Kalau anda punyai perwatakan dan wajah yang menarik sudah pasti ada ramai peminat lelaki yang sudi menjadikan anda sebagai calon isteri. Tapi... bagaimana nak tahu calon suami yang terbaik? Perempuan ni, kalau terlalu ikutkan perasaan semata tak boleh dijadikan suami, sebab banyak sangat kes penipuan mangsa ayat-ayat power seorang lelaki yang bermata duitan. Jom ikuti tip berikut
1.) Keadaan Keluarga
Jelaskan kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Contohnya jumlah anggota keluarga, pendidikan, anak ke berapa?
“Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat.” ~ (HR. Abu Daud)
2.) Harapan dan Prinsip Hidup
Setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing.
Terutamanya si suami kerana dia adalah qowwam dalam keluarga. Kita boleh menggunakan bahasa lebih lembut seperti: “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti?”
3.) Kesukaan dan Perkara Yang Tidak Di Sukai
Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Dalam pelayaran rumah tangga perlu saling mengerti.
Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum berkahwin.
4.) Ketaqwaan calon pasangan
Paling penting sekali dalam mengenali calon pasangan adalah nilai ketaqwaan lelaki tersebut. Ketaatan pada Allah menjamin kebahagiaan bahtera keluarga.
Kerana apabila seseorang lelaki senang, dia akan menghormati isterinya dan jika dia tidak menyenanginya tidak pula dia berlaku zalim pada isterinya.
Tapi bagaimana mengenalpasti ketaqwaan lelaki itu?? Mudah sahaja. Bertanyakan kepada orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, atau saudara tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang menjadi rukun iman dan rukun islam.
P/s: Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin melakukan ibadah sunat, nampaknya anda tidak perlu lagi tawar-menawar untuk memilih pasangan bahtera anda.
Semoga kita berjaya mendapat suami yang soleh dan diberkati kehidupannya di dunia mahupun di akhirat. Insyaallah yea. Amin..
Ini adalah antara tips yang ada dalam forum. Apa yang penting, buatlah solat istikharah beberapa kali. Semoga anda mendapat petunjuk. Jangan pandang ringan pada solat istikharah, ada ramai yang dapat petunjuk siapa sebenar lelaki yang dicintai selama bertahun-tahun, baru lah ditunjukkan dia suami orang, seorang kaki perempuan, seorang yang con man. Percayalah Allah itu Maha Mengetahui
Nak tahu bagaimana? klik saja |
No comments:
Post a Comment