Thursday, August 14, 2014

Resepi Donot Coklat Sedap



Bahan-bahan Donut
(http://iziramashi.blogspot.com)


1 kg tepung  (tp asingkan 1 1/2 cwn dari pek tepung tu)
2 sudu marjerin
1 biji telur ayam
1 sudu overlate
1 peket yis (bancuhkan dengan 1 cawan air suam)
1 sudu susu tepung (bancuhkan dengan 1 cawan air)
1 sudu garam (bancuhkan dengan 1 cawan air)
3/4 air (dengan m'gunakan cawan yang sama kita bancuh garam, susu tepung dgn yis tadi)

Cara-cara memasaknya

1. Rendam YIS dengan air tadi. biarkan sampai naik kejap.
2. TEPUNG (diayak) diuli bersama dengan MARJERIN tadi.
3. Masukkan TELUR dalam tepung tadi.
4. Masukkan bancuhan SUSU TEPUNG yang dah dibancuh tadi.
5. Masukkan bancuhan YIS tadi.
6. Masukkan bancuhan GARAM tadi.
7. Masukkan OVERLATE tadi.
8. Uli sampi rata. tak ralat pakai tangan, uli pkai mesin. =p
9. Dah cantik doh kita, letak tepi lu bagi die rest.
10. Pastu cari la acuan donat, then tekap-tekap dekat tepung. (mcm buat kuih raye tu). dah tu   biar tepi sampi dia naek kembang.
11. Dah kembang, goreng la. apalagi. jd la mcm gmbar kat ats tadi...

Bahan-bahan coklat

1 cawan serbuk koko Tudor Gold (gaulkan dengan 1 cawan air sampai sebati)
3/4 cawan gula
4 sudu susu pekat manis
1 1/2 sudu marjerin

Cara-cara memasak

1. Masukkan MARJERIN dan GULA dalam kuali, masak hingga cair dan gula jadi kembang.
2. Masukkan sebatian COKLAT tadi.
3. Masukkan SUSU PEKAT MANIS tadi.
4. Kacau sampai agak-agak pekat, asal boleh lah nk celup donut nanti.
5. Siap.


senang jer. 
nisbah 1kg tepung = 64 biji donut bleh dapat

ok, selamat mencuba. (21/2/13 sudah try!)

Birthday Themed Event
Tak ada masa nak buat event tapi nak buat demi kebahagiaan anak-anak
Berikan kepada team caveidea event, kami boleh berikan sesuatu yang melebihi dari bajet anda!




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas