3 Cara Hilangkan Mengantuk



Argghhhh.... masalah mengantuk ni memang akan berlaku pada ramai orang. Teruama kalau orang yang bekerja atau student yang terpaksa buat kerja yang membosankan.

Student lagi suka pada aktiviti discussion, aktiviti gerakan badan, bercakap, bersembang, bergelak ketawa sambil belajar. Tapi tiba masa exam mereka kena fokus untuk memahamkan teori dan menghafal segala teori yang diajar. Time tu la rasa bosan giler. Mengantuk tak payah nak cakap la...

Pada mereka yang bekerja pun sama, kalau buat kerja yang sama setiap masa pun buatkan diri ini menjadi bosan. Lagilah kalau ditempatkan di tempat sorang-sorang tak ada teman nak berbual sembang, Atau kerja yang rutin macam data entry dan menaip. Adoyai... menyeksakan badan.

Tapi nak buat camne kan... kita semua ada komitmen dan kewajiban masing-masing. Jadi admin blog nak kasi beberapa tips tuk hilangkan mengantuk you all.....




Suka atau tidak kita kena cari cara bagaimana nak mengatasi mengantuk yang tak tertahan tahan semasa di pejabat? Mungkin boleh ikuti petua petua yang disenaraikan di bawah. Mana tahu boleh membantu.

MINUM AIR KOSONG

Punca badan tak bermaya biasanya berlaku bila badan kita tidak cukup air. Jadi sediakan botol air di pejabat dan sentiasa minum. Waktu pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang boleh habiskan sekurang kurangnya 2 liter air. Amalkan setiap hari dan rasakan perbezaannya.

SENAMAN RINGAN

Apabila rasa mengantuk, cuba lakukan senaman ringan di kiub tempat kerja anda. Lakukan regangan ringan serta mungkin boleh teruskan kerja dengan cara berdiri dan membuat sedikit gerakan. Jangan pedulikan pandangan rakan sekerja yang lain, janji boleh menghilangkan rasa mengantuk kita.

TARIK DAN HEMBUS NAFAS

Untuk tarik dan hembus nafas, ada teknik yang tertentu. Normal kita akan tarik dan hembuskan nafas dengan laju. Namun kali ini tekniknya sedikit berbeza. Tarik nafas dalam dalam dan tahan nafas serta hembus perlahan lahan. Kira dalam hati hembusan yang dilakukan sehingga mencapai 21 saat. Anda pasti akan rasa perbezaannya. Cubalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...