7 Cara Mudah Mengatasi Stress Berat



Adakah anda sedang mengalami tekanan? Tekanan perasaan yang tinggi adalah merbahaya. Perempuan memang senang kena stress berbanding dengan lelaki kerana terlalu banyak fikirkan persepsi dan pandangan masyarat terhadap dirinya. Lelaki banyak yang tak kisah apa yang orang nak kata, tapi tidak bagi kebanyakan wanita. Masyarakat kita pun banyak menyalahkan perempuan berbanding dengan lelaki. Bak kata seorang ustaz yang saya dengar ceramah, perempuan bila kita tak kahwin, orang pun mengata macam-macam buatkan diri kita stress. Tapi bila kita dah kahwin tak dapat anak pun menjadi lagi stress sebab ramai yang menyibuk tanya dah mengandung ke belum... Bila anak rapat-rapat pun orang akan mengata. Bila bercerai dan di madukan lagi lah...salah kan perempuan saja...Entah lah...kalau nak ikutkan cakap orang memang kita akan jadi lebih stress. Jadi saya ingin share sikit info yang saya dapat cara nak hilangkan atau kurangkan stress. 



1. Bersenam
Cukup dengan berlajan - jalan atau jogging kurang lebih 15-25 menit 4 hari seminggu dapat membantu tubuh anda menghilangkan adrenalin dan menghasilkan endorfin  atau disebut ubat penenang  secara semula jadi yang dikeluarkan dari tubuh. Anda mungkin kata tak ada masa, apa kata sekarang anda buat senaman aerobik ada bagi link di bawah. Tengok video ni dan mulakan pergerakan dalam 10 minit saja anda akan berpeluh dan hormon endorphin anda dibebaskan. 

2. Hobi
Setelah bekerja keras siang malam, tidak ada salahnya anda luangkan masa untuk buat hobi anda. Orang kata macam memenatkan tapi bagi anda menyeronokkan. Saya dapat tahu hobi Tun Mahadir bertukang...bagi saya dah kerja penat-penat nak bertukang plak? Tapi bagi orang yang minat bertukang macam Tun tak akan rasa penat sampai bila-bila. Ada juga orang yang tak ada hobi...kerjanya tidur saja...

3. Tidur
Tidur adalah salah satu cara kita hilangkan memori kita pada masa ini dan cuba tenangkan fikiran dengan mematikan kita dari alam realiti. Sebab tidur ini adalah jalan yang paling efektif untuk hilangkan segala masalah buat sementara, ramai yang ambil pil tidur untuk tidur pada jangka masa yang lama. 

4. Tertawa

Yes, ketawa andalah antaranya bagi anda hilangkan stress dan masalah yang melanda di fikiran anda. Mungkin sukar untuk anda ketawa lebih-lebih lagi anda ditimpa musibah yang dasyat atau ditinggalkan kekasih, suami atau anak-anak. Jadi buat-buat lah ketawa walaupu tak lawak, otak kita akan mengeluarkan hormon endorphin bila anda ketawa. Hormon ini boleh mengurangkan stress dan melawan sel-sel yang stress akibat masalah anda. 

5. Mendengarkan Muzik atau nasyid zikir
Pasang lagu zikir kegemaran anda dan biarkan ianya beralunan di telinga anda. Hanya dengan banyak zikir dan mengingati Allah, hati kita akan lebih tenang. Sekarang pun anda boleh dengar hanya klik video yang saya share. 

6. Perfikir Empathy
Misalan anda sangat geram dan tension pada seseorang, contohnya suami anda yang curang, atau kena marah dengan boss. Cuba anda letakkan diri anda pada diri boss anda dan pada suami anda. Memang sukar pada awalnya tap anda kena cuba buat. Cara yang terbaik adalah tengok video atau filem yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh para suami, atau masalah yang dihadapi oleh para-para boss atau usahawan.

Serius, saya sendiri pernah buat, lepas itu saya lebih rasa tenang dan penyakit migrain pun hilang bila kita dah faham situasi orang tu dan rasa simpati pada dirinya.


7) Fikir Positif
 Semua orang pasti pernah mendapatkan ujian, tapi dibalik semua itu pasti ada jalan keluarnya dan kita dapat mengambil pelajaran darinya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Sudah pasti ada dugaan dan pengajaran yang anda perlu tempohi untuk anda dapatkan impian anda. 

Selamat mencuba
  
Alat senaman
Jika anda berminat nak dapatkan alat senaman ini sila
whatsapp/telegram 6018 263 7833 atau emel srabdul@outlook.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...