Soal glamor dan populariti bukan lagi menjadi keutamaannya sekarang. Bagi pelakon popular Erra Fazira, sampai masanya dia menjalani kehidupan yang lebih seimbang antara karier dan kehidupan peribadinya.
“Saya pernah berada di puncak karier dan populariti dulu. Malah, saya sudah puas bergelumang dalam bidang hiburan tanah air. Jika dulu, saya seorang yang kuat bekerja hingga tidak ada ruang untuk diri sendiri.
“Kini, pada usia mencecah 40 tahun, saya ingin menjalani kehidupan yang lebih tenang dan terurus di mana pengurusan karier seni dan keluarga bergerak seiringan,” katanya.
Selain karier seni yang juga periuk nasinya, kata pemilik nama sebenar, Fazira Wan Chek, fokusnya juga untuk membesarkan anak tunggalnya, Engku Aleesya, 6, dengan mendapat pendidikan sempurna.
“Saya pastikan dalam tempoh seminggu bekerja, ada beberapa hari untuk meluangkan kualiti masa bersama anak. Sebagai ibu, anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam hidup kita.
“Justeru, saya pastikan akan memberi sepenuh perhatian kepada Aleesya setiap kali kami meluangkan masa bersama tanpa sebarang gangguan,” katanya.
“Saya akan mendedahkan identiti jejaka itu apabila hubungan kami sudah kukuh untuk menuju ke fasa seterusnya. Apa yang penting, si dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman dan lebih berilmu untuk membimbing saya,” katanya - hmetro
Semoga Erra bahagia dengan kehidupan yang mencabar akan datang. Memang menjadi lumrah seorang manusia akan mencari ketenangan bila segalanya sudah ada dan lengkap bila mengejar kemewahan hidup, tapi sekarang dia sudah merasai segalanya dan duit bukan lagi matlamat utama. Masa ini kalau beribadat pada Tuhan memanglah sangat menyentuh hati dan boleh fokus sepenuhnya. Kalau orang yang masih lagi terdesak fikir pasal duit, mana boleh tenang beb....tapi itulah cabaran, kalau kita boleh ingat Tuhan tatkala kita terdesak, insyallah pasti Pertolongan Allah itu akan lebih dekat. Semoga Erra sukses
Kalau nak wajah yang cantik dan berseri sepanjang masa boleh try guna teknologi
photon ultrasonics, pasti anda akan merasai perbezaannya.
No comments:
Post a Comment