3 Tips Survival untuk Ibu Tunggal

Hari ni saya sempat menonton filem Sunk in the womb, mengisahkan seorang isteri muda yang ditinggalkan suami dengan dua anak yang masih lagi kecil. Kalau di Jepun, perempuan adalah satu isu yang kurang mendapat perhatian pada kerajaan di sana. Jadi dia hidup merempat dan menjual diri, sampai satu masa ditinggalkan anak-anaknya mati kelaparan di rumah. Sedih kan...Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku di Osaka Jepun. Setelah beberapa hari keluar dari rumah, dia kembali anak yang bongsu umur setahun dah mati sampai berulat dan yang umur 3 tahun masih lagi hidup dengan makan makanan yang ada dalam peti ais dan tong sampah. Tapi dia bunuh juga anak perempuanya yang cute tu... sedih pulak aku tengok movie ni...





Jadi saya nak share sikit tips untuk survival pada wanita yang ditinggalkan suami, atau definisi ibu tunggal.
Ibu tunggal perlu dibela. Apa definisi ibu tunggal? Ada banyak:
Wanita yang kematian suami bercerai mati
Wanita yang ditinggalkan suami bercerai hidup
Wanita yang ditinggalkan tanpa nafkah dan sebab
Wanita yang suami sudah lumpuh tidak berupaya
Wanita yang suami bekerja atau belajar di luar negara selama banyak tahun
Wanita yang ada suami tapi suami tidak bekerja tahu makan tidur sahaja

Pada wanita-wanita yang ditinggalkan tampa sebarang nafkah, hidup terkapai-kapai kerana selama berkahwin, lelaki yang sara keluarga. Jadi saya ingin kongsikan sedikit tips yang saya dapati dalam google.

1) Cari orang yang sudi tolong.
Ada ramai yang sudi bantu ibu tunggal, tapi kita kenalah keluar dan cari mereka. Mereka mungkin saudara kita yang terdekat, ibu bapa, adik beradik kita yang sudi bantu. Carilah mereka dan pinta pertolongan. Kita sebagai manusia memang ditakdirkan saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi berputus harap untuk meminta pertolongan dari sesiapa saja yang sudi. Ringan kan mulut anda untuk bercakap "tolong bantu saya... anak-anak saya...."

2) Cari kerja.
Setelah mendapat pertolongan, kita tak boleh selamanya bergantung harap pada orang lain. Kerajaan pun tak bagi banyak wang BRIM, zakat tak cukup nak menampung kos sara hidup yang tinggi di bandar besar. Ada banyak kerja yang boleh kita lakukan secara sambilan. Antaranya upah cuci rumah, upah memasak, upah menjahit segalanya boleh dilakukan secara sambilan di rumah sementara mendapat kerja yang lebih stabil. Bila dah dapat kerja, kerja-kerja servis ini boleh dibuat serentak untuk menambah punca pendapatan.

3) Pindah ke rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja.
Kalau dulu sewaktu di bawah tanggungan suami, mungkin kita boleh hidup lebih mewah, jadi untuk mengurangkan perbelanjaan. Kita kenalah tukar gaya hidup yang tidak memerluakan belanja yang lebih. Mungkin kita terpaksa berpindah. Jadi pindah di tempat yang dekat dengan tempat kerja. Anak-anak perlukan anda, adakalanya anak anda sakit, anda perlu segera ke rumah atau ke rumah pengasuh, jadi tinggallah berdekatan dengan tempat kerja anda.

3) Pilih kerjaya yang dapat luangkan banyak masa dengan anak
Memang kita tak boleh nak pilih kerja, kalau tak ada kelulusan bukannya mudah nak dapat kerja yang bagi masa pendek. Tapi sebenarnya ada. Antara kerjaya yang boleh dilakukan secara sambilan adalah menjadi guru sandaran, guru tadika, pelakon tambahan, model iklan dan sebagainya. Kerja-kerja ini tak perlukan masa yang panjang di tempat kerja. Apa yang perlu anda lakukan adalah luangkan sedikit masa anda untuk keluar mencari kerja yang sesuai dengan anda. Jangan sesekali tersilap langkah dengan menjual diri dan maruah anda.

Insyallah sekirannya anda tabah dan sabar, sentiasa menjaga maruah diri, Tuhan akan gantikan dengan manusia yang lebih baik dari ex husband anda.

Selamat mencuba
Hilangkan Kedutan di Dahi Dengan Mudah

2 comments:

  1. A'kum
    Sya pn Ibu tungal faham dgn situwasi ini apa yg kita semua harus laku kn berusha di atas kemanpuan sendiri bersabar dgn apa yg di lalui masih ada peluang juga bidang kita semua bolah buat seperti kerja tangan Berniaga dan sebagai nya Insya'allah mudah2han be happy! Kt sini pn nk Share Tampa modal boleh jana pendapatan 10 - 500usd seminggu layari! Di http://PayRere.com/?ref=48414 Insya'allah kita usaha sama2 ok WhatsApp 01123640813 msalam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Saya Izaty wakil dari Q-plex Communication Sdn. Bhd

    kami sedang membuat rakaman Dokumentari bertajuk
    " Seteguh Hati Seulas Kasih "
    13 Episod keseluruhan

    Kami mencari ibu-ibu tunggal ( kematian suami sahaja )

    Kami mencari mereka telah berjaya dalam hidup dan dapat membesarkan anak- anak melalui sumber berniaga kecil-kecilan atau perindustrian kecil sederhana

    • Average umur 35-55 tahun
    • Ade bisnes movement
    - berskala kecil dan meningkat

    Sekitar KL, Selangor, N9, Johor, Perak, Melaka

    Jika tuan/puan ada sebarang maklumat mengenai ibu tunggal seperti diatas boleh menghubungi saya ditalian

    019-5114924
    019-5114924
    019-5114924

    Terima Kasih Daun Keladi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...