Kehebatan Sedekah




Hari ni saya nak share sedikit ilmu atau nota kerohanian...Ianya berkaitan dengan sedekah. Saya sedar tiap kali saya buat posting pasal sedekah, pasti diri saya sendiri akan bersedekah dan saya harap selepas baca atikel ini ada insan-insan yang kelaparan dan sedang berada dalam kesesakan dapat diselamatkan. 


Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."


Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.
"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.
Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?
1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2. - sumber dari facebook
Ada masalah nak simpan make up? klik saja gambar


4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Mohon perbetulkan blog anda,
    Bukan surah Al-Mukminun...tetapi surah Al-Munafiqun,
    "63-10: Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami (Allah) berikan kepada kamu sebelum datang kematian kepada salah seorang antara kamu, lalu dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Mengapa Engkau (Allah) tidak menangguhkan kepada suatu ajal (waktu) yang dekat, supaya aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang salih?"
    Sharing is caring...good job with the blog but please be EXTRA carefull when qouting the Holy Quran. TQ

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...