3 Sebab Mengapa Perlu Susukan Bayi Anda


Hampir 3 hari saya menonton laporan di TV mengenai pencemaran melamin di dalam susu tepung
Yang menyebabkan 3 orang bayi meninggal dunia dan 6,200 yang lain ditahan di hospital

Laporan berita itu buat saya tersentuh
Kalaulah ibu-ibu di China menyusukan anak, mungkin mereka tidak perlu susah hati dengan kesihatan bayi mereka
Bercerita tentang kisah banjir di Johor beberapa bulan lepas
dimana antara bekalan yang paling diperlukan oleh mangsa banjir ialah susu tepung utk anak anak mereka
dan kalaulah mereka menyusukan
tidaklah anak mereka kelaparan menunggu bantuan susu

1) Mengikut statistik, hanya 14% ibu terus menyusukan anak mereka setelah mula bekerja dimana jumlah itu terlalu kecil
86% ibu lain menggantikan keperluan anak mereka dengan susu formula
Dan terpanggil utk berkongsi sedikit ilmu breastfeeding yang saya pelajari
Bagaimanapun, tulisan ini hanyalah pandangan saya dan sekadar berkongsi beberapa maklumat tanpa berniat menyinggung mana mana pihak mahupun mewakili pendirian mana mana perbadanan di Malaysia.

“Melamine adalah bahan organik yang antara lain digunakan dalam bidang pembuatan resin plastik, bahan pembersih, gam dan baja.

Kesan toksik akibat pendedahan terhadap melamine secara langsung adalah seperti mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata.

Selain itu, kesan toksik kronik yang diakibatkan oleh pengambilan melamine adalah kerosakan pada sistem pembiakan atau menyebabkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing.”

2) Syarikat susu formula menambahkan melamine dalam susu kerana terbukti meningkatkan kandungan protein dalam susu
dan secara tak langsungnya mereka boleh menaikkan harga susu formula mereka

Pasti ada sesuatu yang boleh dijadikan tauladan utk kita, utk semua kan?

3) “…. dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Janganlah menjadikan seorang ibu menderita kerana anaknya. Dan waris-waris juga menanggung kewajipan tersebut jika si bapa tiada”

pada satu masa, ada sorang wanita berjumpa Rasulullah SAW
dan mengaku depan baginda,
dia telah berzina hingga melahirkan anak.
dia meminta supaya dirinya dihukum
sebaliknya,
Rasullullah SAW menyuruh dia pulang ke rumah
menyusukan anaknya itu sehingga 2 tahun
kemudian, datanglah kembali jumpa Rasullullah SAW untuk terima hukumannya..

Idea asal ialah semua ibu harus menyusukan anak mereka
kerana susu ibu mengandungi semua yang bayi perlukan selama 6 bulan pertamanya dan seterusnya sehingga bayi berusia 2 tahun

Semasa saya mengandung anak pertama,tidak pernah terlintas di fikiran mengenai opsyen susu utk anak
Dan kadang kadang bila saya bertanyakan mereka yang sedang pregnant (bukan semua)
Adakah mereka akan menyusukan anak mereka secara ekslusif?
Antara jawapan ialah

“terpulang kepada keadaan nanti”
“bergantung kepada banyak atau kurangnya susu saya “
“eh susu formula yang mana brand elok ye?”
“cukup ke susu saya nanti ye, sbb baby boy minum banyak”
“mungkin susu saya tak banyak sbb mak saya pun jenis susu tak banyak”
“takut nanti baby tknak minum susu formula bila saya dah masuk kerja, susah pula”
“saya nak campur, siang minum formula, malam baru breastfeed”
Susu formula asalnya dicipta utk membantu ibu-ibu yang tidak mampu menyusukan anak mereka
SEMUA ibu mampu menyusukan anak mereka sepenuhnya (eksklusif) kecuali ibu yang pernah melakukan pembedahan pada bahagian payudara dan mengubah struktur asal lalu mengakibatkan pengtidakhasilan susu ibu.

Unsur komersial susu formula yang di kaca TV agak mengelirukan.
“rumput segar, lembu sihat
lembu sihat, susupun segar
susu segar, anakpun sihat”

Allah berjanji bahawa semua anak kan ada rezekinya
Ironinya, susu ibulah rezeki pertama bayi sebaik sahaja menjengah dunia ini.

Selamat bermula dengan langkah pertama
iaitu mencari ilmu untuk menyusukan.
sumber puan soraya dari lunatots.com


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Tengok ada yang ada?
Tak ada Masa Nak Ke Salon? 
Nak Cantik Dengan Pantas Guna Mesin-Mesin Salon
Jom tengok apa yang ada?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...