semua. Abang ipar, kakak ipar, sepupu sepapat, pak cik mak cik yang bukan mahram, pandai-pandai la korang nak elak. Tu belum kira part mekap dengan jurugambar lagi. Walaupun nyah, dia tetap lelaki. Jangan pulak korang suruh jurugambar lelaki ambik gambar korang tengah bersiap tak pakai tudung… Aurat tetap aurat.

8) Inai, rantai, barang kemas bagi lelaki. Kalau boleh, janganla pakai inai kat jari bagi lelaki. Sebab inai di jari ni untuk perempuan. Harus bagi lelaki bagi tujuan perubatan je. Rasanya ustaz azhar idrus ada kot sebut pasal hukum pakai inai ni. Tak silap aku la.. Barang kemas sah-sah hukum dia haram kan..


Kahwin ni tak perlu nak gah. Nak grand sangat. Buat apa kahwin tapi tanggung hutang seumur hidup. Lantak le orang yang mengata tu.. sampai kurun ke berapa dia nak menyebut pasal majlis korang tu.. lama-lama diam la diorang. Pasal hantaran tinggi, dah jadi trend kan sekarang? Aku anak sulung. Perempuan sorang dalam family. Ada pelajaran. Tau apa ayah aku buat? Dia cakap kat suami aku, berapa yang suami aku mampu bagi? Suami aku cakap RM5000. Ok, fine. Masa hari bertunang, of course sedara-mara ramai hadir. Ayah aku cakap kat sedara mara, hantaran aku RM10k. Baki bank in lain sebab nak tutup mulut orang. Dalam surat nikah tulis hantaran aku RM10k.Time kenduri cakap je kat sedara mara aku yang lain kata suami aku dah bayar baki. Sampai sekarang sedara mara aku tak tau pun hantaran aku RM5k je. Diam-diam sudah..



So agak agak korang dah sedia ke nak kahwin? Hehe. Selamat menempuh alam perkahwinan bagi sesiapa yang bakal berkahwin ya.

Moga segala urusan semua bakal-bakal raja sehari dipermudahkan dan semua berjalan lancar. Selamat Menempuhi Hidup Baru untuk bakal raja sehari semua.

Paling penting jangan lupa pakai corset. Kalau perut nampak dah tak cantik, orang mengata plak... so please la pakai hokey....
Click sini islalisacorset.com


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas