Friday, January 30, 2015

Wanita Muda Sanggup Ambil Anak Angkat OKU




Saya rasa terharu dengan pengorbanan seorang wanita ni, yang sanggup mengambil anak angkat OKU secara sukarela. Sejujurnya tidak ramai di kalangan kita yang nak menanggung beban sebegini, tapi sister Nur Wahidah seorang yang tabah. Setiap pengorbanan yang dia lakukan dengan ikhlas sudah pasti ada ganjarannya di dunia dan di akhirat. 

Kuala Lumpur: Meskipun berdepan ranjau menjaga seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga akhir hayatnya, Nur Wahidah Mohd Baharum, 30, tidak pernah menganggap itu halangan
untuk dirinya mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak angkatnya yang lumpuh otak.
Malah, sifat keibuan yang terjalin ketika mula-mula menjaga Nur Dania Alesya Abdullah, tiga tahun, membuatkan dia sanggup mengharungi pelbagai dugaan. Katanya, dia nekad mengambil Alesya di pusat perlindungan untuk dijadikan sebagai anak angkat ketika itu hanya berusai dua minggu selepas melakukan prosedur ditetapkan, pada 2012.

Menceritakan pengalaman bertemu Alesya tiga tahun lalu itu, Nur Wahidah berkata, ketika itu dia melawat ibu saudaranya yang ditempatkan di wad bersalin di Ampang sebelum seorang wanita yang ditempatkan di katil bersebelahan menawarkan anaknya untuk dijadikan anak angkat.
“Wanita itu memaklumkan anaknya akan dihantar ke sebuat pusat perlindungan. Seminggu kemudian saya pergi ke pusat perlindungan itu dan selepas menjalani beberapa prosedur akhirnya Alesya diserahkan kepada saya iaitu pada 2012.

“Sebelum itu, ibu Alesya ada memaklumkan kemungkinan anak yang saya akan ambil sebagai anak angkat bakal buta. Maklumat itu membuatkan saya melakukan persediaan rapi.
“Dua minggu selepas mengambil sebagai anak angkat, doktor memaklumkan Alesya menghidap Celebral Palsy (CP) atau lebih dikenali sebagai lumpuh otak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Desa Pandan, semalam.

Katanya, dia sudah menganggap Alesya ibarat anak kandungnya selain tidak membataskan kasih sayang terhadap kanak-kanak itu.
Nur Wahidah berkata, pelbagai dugaan dihadapi ketika menjaga kanak-kanak penghidap CP selain kos rawatan tambahan apabila Alesya diserang penyakit lain.

“Alesya memerlukan penjagaan rapi dan perhatian sepenuh masa. Dia kerap demam panas yang kritikal. Keadaan itu memerlukan saya untuk berkorban masa dan tenaga.
“Paling membingungkan apabila Alesya kerap menangis kerana saya tidak pasti sama ada dia sakit atau keinginannya tidak dipenuhi. Saya cuba yang terbaik untuk menenangkannya dan mengenalpasti kemahuannya,” katanya yang juga bekerja di sektor awam.
Menurutnya, dia juga pernah berdepan pelbagai pandangan negatif segelintir masyarakat yang menganggap menjaga kanak-kanak seperti itu membebankan.
“Ada antara mereka meminta saya memulangkan semula Alesya kepada pihak berkaitan kerana menyusahkan hidup saya. Tapi, saya tidak peduli.
“Saya anggap itu sebagai cabaran dan hikmah di sebaliknya. Apa yang penting, saya mahu menjaganya sampai bila-bila,” katanya. - metro

Semoga wanita ini menjadi kan kita sebagai seorang isteri lebih kuat dan tabah. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas