Tuesday, October 14, 2014

5 tanda ada jin dalam rumah

Apakah tanda ada jin di dalam rumah?


  1. Masakan selalu/cepat basi ( rosak )
  2. Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
  3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
  4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
  5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN – ( Tahap Pertama )

Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah 

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan untuk cara usir jin tersebut keluar dari rumah:-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

“Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.”

***Bacaan di atas hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam. http://fitrihadi.com

Semoga atikel ini memberikan manfaat pada kita



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas