Wednesday, January 4, 2017

5 Kelebihan Kahwin Awal

Apa kelebihan kahwin awal ni....?
Okey ke kahwin awal ???
okey...admin nak kongsikan beberapa kelebihan dekat you alls apa yang menarik dalam kahwin awal ni..
Jangan takut untuk buat benda baik ni.. Pahala pun dapat tau.




1. Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.



2. Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina .


3. Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.




4. Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.




5. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan




Jangan lupa amalkan doa agar sentiasa dipermudahkan urusan
-------
Selamat mencuba. Paling penting jangan lupa pakai corset. Kalau perut nampak dah tak cantik, orang mengata plak... so please la pakai hokey....
Baru la cantikkk...

Click sini islalisacorset.com



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas