Pernahkah anda berdepan situasi rambut bertaburan di lantai dan mudah tersekat pada sikat ketika menyikat rambut? Jika ya, anda berkemungkinan berdepan masalah keguguran rambut.
Keguguran rambut terjadi apabila hormon androgen atau dikenali sebagai testosteron yang wujud dalam tubuh lelaki atau perempuan bertukar menjadi hormon dihydrotestosterone (DHT).
Proses penukaran itu membahayakan folikel rambut, lantas menjejaskan kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut yang normal. Setiap orang menggugurkan sebanyak 50 hingga 100 helai rambut sehari.
Dalam kitaran rambut yang seimbang, jumlah pertumbuhan rambut adalah sama dengan bilangan rambut yang gugur. Keguguran rambut berlaku apabila rambut gugur melebihi pertumbuhan rambut.
Ini dicirikan melalui corak kebotakan lelaki dan rambut menipis, di samping ciri-ciri lain. Ini boleh disebabkan oleh banyak faktor, termasuk
- ketidakseimbangan hormon,
- tekanan,
- putus haid (menopos),
- selepas bersalin
- genetik.
Ahli Persatuan Penyelidik Rambut Eropah, Dr Jia Wei Liu berkata, keguguran rambut adalah keadaan umum yang biasa dalam kalangan lelaki dan wanita.
“Lebih dua pertiga daripada mereka mengalami jenis keguguran rambut yang tertentu dalam hidup. Meskipun ia bukan penyakit yang mengancam nyawa, kehilangan rambut boleh mengakibatkan tekanan emosi dan psikologi yang ketara.
“Secara purata, orang dewasa mempunyai 100,000 hingga 150,000 helai rambut. Mereka boleh keguguran kira-kira 100 helai rambuat sehari. Tidak kira sama ada lelaki, wanita dan kanak-kanak, semuanya akan berdepan masalah keguguran rambut.
“Jika rambut gugur ketika menyikat atau mencuci, jangan risau kerana itu perkara normal,” katanya - metro
Jadi jangan terlalu risau jika anda kehilangan dan keguguran banyak rambut. Mungkin ia adalah satu situasi sementara, bilamana hormon anda tidak stabil.
Ini ada beberapa tips pemakanan untuk mengurangkan keguguran rambut.
Jadi cuba amalkan semoga mendapat manfaat dari atikel ini.
Anda ada masalah bulu roma? klik
No comments:
Post a Comment