Kelebihan Acai Berri



Berri acai datangnya daripada pokok palma yang tumbuh di muara sungai Amazon, di utara Brazil. Ia mengandungi antioksidan antosianin yang sangat tinggi. Antioksidan adalah bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul tanpa pasangan elektron, ia memerlukan pasangan elektron untuk menjadi stabil. Jika tidak distabilkan oleh antioksidan, radikal bebas akan mengambil elektron daripada molekul badan, yang akan menyebabkan kerosakan DNA dan kemudian menyebabkan tindak balas yang memudaratkan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit, menjadikan kita lebih tua dari usia. Acai (disebut ah-sa-ee) digunakan untuk penjagaan kesihatan secara tradisional sejak berzaman di Brazil. Antioksidan acai bertindak seperti peluru berpandu mencari dan memusnahkan stres oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif merujuk kepada ketidakseimbangan antara pengeluaran radikal bebas dengan keupayaan sistem badan untuk meneutralkannya atau membaiki kerosakan yang terhasil. Tekanan oksidatif dipercayai ada kaitan dengan pembentukan kanser, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, aterosklerosis, kegagalan jantung, infarksi miokardium, autisme, dan sindrom keletihan kronik.

Sejak Dr. Perricone memperkenalkan berri acai sebagai makanan antioksidan nombor satu dunia di dalam rancangan TV Oprah di mana Oprah sendiri menyatakan bahawa berri acai adalah sebahagian dari dietnya, populariti berri acai telah meledak. Berri acai disyorkan oleh ramai pakar pemakanan kerana fungsi antioksidannya melebihi lain-lain makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti berri biru dan anggur merah. Diet yang kaya dengan berri acai akan menjaga kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan dan kecergasan.

Berri acai mempunyai bahan yang diperlukan oleh tubuh:

Antosianin (10-30 kali lebih daripada anggur merah)
Asid lemak (Omega 6S, Omega 9S)
Asid amino
Mineral sekumin
Phytosterols (diketahui mengekalkan tahap kolesterol plasma darah yang sihat)
Berri acai juga dikatakan mempunyai banyak faedah lain seperti meningkatkan penghadaman, pembersihan dan detoksifikasi badan, meningkatkan imuniti tubuh, menyokong kesihatan kardiovaskular, meningkatkan kejelasan mental, meningkatkan penglihatan, mengurangkan insomnia, dan melambatkan proses penuaan.

Kelebihan:

Penyelidikan saintifik menyokong dakwaan bahawa berri acai mempunyai kesan baik terhadap kesihatan individu.
Kandungan antioksidan yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang sering dikaitkan dengan penuaan seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.
Antioksidan adalah baik bagi mereka yang aktif kerana ia meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan semasa bersenam.
Kekurangan:

Terdapat banyak laporan penipuan berkaitan dengan penjualan produk berri acai yang berkualiti rendah.
Harganya agak mahal bagi kebanyakan orang. - atikel dari kesihatan.biz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...