Sunday, September 21, 2014

Benarkah Cerai fasakh tak boleh rujuk?



KEGAGALAN memberi nafkah, memudaratkan tubuh badan, penderaan seksual dan pengabaian tanggungjawab merupakan aduan biasa yang sering didengar terutama dalam kalangan wanita yang tidak mempunyai kerjaya profesional.

Pensyariatan fasakh adalah satu keharusan yang dibenarkan oleh hukum Islam untuk suami dan isteri bagi menamatkan perkahwinan melalui perintah hakim Mahkamah Syariah.

Hukum ini telah dikembangkan oleh ulama Islam berdasarkan kepada konsep umum mudarat (dharar) walaupun mereka berbeza pendapat tentang perincian alasan untuk fasakh.

Bagaimanapun, anjuran al-Quran yang menyebut bahawa 'pasangan perlu menahan dengan baik atau melepaskan dengan baik' (Surah al-Baqarah ayat 229) merupakan rujukan utama bagi hukum ini.

Undang-undang syariah di Malaysia menyediakan perincian alasan untuk perceraian melalui fasakh dengan mengambil kebanyakan alasan tersebut daripada mazhab Maliki.

Alasan-alasan tersebut adalah seperti tidak mengetahui tempat di mana suaminya berada selama tempoh lebih daripada satu tahun, suami cuai atau tidak mengadakan peruntukan nafkah selama tempoh tiga bulan.

Selain itu, suami dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih, suami tidak menunaikan tanggungjawab tanpa sebab yang munasabah, kewajipan nafkah batin selama tempoh satu tahun, suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan berterusan tiada ereksi manakala isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.

Suami menjadi gila selama tempoh dua tahun, sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.

Bagi isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun dan belum disetubuhi oleh suaminya itu.

Suami menganiaya isteri jika:

1Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau

2Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak; atau

3 Cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau

4 Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau

5 Menghalang isteri daripada menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

6 Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut ke hendak-kehendak hukum syarak.

Selain itu, alasan tersebut juga dibolehkan jika perkahwinan itu sudah empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya.

Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh hukum syarak.

Pada masa perkahwinan itu, isteri sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah Persekutuan Labuan, dan sakit otaknya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin.

Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah hukum syarak.

Bagi memastikan permohonannya berjaya, isteri perlu membawa saksi-saksi atau apa jua bukti yang ada. Prosedur untuk perceraian di bawah fasakh adalah sama seperti perceraian melalui taqliq.

Setelah cerai jatuh, kedua-dua pihak tidak lagi boleh rujuk semula semasa tempoh menunggu. Bagaimanapun, mereka masih boleh berkahwin semula dengan akad baharu. - kosmo

Semoga kita mendapat manfaat dari atikel ini. Sebolehnya elakkan penceraian kerana ia membawa kepada kemiskinan. 


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Tengok ada yang ada?




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas