Thursday, December 1, 2016

5 Sebab Putus Tunang

Apa nak jadi! Ingatkan dah masuk bulan December ni nak langsungkan akad nikah, tapi lain plak yang jadinya. Orang lain menikah, kita putus tunang. Sedih pilu hati ni tak tau nak habaq lagu mana lagi.

Oklah admin nak share 5 sebab orang putus tunang. Supaya you all yang tengah bertunang ni boleh take note dan mengubah apa yang perlu. Demi masa depan dan kebahagiaan masing-masing ye.


Hantaran terlalu tinggi
Faktor utama penyebab kepada permasalahan ini. Keluarga pihak lelaki tidak dapat memenuhi kehendak keluarga perempuan yang meletakkan wang tersebut yang begitu tinggi. Sedangkan pasangan perempuan tidak kisah sekiranya wang hantaran yang diberikan rendah mengikut kemampuan si lelaki. Namun, ego lelaki ada batasnya dan tidak berfikir matang untuk menyelesaikan masalah ini lalu buat keputusan drastik dengan putuskan hubungan.



Selain kedua-dua keluarga harus berbincang sebaiknya berkaitan wang hantaran ini agar ia mampu diberikan keluarga lelaki. Di sebelah perempuan pula haruslah bertimbang rasa dan memberikan sedikit waktu buat pasangan lelaki untuk mengumpul wang berkenaan.

Pinjam Bank
Kebanyakan lelaki apabila dalam keadaan tertekan atau stres mereka akan melakukan sesuatu itu tanpa berfikir panjang. Seperti yang terjadi dalam kalangan kita iaitu membuat pinjaman bank semata-mata untuk majlis perkahwinan. Sedangkan ia adalah satu kerugian yang membuatkan masalah anda kian bertambah. Ada tu, anak sudah masuk yang kelima sekalipun hutang belanja kahwin belum selesai dilunaskan.

Orang ketiga
Kewujudan pihak ketiga yang tidak disangka-sangka. Misalnya, kehadiran kekasih lama yang menjadi pengganggu dalam hubungan yang terbina membuatkan pasangan terpaksa memutuskan tali pertunangan tersebut. Oleh itu, diingatkan mereka yang sudah bertunang sentiasa membatasi tahap pergaulan sama ada dengan tunang sendiri ataupun rakan-rakan yang berlainan jantina.

Tidak memberi perhatian
Situasi ini juga sering terjadi ketika di alam pertunangan. Secara tiba-tiba si tunang tidak mempedulikan pasangannya dan ia menjadi lumrah dalam fasa pertunangan ini. Bukan itu saja, pelbagai helah dan taring yang mula terlihat selepas bertunang. Ada juga yang bertukar watak menjadi kaki panas baran dan sebagainya.

Sedangkan ketika bercinta semua itu belum lagi kelihatan. Sekiranya, pertunangan terputus, segala pemberian yang diberikan oleh lelaki tidak seharusnya dipulangkan semula. Kecuali mahar perkahwinan yang ada ketikanya diberikan awal oleh pihak lelaki. Wanita pula, haruslah menerima pinangan orang lain setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi oleh kedua-dua belah pihak.

Tempoh bertunang lama
Bila dah terlalu lama akan timbul bermacam-macam perkara buruk. Oleh itu, seharusnya pertunangan itu sesingkat atau tidak perlu memakan bertahun lamanya. Kebiasaannya setahun atau lebih pendek lagi enam bulan sahaja. Sekiranya, anda menetapkan pertunangan terlalu lama kebarangkalian untuk putus itu terlalu tinggi kerana pelbagai halangan akan dilalui asalkan kedua-duanya sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa agar dapat mempercepatkan jalan ke arah perkahwinan.

Sedangkan orang yang sudah berkahwin pun ada pasangan surutnya inikan pula mereka yang dalam proses pertunangan. Oleh itu, kahwinlah seawal mungkin agar hubungan yang terjalin berkekalan abadi buat selamanya.

Ok itu saja yang admin boleh share, tq for blogger http://www.pesonapengantin.my yang sudi kasi admin idea apa yang nak tulis sempena musim kahwin bulan December ni.

You all yang dah bertunang tu, janganlah kerap sangat berjumpa dan jangan banyak bercakap. Bercakap hanya berkaitan dengan persiapan untuk perkahwinan, elakkan bercakap tentang ex bf, emosi dan perasaan.

Apa yang paling penting banyakkan BERSABAR, ZIKIR DAN DOA. Setan akan sentiasa bersama orang yang tunang ni sebab nak hasud agar you all robohkan masjid yang bakal terbina dan lakukan maksiat. Jadi banyakkan dekatkan diri pada Allah.

Ok masa nak tunang tu pastikan you pakai korset tau... Jangan plak orang kata you tak cantik, tak pandai jagan body nak kahwin ni.. memanglah sangat serius...

1 comment:

  1. Orang tua2 cakap kalau bertunang jangan lama2.. darah org bertunang nie manis

    ReplyDelete

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas