Setiap perempuan yang bercinta memang akan merasakan kena dump! Kalau kita yang buang lelaki tersebut memanglah tak terasa sangat dalam hati, tapi cuba kalau kita ditinggalkan lelaki. Bermacam perasaan negatif dan rendah diri akan menyelebungi wanita. Lagipun wanita tak sekuat lelaki boleh simpan dalam hati dan biarkan masa berlalu dan mudah cari pengganti.
Wanita tak semudah itu beb....jadi jangan sesekali buat hal dengan pasangan anda. Bila wanita sudah jatuh cinta, dia akan mulai hilang kawalan diri. Bila ada orang lain yang menceritakan perangai sebenar orang yang dia sayangi, dia tak akan sesekali percaya.
Kisahnya housemate saya dahulu dengan boy friendnya. Memanglah belum berkahwin, tapi since boy friend dia yang bayar sewa rumah, dia pun mengangap dia boleh buat apa saja kat rumah tu....
Aku dan member lain yang sewa bilik pun tak tahu nak tegur perangai member housemate ni, sebab kami baru saja dapat sewa bilik di kawasan yang berdekatan dengan tempat kerja.
Pada suatu malam, boy friend datang terus masuk bilik tidur dengan selamba. Kami hanya mampu melihat adegan mereka yang macam suami isteri. Sempat pula sekodeng intai-intai bilik lain yang tak tutup rapat, dah la datang secara terkejut. Besoknya aku pun bagi tahu pada member aku ni tentang perangai boy friend. Last-last aku juga yang kena halau dari rumah tu, dah la memang susah nak cari bilik time tu di area situ. Terkapai-kapai juga nak sewa bilik lain time tu, jantung berdegup kencang, mana nak cari rumah?
Akhirnya Allah selamatkan aku... baru saja orang sangkut kain rentang house for rent area tu, terus aku call dan aku lah orang yang pertama dapat sewa rumah area tu, tak jauh pun dari rumah dia. Member-member aku yang lain pun terus dapat sewa bilik dan mereka stay lebih lama dengan aku sebab selesa dengan rules aku.
Akhirnya Allah selamatkan aku... baru saja orang sangkut kain rentang house for rent area tu, terus aku call dan aku lah orang yang pertama dapat sewa rumah area tu, tak jauh pun dari rumah dia. Member-member aku yang lain pun terus dapat sewa bilik dan mereka stay lebih lama dengan aku sebab selesa dengan rules aku.
Itulah akibatnya cinta. Nak jatuh cinta semula bukannya mudah bagi seorang wanita, tapi bila dah jatuh cinta, percaya bulat-bulat dan sanggup serahkan apa saya termasuk duit dan maruah diri.
Jadi sentiasalah beringat jangan sesekali ikutkan hawa nafsu cinta. Fikirkan secara rasional dalam memilih pasangan hidup.
Berikut ini disenaraikan rukun-rukun ketenangan jiwa. Ia membantu kita melegakan jiwa yang bergelora dan bertindak dengan penuh kematangan.
Pertama: Mengenal setiap cetusan emosi diri
Ini bermaksud kita boleh membaca emosi sendiri pada setiap masa. Bila masa kita marah, kita berkata “saya sedang marah”. Bila kita takut, “Kita berkata saya takut”. Bila kita boleh menangkap setiap perasaan kita , kita akan dapat mengawalnya dengan baik. Sering-kali emosi negatif timbul tanpa kita sedari. Akibatnya, kita mungkin melakukan sesuatu yang melulu dan menyesal kemudian. Kita mungkin berkata “Mengapalah saya tidak tahan sahaja emosi saya?” Kata pepatah ” Menyesal kemudian tidak berguna”.
Kedua: Memberi masa bertenang
Setiap pergolakan emosi biasanya reda dalam masa dua jam ke tiga jam. Ada juga individu yang dapat meredakan emosinya dalam masa beberapa hari. Bila kita merasa panas darah dan hendak marah, alihkan diri dari situasi tersebut dan berikan diri kita beberapa jam untuk bertenang. Ini akan membolehkan kita memikirkan kejadian tersebut dengan lebih menyeluruh. Masa bertenang akan membolehkan kita memikirkan punca kemarahan serta mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Ketiga: Saya juga bersalah
Kemarahan biasanya memuncak bila kita memikirkan kesilapan orang lain. Tetapi , jika kita dapat menerima hakikat bahawa diri kita juga perlu memikir tanggungjawab dalam kejadian tersebut , kita tidak akan terlalu menyalahkan orang lain. Katakan dengan diri sendiri , “Saya juga bersalah dalam hal ini. Kalaulah saya ……. kejadian ini tidak akan terjadi.” Bila kita mula sedar dengan peranan dan tanggungjawab kita , kemarahan dapat dikurangkan.
Keempat: Bukan serangan peribadi
Bila kita menerima tekanan atau teguran dari orang lain, jadikan itu sebagai suatu pesanan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri. Beritahu diri kita ,” Syukurkan kerana dia beritahu saya tentang kesilapan saya” “Majukan saya amat mengambil berat dengan prestasi diri saya, itulah sebabnya dia memberitahu saya supaya jangan buat negini.” “Saya gembira dengan pesanan kita, saya tahu kita mahu saya menjadi seorang yang baik.” Semakin kita menghargai sesuatu kejadian, perasaan negatif akan mula hilang.
Kelima: Mengenal perasaan orang lain
Bila kita mempertahankan pendirian diri, kita akan gagal memahami mengapa orang lain berbuat sesuatu yang menyakitkan kita. Setiap individu mempunyai sebab yang tersendiri waktu dirinya melakukan sesuatu. Jika kita gagal menilai makna di sebalik perbuatannya, kita akan terus menuduh dan menyalahkan orang lain. Dalam hal ini, masalah bukan sahaja tidak diselesaikan; sebaliknya permusuhan dan rasa tidak puas hati akan berlarutan. Bila kita tahu masalah yang melkita dirinya, kita akan berkata “tidak apa, saya maafkan kita”. Saya tahu kita buat begini dalam keadaaa yang terpaksa dan saya faham diri saya juga mungkin akan melakukan perkara yang sama jika diri saya terjebak dalam keadaan yang sama.”
Jadi kawallah emosi anda jangan terlalu ikutkan perasaan marah dan cinta kerana anda ibarat bermain dengan api, kawal api kemarahan dan api rasukan cinta insyallah anda akan dapat mendengat teguran orang lain dan melihat dari sudut yang berbeza dalam membuat keputusan yang paling penting dalam hidup anda.
Di sini saya ingin menekankan, pada wanita-wanita yang belum berkahwin atau janda, jaga kehormatan diri anda. Ada banyak sebab anda perlu jaga kecantikan anda dan keindahan badan anda hanya untuk bakal suami anda. Percayalah...ada hikmah di sebalik hukum yang Allah sediakan. Maka sebab itu saya memang anti perempuan yang cepat cair dengan pujuk rayu dan janji manis lelaki dan sanggup serahkan duit dan body maruah mereka sendiri.
Di sini saya ingin menekankan, pada wanita-wanita yang belum berkahwin atau janda, jaga kehormatan diri anda. Ada banyak sebab anda perlu jaga kecantikan anda dan keindahan badan anda hanya untuk bakal suami anda. Percayalah...ada hikmah di sebalik hukum yang Allah sediakan. Maka sebab itu saya memang anti perempuan yang cepat cair dengan pujuk rayu dan janji manis lelaki dan sanggup serahkan duit dan body maruah mereka sendiri.
Nak tahu? klik saya
Nak tahu berbagai tips, teknik semulajadi dan selamat bakar lemak anda? klik
aku memang setuju apa yang you cakapkan...
ReplyDelete