4 Kebaikan Hubungan Seks Suami Isteri


Kebaikan pertama : Perhubungan seks adalah satu ibadah.

Untuk melakukan hubungan kelamin, anda seharusnya bernikah terlebih dahulu. Pernikahan
adalah salah satu dari tuntutan agama yang menggalakkan pertambahan umat manusia.
Setiap perbuatan yang disertai dengan niat kerana Allah akan beroleh pahala dan ganjaran di
hari kiamat. Dengan perhubungan seks yang halal, akan melahirkan anak-anak yang
berketurunan baik yang bakal menjadi khalifah di muka bumi ini.

Kebaikan kedua : Anda dan pasangan anda akan lebih selesa untuk berkomunikasi.
Hubungan seks yang kerap akan merobohkan penghalang yang menghalang anda berdua
dari berkomunikasi dengan elok. Anda berdua juga akan lebih rapat dan sentiasa ingin
berkomunikasi antara satu sama lain. Malah, anda berdua juga tidak malu untuk berkongsi
rahsia. Ini kerana semua ego anda sudah hilang apabila melakukan hubungan seks. Anda
akan lebih merasa selesa berkomunikasi di atas katil setelah menikmati perhubungan batin
bersama-sama suami anda.



Kebaikan ketiga : Anda berdua akan lebih saling memahami.
Apabila melakukan hubungan seks, anda berdua akan bekerjasama untuk memuaskan nafsu
masing-masing. Melalui kerjasama yang terjalin secara kerap melalui hubungan seks, anda
berdua tidak lokek untuk bekerjasama di dunia luar juga. Malah, anda boleh menerima
kelemahan pasangan anda dan akan cuba mengisi ruang kelemahan pasangan anda dengan
kekuatan anda.

Kebaikan keempat : Anda berdua akan lebih percaya antara satu sama lain.
Kepuasan yang terhasil ketika melakukan hubungan seks membuatkan anda akan percaya
pada pasangan anda dan pasangan anda juga akan percaya pada anda. Kepuasan yang anda
beri pada pasangan anda akan menyebabkan anda rasa pasangan anda akan sayang pada
anda. Situasi ini akan menyebabkan anda lebih percaya pada pasangan anda dan dia juga
akan mempercayai anda.

Mengikut kajian, memang hubungan suami isteri akan lebih rapat jika pasangan tersebut
kerap melakukan hubungan seks dan setiap hubungan seks berjaya memuaskan kedua-dua
suami dan isteri.

Semoga mendapat manfaat

Mantapkan asset payudara anda, pasti suami akan lebih tergoda klik 

Montokkan Payudara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...