Tuesday, August 5, 2014

Tips Berniaga Duit bergerak macam roda:

Duit bergerak macam roda:

+ Bukan berapa besar saiz rodanya. Roda jentolak sangat besar. Jentolak berjalan perlahan.

+ Tetapi berapa cepat roda berputar. Roda Lamborghini sangat kecil dibandingkan dengan roda jentolak. Lamborghini bergerak sangat pantas.

Begitulah juga nilai duit dalam bisnes.

.

Bisnes yang bagus adalah bisnes yang kita boleh dapat balik modal kita dengan cepat, dengan sedikit keuntungan.

+ Kontraktor projek perbekalan alat tulis kepada jabatan kerajaan diberi tender RM300k pada bulan Januari. Bulan Februari dia membeli alat tulis RM260k. Bulan Oktober baru dia terima cek bayaran. Dalam tempoh 10 bulan, dia membuat profit RM40k.

+ Peniaga pasar malam pagi-pagi dia sudah mengeluarkan modal membeli sayur-mayur di pasar borong. 12 jam kemudian, dia jual sayur-mayur itu. Dia sudah dapat balik modalnya beserta dengan keuntungan. Besok pagi dia pergi lagi ke pasar borong. Duitnya berputar setiap 24 jam. Tiap-tiap hari profit bersihnya RM300. Dalam tempoh 10 bulan, cuba kira berapa profitnya? - Puan Ainon Mohd

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas