Thursday, March 19, 2015

‘Saya masih isteri dia’ - Alyah


Ada banyak kontroversi tentang rumahtangga Alyah. Rumahtangga mana yang tidak bergoyang dan mengalami masalah? Masalah itu adakala ubat kepada kedua belah pihak supaya menginsafi dan mempertingkatkan diri, tapi kalau tak dirawat akan menjadi racun. Sebelum bertukar menjadi racun, lebih baik muhasabah diri dan cuba perbaiki keadaan. 
Menurut hmetro Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, saya masih isteri Datuk (Ramli MS). Semua masih sama dan semuanya okey sekarang. Tidak ada apa-apa yang berubah.”

Itu pengakuan penyanyi Noor Hasliah Abu Hassan atau Alyah, 34, berhubung spekulasi yang mempersoalkan status sebenar perkahwinannya dengan konduktor muzik Datuk Ramli MS, 55, susulan tindakan Alyah tidak menyarung cincin perkahwinannya di jari.
Alyah berkata, tindakan itu diambil bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku pada cincin perkahwinannya.
“Saya memang tak pernah pakai cincin perkahwinan dari dulu lagi. Sebabnya saya ini jenis yang pelupa dan cuai. Hari-hari pula saya akan bertukar-tukar aksesori mengikut fesyen untuk persembahan.
“Jadi bahaya untuk orang macam saya memakai cincin itu. Takut bila kerap tanggal dan pakai (cincin), silap-silap boleh hilang. Cincin itu adalah benda bernilai. Jadi untuk elakkan hal tak diingini berlaku, lebih selamat jangan pakai langsung.

Kita doakan semoaga mereka bahagia...
Next...

Nak tengok koleksi fesyen modern, stylo?
klik SINI

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas