Sunday, September 21, 2014

Ibu hamil gemar minum kopi, bayi kena leukemia?



KAJIAN yang dimuatkan dalam American Journal of Obstetrics and Gynaecology mendapati, wanita hamil yang gemar minum kopi setiap hari berpotensi melahirkan bayi dengan penyakit leukemia.

Hal ini disebabkan kandungan kafein yang tinggi dapat mengubah DNA di dalam sel-sel janin sehingga membuatkan mereka lebih mudah terkena tumor dan seterusnya kanser.

Menurut profesor emeritus di Universiti Bristol, United Kindgom, Denis Henshaw, kajian mendapati bayi yang lahir daripada wanita yang suka minum kopi semasa hamil berisiko 20 peratus lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidak minum kopi.

"Angka ini akan naik hingga 60 peratus jika ibu hamil minum kopi lebih dua cawan sehari.

"Disebabkan itu, kami menyarankan ibu hamil supaya mengurangkan pengambilan kafein atau tidak mengambilnya langsung," jelasnya. Di Eropah, lebih 500 bayi dan anak kecil dilaporkan menderita leukemia dan kanser tersebut menjadi kanser yang paling biasa terjadi di sana. - kosmo
----
Haraplah kita semua tahan ketagih pada kopi, boleh gantikan dengan koko, teh atau herbal tea. Saya percaya informasi ini dapat mengurangkan lagi kes-kes bayi yang sensitif pada kafein. 



Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Tengok ada yang ada?





No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas