Keguguran, adalah suatu kesedihan pada seseorang wanita jika mereka terlalu inginkan anak. Saya pernah melaluinya dan merasai kesedihan setelah menunggu sekian lama. Tapi keguguran itu satu nikmat pada mereka yang tidak mahu anak.
Jadi pada meraka yang sedang menunggu kehadiran orang yang disayangi, pasti ingin tahu mengapa terjadi nya keguguran supaya dapat memperbaiki diri sendiri.
1) Kelainan genetik pada janin yang dikandung
Kebanyakan (hampir 2/3 keguguran awal kehamilan) disebabkan janin yang dikandung mempunyai elemen kelainan genetik. Masalah kromosom adalah antara sebab utama sana ada jumlah kromosom tidak tepat atau berlaku perubahan kepada struktur kromosom janin. Kelainan genetik ini mengakibatkan janin tidak dapat hidup dan berlaku keguguran.
2) Jangkitan kuman
Jangkitan kuman pada trimister awal kehamilan boleh mengakibatkan keguguguran. Jangkitan yang kerap dikaitkan dengan keguguran 8adalah jangkitan Toxoplasmosis serta Parvovirus.
3) Kelainan pada rahim
Kelainan pada rahim ibu seperti kewujudan septum di dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal, fibroid yang besar atau pelbagai dan kelonggaran pintu rahim adalah antara punca berlakunya keguguran.
4) Kelainan pada uri ( plasenta)
Uri atau plasenta yang tidak sihat cenderung menyebabkan keguguran. Keadaan uri sebegini lebih kerap ditemui dalam kalangan ibu yang mempunyai penyakit seperti Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE), Anti Phospholopid Syndrome (APS) mahupun darah tinggi ketika mengandung. Para ibu dengan penyakit seperti ini mudah mengalami sumbatan di bahagian pembuluh darah di uri janin. Maka, ini akan mengakibatkan komplikasi keguguran janin.
5) Penyakit kronik yang tidak terkawal
Para ibu yang mengalami penyakit kronik seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi serta jantung lebih berisiko tinggi mengalami keguguran berbanding ibu yang sihat. Penyakit kencing manis yang tidak terkawal paras gulanya merupakan penyumbang besar kepada keguguran janin di awal kehamilan.
6) Masalah berkaitan hormon
Kekurangan sokongan hormon di awal kehamilan mungkin juga menyebabkab keguguran. Istilah luteal insufficiency kerap merujuk kepada keadaan ini. Para ibu yang disyaki mengalami keadaan kekurangan sokongan hormon ini akan dibantu dengan preskripsi hormon untuk diambil di awal kehamilan.
7) Pendedahan terhadap radiasi
Pendedahan kepada radiasi memungkinkan berlakunya keguguran terutamanya sekiranya pendedahan tersebut di awal tempoh kehamilan.
8) Faktor gaya hidup
Ibu yang merokok, mengambil alkohol, dadah seperti kokain ataupun ubat-ubatan terlarang didapati lebih berisiko mengalami keguguran janin.
Meskipun pelbagai faktor seperti yang disebutkan di atas dikatakan penyebab keuguran, lazimnya sebilangan besar keguguran yang berlaku tidak berjaya menemukan puncanya walhal telah disiasat. Namun begitu tidak semestinya ibu yang mengalami keguguran kali pertama akan terus menerus mengalami keguguran untuk kandungan-kandungan berikutnya.
Semoga atikel ini dapat berikan manfaat pada pembaca.
Kalau free boleh klik website ada macam-macam ada
No comments:
Post a Comment