Menanggung Hutang Bank Akibat Salah Andaian
Banyak orang pintar dan berkelulusan tinggi masuk dunia bisnes, lalu menjadi lebih miskin daripada sebelum menjalankan bisnes.
Meskipun pintar dan lulus universiti, hal itu tidak menjamin mereka pandai berfikir dengan menggunakan alat-alat pemikiran bisnes.
+ Mereka membuat business-plan yang salah.
+ Mereka membuat bajet bisnes yang salah.
+ Mereka membuat unjuran bisnes yang salah.
Semuanya disebabkan mereka menggunakan andaian-andaian yang salah.
Andaian yang salah boleh menyebabkan kita menanggung beban hutang bank sampai tua....
.
Contoh andaian:
Kita nampak restoran francais di sana dan di sini. Maka timbul andaian dalam kepala kita... Bisnes restoran francais sangat bagus.
Maka kita pun membuat business-plan dalam kepala kita... Kita mahu membuka restoran francais menjual salad buah-buahan di Kelang.
Selepas 8 bulan beroperasi, restoran terpaksa ditutup.
.
Contoh andaian:
Kita nampak kedai kopi francais SxxxBxxx banyak di Kuala Lumpur. Dari luar kita tengok macam okay sahaja bisnesnya.
Timbullah andaian dalam kepala kita, jika kita membuka kedai kopi francais SxxxBxxx di dalam sebuah shopping mall besar di pekan Kertih, tentu okay....
Kita pun membuat business-plan mahu membuka cawangan kedai kopi francais SxxxBxxx di Kertih. Modalnya RM1j. Tentu okay.... Bolehlah kita buat proposal kepada bank.
Kedai kopi RM1j itu sudah ditutup.
Contoh andaian:
Kita tengok tadika-tadika francais di Kuala Lumpur yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar, macam okay sahaja bisnesnya....
Maka timbullah andaian dalam kepala kita kalau kita buka tadika francais BI di bandar Taiping, tentu okay.... Ibu bapa di Taiping tentu memilih tadika BI.
Kita pun membuat business-plan. Kita memilih tadika francais yang paling terkenal di Kuala Lumpur. Kos membukanya RM660k....
Sebuah cawangan tadika francais terkenal di Kuala Lumpur, yang dibuka di Manjung hanya mempunyai 3 orang pelajar.... nota dari facebook Ainon Mohd
3 tip survival bisnes
1. Jangan belanjakan duit modal bisnes dengan tidak membuat bajet.
2. Jangan buat bajet dengan tidak membuat business-plan.
3. Jangan buat business-plan dengan tidak membuat business-forecast
1. Jangan belanjakan duit modal bisnes dengan tidak membuat bajet.
2. Jangan buat bajet dengan tidak membuat business-plan.
3. Jangan buat business-plan dengan tidak membuat business-forecast
Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah
No comments:
Post a Comment