4 Sebab Lelaki Menyimpan Janggut


Adakah anda seorang yang meminati lelaki berjanggut? Saya rasa ramai yang minat kot sebab ia boleh memberikan impak stylo dan macho...tapi mesti yang dicukur rapi dan kemas. Ada segelintir yang menyatakan lelaki menyimpan janggut dan misai akan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Meski kajian mengenainya belum dapat disahkan namun jika dilihat secara rambang ia ada benarnya.

Tahukah anda kebanyakan selebriti Hollywood yang menyimpan janggut dan misai berjaya menyembunyikan usia sebenar? Nama-nama seperti George Clooney, Ben Affleck dan Bradley Cooper kelihatan 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.

Selain kekal awet muda, kebaikan menyimpang janggut dan misai dapat menghindarkan diri daripada penyakit.  Ayuh kita lihat antara kebaikannya:

1 -Perlindungan daripada cahaya matahari

Janggut dikatakan mampu menghindari diri daripada terkena kanser kulit. Hal ini terbukti apabila para penyelidik berpendapat janggut dan misai yang rata boleh melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya.

2 Mencegah lelah

Pesakit lelah senang jatuh sakit apabila terdedah kepada kawasan berhabuk. Oleh kerana itu, misai yang tumbuh di sekitar bawah hidung boleh menghindarkan habuk tersebut dari memasuki rongga hidung.

3 Lambatkan proses penuaan

Nah, rerambut yang terdapat di kulit wajah mampu menyimpan lembapan, membuatkan kulit sentiasa lembap. Dengan lembapan tersebut, kulit akan kelihatan muda dan berkeadaan baik. Namun lelaki pastikan janggut dan misai anda dijaga dengan kemas dan rapi.

4 Melawan batuk

Tahukah anda janggut yang tumbuh lebat di sekitar kawasan dagu dan leher mampu menaikkan suhu leher? Ia sekali gus dapat mencegah jangkitan selesema.

5 Menghalang ruam di muka

Ruam sering diakibatkan oleh kaedah mencukur  yang tidak dibuat dengan berhati-hati. Bagi mengelakkan berlakunya masalah tersebut, adalah lebih elok untuk menyimpan janggut sahaja seterusnya menyelesaikan masalah ruam di muka.

 Nak tengok janggut yang cukur kemas, memang memerlukan peruntukan masa untuk orang lelaki luangkan masa tengok di cermin bilik mandi. Percayalah tidak ramai lelaki yang suka menjaga keterampilan wajah mereka. Jadi tidak hairanlah, lelaki yang punyai janggut stylo ni, di minati ramai wanita.

Salah satu cara nak kemas kan janggut adalah menggunakan kaedah waxing

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...