Untuk melembutkan hati suami yang garang dan menurunkan kadar suhu ‘panas baranannya’ amalkan seperti: (Tips: Bila Isteri Merajuk)
- Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.
- Baca surah Taha ayat 1-5.
- .dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x -
- “Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)… sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud”
- Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x
- di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
- Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir "Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati.
Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:
- Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."
- Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
- Begitu juga, amalkan Surah Toha ayat 1-8, surah Ar-Rahman ayat 1-4 dan surah Al-Insyirah.
Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini: (Tips: Semasa Isteri Mengandung)
Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka."
~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku hina tanpa rahmatMu~
sumber http://doapenunduk.blogspot.com
Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Tengok ada yang ada?
No comments:
Post a Comment