500,000 mohon 80,000 rumah


Kuala Lumpur: Projek Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sudah menerima 500,000 permohonan untuk fasa kedua yang memperuntukkan 80,000 unit baru pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata, permohonan itu diterima menerusi dalam talian sejak ia dibuka pada Januari lalu. “Projek ini melalui pelbagai peringkat dan perlaksanaannya diteruskan. Pemberian rumah ini diberikan mengikut syarat ditetapkan,” katanya ketika menjawab pertanyaan bertulis Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) di Dewan Rakyat di sini, semalam. Menurutnya, permohonan PR1MA dibuka kepada mereka yang berpendapatan sederhana antara RM2,500 dan RM7,500. “Di Selangor 8,740 unit masih dalam pembinaan manakala Wilayah Persekutuan sebanyak 7,342 unit. Kami capai matlamat apabila meluluskan 80,444 unit tahun lalu,” katanya. Katanya, keputusan pemberian PR1MA dibuat secara berperingkat sehingga mencapai 80,000 unit.

“Kami mengadakan rundingan dengan Kerajaan Negeri dan swasta. Ada rundingan babit tanah swasta dan ia tidak boleh dinyatakan projek secara khusus untuk mengelak terencat rundingan,” katanya. Soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai projek PR1MA diberi kepada 1MDB, Shahidan menyatakan pemberian tender itu dibuat secara terbuka dan memberi keutamaan pada tanah Kerajaan Negeri dan swasta. “PR1MA menanggung diskaun 20 peratus kepada semua perumahan dibina. Diskaun ini diberikan mengikut pelbagai kategori sama ada bujang, berkahwin dan mempunyai anak,” katanya.- hmetro

Wah! ramainya yang mohon PR1MA. Feredea pun tak terfikir nak apply, tapi bila baca berita ni, bagus juga ...boleh la apply hahaha.... dah ketinggalan. Dekat separuh juta orang dah memohon.

Kembung Perut Antara Petanda Pengidap Kanser Ovari atau Tumor

KEPADA kaum Hawa, seandainya perut anda tiba-tiba terasa kembung atau menjadi buncit tanpa sebab, berhati-hatilah dan segera bertemu doktor. Ini kerana itu adalah antara petanda anda mungkin menghidap kanser ovari.


Sel kanser yang membiak di dalam ovari atau kantung telur wanita boleh menyebabkan perut menjadi besar seperti wanita sarat mengandung dalam tempoh tidak sampai satu bulan dan merebak ke organ lain badan seperti usus, paru-paru dan buah pinggang tanpa disedari pesakit.

Pakar Gynaeoncology dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan, Dr. Nor Anita Abdullah berkata, berbeza dengan kanser payudara yang boleh dikesan awal, kanser ovari belum ada kaedah saringan berkesan dan ekonomikal.

Beliau berkata, sel kanser ovari berkembang secara agresif dan pantas. Keadaan itu menyebabkan wanita bukan sahaja boleh kehilangan kedua-dua kilang telur bahkan rahim dan pangkal rahim selalunya terpaksa dibuang menerusi pembedahan.

Jelasnya, kanser ovari tahap pertama dikelaskan sebagai sel kanser masih kekal berada dalam kantung telur namun ia tetap mampu mengembangkan saiz kilang telur yang asalnya bersaiz 2 atau 3 sentimeter sehingga menjadi tumor yang boleh mencapai berat melebihi 20 kilogram (kg).

Katanya, apabila kanser sudah merebak sehingga peringkat tiga atau empat, peratusan pesakit yang boleh hidup sehingga tempoh lima tahun adalah kurang 30 peratus, malah kebanyakan mereka terpaksa menjalani hidup yang tidak berkualiti kerana komplikasi lain seperti sakit belakang yang berpanjangan, mengalami masalah paru-paru dan terpaksa memakai beg najis kesan tumor yang menekan usus.

“Protokol kita adalah untuk membuang semua sel kanser yang kita nampak semasa pembedahan, jika ia dapat dikesan pada bahagian lain maka kita akan buang semua termasuklah juga sebahagian usus dan kelenjar limpa.

“Namun bagi pesakit kanser tahap satu berumur bawah 40 tahun ataupun yang belum berkahwin kami akan cuba selamatkan ovari dan hanya membuang tumor pada bahagian terjejas sahaja serta menasihatkan pesakit menjalani kemoterapi kerana pada usia yang muda dia boleh sembuh malah kemoterapi tidak akan menjejaskan kilang telur yang masih ada sekali gus memberi peluang pesakit hamil,” katanya. Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung ataupun mempunyai bilangan anak yang sedikit juga berisiko kerana berbeza dengan wanita yang mempunyai anak, proses ovulasi kilang telur mereka tidak pernah 'berehat' dan terus berulang sehingga memungkinkan perubahan ganjil pada perkembangan sel dalam ovari.

Beliau berkata, lebih 50 peratus daripada kes kanser ovari yang dirujuk ke HRPZ II pada tahun lalu terdiri daripada pesakit yang tidak berkahwin, tidak pernah hamil dan beranak kurang dari dua orang.

“Wanita yang ramai anak setiap kali dia mengandung ovarinya tidak 'bergerak', dia dapat rehat panjang dan begitu juga dalam tempoh menyusukan anak. Malah wanita yang melahirkan anak kali pertama mengurangkan 45 peratus risiko menghidap kanser ovari," katanya. - kosmo

Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


Air 6 empangan tak naik, Hujan Masih Lagi Kurang



Kuala Lumpur: Enam empangan di Selangor dilaporkan masih tiada peningkatan kapasiti air berikutan kadar taburan hujan yang masih kurang. Hasil semakan dalam laman web rasmi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), semalam mencatatkan kapasiti takungan air di empat daripada tujuh empangan masih kekal pada paras kritikal iaitu kurang 70 peratus. Empangan Klang Gate mencatatkan kapasiti 51.1 peratus bersamaan 12.9 juta liter padu, Empangan Langat (55 peratus/18.9 juta liter padu), Empangan Sungai Selangor (38.4 peratus/88.4 juta liter padu) dan Empangan Sungai Tinggi (66.6 peratus/76.3 juta liter padu). Kapasiti tiga empangan lain termasuk Empangan Batu, Semenyih dan Tasik Subang pula kekal pada tahap melebihi 70 peratus. Empangan Sungai Selangor pula tidak berubah dengan masih menghampiri paras kritikal iaitu 30 peratus bersamaan 69 juta liter padu. 
Sekalipun hujan di beberapa kawasan, beberapa empangan masih mencatatkan penurunan kapasiti air tidak ketara berbanding dua hari lalu. Empangan yang mencatat penurunan kapasiti air ialah Klang Gate, Langat, Sungai Selangor dan Sungai Tinggi. - metro

Marilah kita bersama berdoa agar Allah turunkan hujan yang lebat supaya empangan kita berada di tahap yang stabil. Terus terang Feredea mengatakan bahawa, selama ni Feredea terasa mengeluh tiap kali hujan turun dengan lebat waktu petang terutama masa driving. Jalan jali jem, orang pun memandu dalam keadaan yang perlahan, bila dah tak nampak ada pula yang tersesat jalan. Maklumlah di KL ni jalan bersimpang-simpang. Tapi kali ni memang iklhas Feredea bersyukur tatkala jerebu mulai hilang dan hujan turun walaupun masih lagi belum memadai. Alhamdulillah....aku bersyukur pada MU Ya Allah...amin. 

Perangkap Pusaran dan Penemuan terbaru di Lautan Hindi

Kuala Lumpur: “Pasukan mencari sekarang bekerja di kawasan laut yang ada pusaran amat besar serta mampu memerangkap apa saja objek yang jatuh di dalamnya.”

Itu kata Pensyarah Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah mengenai keadaan di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke arah barat daya Perth, Australia yang menjadi tumpuan dunia sekarang.Kawasan dianggap antara lokasi terpencil dunia itu menjadi perhatian selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott kelmarin mengumumkan satelit mengesan dua objek besar yang berkemungkinan ada kaitan dengan MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu. Dr Azizan berkata, saiz pusaran besar dinamakan gyre di Lautan Hindi itu amat luas dan merangkumi Sumatera, Indonesia hingga ke perairan Madagascar. - hmetro

Semoga menjadi pengajaran pada semua agar sentiasa beringat kepada Allah, itulah yang Maha Kuasa, segala kekuatan yang ada dan teknologi serba canggih tidak dapat melawan kuasa Allah. Mesti ada hikmah di sebalik segala kejadian. Semoga kita menjadi insan-insan yang terpilih ke tempat yang mulia amin

Penunggang Motor Wanita Accident Tercampak Bawah Lori Masih lagi Hidup


Menurutnya, pemandu lori terbabit bagaimanapun masih sempat menekan brek sebelum tayaKuala Lumpur: Berpantang maut sebelum ajal apabila seorang gadis terselamat walaupun terperosok di bahagian bawah lori sejurus terbabit kemalangan di simpang Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, di sini semalam.Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa, Nurhidayatul Afiqah Muassyis, 24, dikatakan terjatuh selepas dirempuh lori itu dari belakang menyebabkan mangsa tercampak. Saksi kejadian, Shamsul Abas, 40-an, berkata, mangsa yang tidak sempat bangkit dari jatuh kemudian hampir digilis lori itu. 
lori berhenti hanya beberapa sentimeter dari kepala mangsa. “Seorang penunggang motosikal yang melalui lokasi kejadian kemudian segera memberi bantuan menarik mangsa keluar dari bahagian bawah lori itu. “Gadis terbabit bagaimanapun hanya menangis teresak-esak akibat terkejut dengan kejadian itu. Saya cuba menenangkan gadis itu selain memintanya supaya menghubungi ahli keluarga,” katanya. Dia berkata, mangsa bagaimanapun terus menangis dan memberitahu gagal mengingati apa-apa. “Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian menyebabkan mangsa yang juga penuntut sebuah institut pengajian tinggi itu kian panik. “Saya kemudian menghantar mangsa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan berikutan mangsa mengalami kecederaan kecil pada bahagian kaki kiri,” katanya. Menurutnya, bapa mangsa yang berjaya dihubungi kemudian muncul tidak lama kemudian. “Dia hanya mampu mengucap syukur sambil memeluk anaknya itu. Mangsa benar-benar bernasib baik dan terselamat dari ajal,” katanya - metro

Feredea dapat merasakan dia akan betul-betul trauma dengan kejian ngeri ni. Feredea pernah nampak mayat seorang penunggang motor yang kena langgar kereta yang berlumuran darah, rasa sebak pun ada, tapi hidup ni kita kena teruskan. Kalau semua orang pakai kereta memang boleh sesak satu Malaysia ni, jadi pada mereka yang berada di jalan raya berhati-hati ya.


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Misteri MH370 Bateri Kotak Hitam Hayat Semakin Kurang

KUALA LUMPUR: Bateri kotak hitam pesawat MH370 dikatakan hanya berupaya untuk bertahan sekurang-kurangnya 18 hari daripada tarikh kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), 8 Mac lalu. Menurut syarikat Honeywell yang mengeluarkan kotak hitam, alat itu direka supaya dapat dicari semula sehingga 30 hari selepas berlakunya kejadian tidak diingini, mengikut syarat ditetapkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA). Kotak hitam biasanya berupaya menjawab segala persoalan serta spekulasi kejadian menimpa sebarang pesawat, terutama membabitkan kehilangan pesawat MH370 yang ketika itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Semua pesawat wajib dilengkapi kotak hitam yang terdiri daripada perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR). - metro

Feredea rasa memang dah ada negotiation antara perampas dan kerajaan samaadaan kerajaan Malaysia, China, dan US. Semua itu ada sesuatu yang mereka terpaksa sembunyikan dari pengetahuan orang awam. Kita sebagai negara yang kecil banyak bergantung kepada kuasa-kuasa besar seperti China dan US. Walau apa pun Feredea percaya kerajaan sedang melakukan tindakan yang terbaik demi orang-orang awam yang tak bersalah..


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Jerebu Semakin Buruk

Kuala Lumpur: Pelabuhan Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 325 yang dikategorikan sebagai 'berbahaya' sehingga 11 malam tadi, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut JAS, 13 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu antara 100-200 ialah Bandaraya Melaka (124), Bukit Rambai (146), Nilai (170), Port Dickson (155), Seremban (161) dan Tanjung Malim (117).Banting yang pada sekitar 7 petang mencatatkan 189 sudah mencecah 270 iaitu sangat tidak sihat pada sekitar 11 malam.

Kuala Selangor mencatatkan penurunan kepada 171 berbanding 179 pada 7 petang manakala Petaling Jaya (174), Shah Alam (164), Batu Muda di Kuala Lumpur (174), Cheras (144) dan Putrajaya (180).

Terdapat 19 kawasan mencatat petunjuk IPU sederhana baik antaranya Kemaman (56), Sibu (62) dan Tanah Merah (57) manakala 19 kawasan mencatat bacaan IPU baik iaitu Kota Tinggi (46), Langkawi (39) dan Kuala Terengganu (25).


Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat
(100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan
melayari portal http://apims.doe.gov.my. - metro

Jerebu, tak ada air,ini semua adalah bala' dari Allah agar kita semua kembali kepada ajaran Islam yang penuh dengan kasih sayang. Hati manusia terutama orang islam sekarang ni dah masih busuk macam bau bangkai. Apa tak nya asyik bertengkar sesama Islam, tak kiralah yang berkopiah dan bertudung labuh, tapi kalau mulut busuk bau bangkai...mengutuk orang aja... camne Allah nak terima amalan kita. Itu belum lagi termasuk fitnah sana-sini. Jadi kita semua perlu eratkan jaringan kasih sayang sesama insan. Lupakan ideologi politik, eratkan persahabatan dan jangan sesekali keluarkan kata-kata fitnah. Nasib baik tak jadi bala macam kaum2 yang ingkar. Kita sepatutnya bersyukur dan terus sedar...setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah tersembunyi. 


Bunyi dentuman dari laut

Chukai: Beberapa lagi saksi, termasuk Ketua Polis Daerah Kemaman mendakwa terdengar bunyi letupan kuat dari arah Laut China Selatan pada pagi Sabtu lalu, hari sama pesawat MH370 dilaporkan hilang. 

Bagaimanapun, masa letupan yang didakwa oleh Superintendan Che Suza Che Hitam kira-kira jam 8 pagi berbeza dengan masa diceritakan saksi lain dan waktu terakhir pesawat itu hilang dari radar kawalan pada jam 1.30 pagi Che Suza berkata, beliau sendiri mendengar letupan kuat seperti dentuman bom dari arah laut ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman. 

“Selepas dikejutkan dengan dentuman kuat itu, saya memeriksa arah bunyi kerana curiga perkara buruk berlaku. Bagaimanapun, selepas memeriksa berdekatan pantai, saya tidak temui sesuatu yang mencurigakan,” katanya ketika ditemui, semalam. 

Beliau kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan kepastian tetapi gagal mengesan punca letupan. 

Periksa syarikat kuari 

“Saya turut lakukan pemeriksaan dengan syarikat perlombongan kuari sekiranya mereka ada melakukan letupan pada pagi itu, namun dimaklumkan tidak melakukan sebarang aktiviti letupan. 
“Sehingga sekarang, saya masih tertanya-tanya mengenai bunyi yang saya dengar,” katanya. 

Terdahulu, pemandu lori di Kampung Pantai Seberang, Marang, mendakwa terdengar bunyi letupan yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang, pada pagi Sabtu. 

Alias Salleh, 36, berkata dia bersama tujuh rakan mendengar bunyi letupan agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang pada jam 1.20 pagi Sabtu lalu. 

“Kami bergegas ke tepi laut untuk mencari punca letupan tetapi tidak dapat melihat apa-apa,” katanya. 

Bagaimanapun, dia mengesyaki bunyi letupan itu ada kaitan dengan MH370 sejurus mendapat tahu mengenai kehilangannya pada keesokan hari. 
Alias membuat laporan polis di Balai Polis Marang, kelmarin. 

Dalam pada itu, dua kaki pancing di Pantai Tok Jembal dekat Kuala Terengganu, mendakwa turut melihat cahaya lampu putih yang berkelip dipercayai daripada pesawat yang terbang rendah pada awal pagi, Sabtu lalu.

Lampu putih 

Zaidi Mohamad, 49, berkata dia melihat lampu putih yang berkelip itu ketika memancing bersama Mohd Jasmin Mokhtar, 46, sekitar jam 2.30 pagi sebelum ia hilang dari pandangan. 

Katanya, 10 minit selepas itu dia melihat cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat kira-kira setengah jam pada jarak 10 batu nautika dari kedudukan tempat dia memancing. 

“Pesawat itu seperti hendak mendarat kerana terbang pada paras rendah,” katanya ketika ditemui di tempat dia memancing di Pantai ToK Jembal di sini, semalam. 
Zaidi berkata, dia tidak pasti sama ada pesawat dilihatnya MH370, tetapi berasakan ia ada kaitan. 

Mengenai cahaya kuning, beliau berkata, ia berbentuk bulat dan semakin lama semakin besar serta menyala kira-kira setengah jam sebelum hilang dilindungi awan. 

Mohd Jasmin berkata, dia turut melihat cahaya kuning terang berbentuk bulat selepas dimaklumkan Zaidi  - bharian

Harap-harap jumpalah pesawat MH370 yang hilang ni...



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Apa Hikmah di Sebalik MH370

 SEPANG: Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelaskan bahawa pesawat yang berpatah balik itu tidak dapat disahkan sebagai MH370. Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, namun tidak mahu mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat misteri itu dikesan. "Kita kaji rakaman semula daripada radar dan ia buktikan ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. - bharian

Ada hikmah di sebalik kejadian ni, Feredea tengok orang-orang islam dah mula bersatu dan berdoa atas keselamatan, fahaman politik diketepikan walaupun dalam pilihanraya kajang. Alhamdulillah semoga bertambah kesatuan ummah. Semoga bertambah keberkatan tatkala negara kita dilanda berbagai dugaan terutama di negeri selangor yang sedang berhadapan dengan krisis air dan jerebu. 


Kediaman Mewah Tukar Jadi Hostel Pekerja Pemilik Rumah di Sekeliling Ramai Pindah

LEBIH 80 rumah di Sri Hartamas, Kuala Lumpur bertukar menjadi hostel secara haram untuk kediaman pekerja asing, dengan memuatkan 30 orang di dalam sebuah rumah.

Hartanah itu merupakan rumah teres dan yang berkonsepkan 'town house', yang dibina dengan dua atau tiga bilik.

Pekerja asing bukan sahaja dapat merasai kehidupan yang baik bahkan keselamatan di kawasan kejiranan juga dikompromi.

Pengerusi Persatuan Penduduk Sri Hartamas, Robin Tai membuat pemerhatian bahawa para pekerja asing bekerja mengikut syif dan hanya separuh daripada mereka berada di rumah pada satu-satu masa.

"Keadaan ini menjadi lebih buruk dalam tempoh 10 tahun yang lalu apabila ramai pemilik mula keluar disebabkan oleh perkembangan yang pesat di kawasan sekeliling dan menyewakan unit-unit kediaman mereka. Kebanyakan penyewa bekerja di restoran berhampiran," katanya. 

StarMetro membuat pemeriksaan terhadap enam rumah dan mendapati penyewa memaksimumkan ruang dengan menetapkan penghadang sementara, menggunakan langsir untuk privasi dan mengubah suai unit bersesuaian dengan keperluan mereka.


Bau busuk dari beberapa rumah boleh dirasai, yang membuktikan bahawa mereka hidup dalam keadaan tidak bersih.

Katil-katil ditemui di ruang tamu, ruang makan, koridor dan juga dapur, menunjukkan kawasan berkenaan digunakan sebagai tempat tidur. Terdapat bilangan perabot yang minimum, dengan kebanyakan rumah hanya mempunyai tilam atau tikar di atas lantai. 

Penyewa di salah sebuah rumah juga menukarkan balkoni menjadi bilik air dengan menggunakan tabir sebagai partition dan menghalang dari pandangan umum. Air yang digunakan untuk mandi dan membasuh diambil dari dapur yang terletak bersebelahan dengan menggunakan baldi .

Sebuah dapur di sebuah rumah yang lain ditukar menjadi satu bilik mandi besar dengan tangki air besar. Paras pintu keluar dapur turut dinaikkan bagi menghalang air dari mengalir keluar ke bahagian lain di dalam rumah. - mstar
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Power_Misteri_Nelayan_Terperangkap_di_Alam?id=8AJ8AgAAQBAJ
Duduk kat tempat millionaire, tapi aduss...tak macam jutawan. Siapa jiran-jiran kita penting dalam pembelian rumah. Dah jadi macam ni, nak buat macam mana....keluar rumah pun tak rasa selamat. Macam-macam boleh terjadi. 

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi

ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa. “Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.


"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya. - metro

Subhanallah, semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah atas kebesaran Allah ini. Semua yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kita jangan terlalu taksub, kalau Allah mahu dia bole buat lagi pelik. Setiap kejadian yang pelik ada hikma yang tersembunyi. Jasad bayi memanglah tampa sezarah dosa, di lahirkan suci dan diakhiri hidupnya dengan kesucian. Kita kena banyak berdoa agar kita dapat tempat yang mulia seperti bayi yang suci ini . amin




Siapa Penumpang Hantu MH 370



Sepang: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada dua individu yang menggunakan passport palsu untuk menaiki pesawat MH370. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu itu dikenali sebagai Pouria Nur Mohamad Mehdrad, 19, dipercayai warga Iran yang ingin berhijrah ke German. Lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang dilapor hilang di Thailand oleh pemilik sebenar, sebelum ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap individu terbabit mendapati lelaki berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.Sementara itu, di Lyon, Perancis, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble mendedahkan identiti individu kedua yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370. Individu itu dikenal pasti sebagai Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, dan rakaman foto yang disiarkan Interpol menunjukkan mereka menaiki pesawat pada masa yang sama. Mereka menggunakan pasport Iran untuk memasuki Malaysia sebelum bertuka dan menggunakan dokumen perjalanan curi milik warga Austria dan Itali, kata Nobel. - metrohttps://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ

Semoga dipermudahkan segala urusan, ada banyak sangat spekulasi tentang MH 370 ni, kita sebagai orang biasa, sentiasa berdoa semoga Allah tunjukkan segala hikmah yang terkandung di sebalik tragedi ini. Semuanya berlaku bersebab. Percayalah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mungkin ini salah satu caranya kita sebagai orang islam bangkit dari keadaan yang selesa dan fikirkan nasib orang lain. 



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Apa Pandangan Suami Terhadap Isteri

Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

gambar hiasan saja...hehehe

c
5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.


Wapkan Wajah Anda Setiap Hari Pasti Nampak Lebih Cerah, Lembut dan Lebih Muda dari Usia

Tips Menambat Hati Suami

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab

Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu

Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki

Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.

Dunia Lelaki Yang  Berbeza Dari Wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.

Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.

Lelaki suka menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

Lelaki diumpan menerusi matanya

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

credit to http://goo.gl/VaD6zq

Terkini MH370 Mungkin Berpatah Balik




Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan daripada pesawat yang memaksa pesawat berkenaan berpatah balik.

"Berdasarkan siasatan kami, tiada sebarang hubungan dibuat antara pesawat dan pusat kawalan udara berhubung tindakan patah balik penerbangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengesahkan hanya dua identiti penumpang disiasat berhubung pemilikan pasport individu lain berbanding empat dilaporkan sebelum ini.

Katanya, pasukan penyiasat sedang meneliti rakaman sistem litar tertutup bagi mengesan dan mengenal pasti dua penumpang yang menggunakan pasport palsu itu.

Beliau berkata, lima lagi penumpang disahkan tidak menaiki pesawat MH370 ketika berlepas dan semua bagasi mereka telah dikeluarkan terlebih dahulu.

Sebelum ini dilaporkan warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christan Kozel didaftar menaiki pesawat MH370 tetapi hasil pemeriksaan kedutaan negara terbabit mendapati pasport mereka telah dipalsukan.

Sehingga kini, Jabatan Penerbangan Awam China mendakwa serpihan ditemui di koordinat 103.29 Timur 6.42 Utara di Laut China Selatan tetapi masih belum disahkan milik MH370 manakala pesawat APMM berjaya mengesan tompokan minyak di permukaan laut kira-kira 100 batu nautika dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Kesan tompokan kedua itu dikesan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish ketika melakukan tinjauan udara dengan pesawat Agusta di kawasan seluas 200 batu nautika, kira-kira jam 11 pagi tadi. Sampel tompokan minyak sudah diambil dan dijangka tiba di pangkalan maritim Tok Bali jam 7.30 malam nanti. - metro

Mungkin pesawat ini masih lagi berada dalam keadaan selamat dan mendarat tah ke mana-mana. Kita semua haraplah berdoa agar dapat berjumpa semula kapal terbang ini. Macam-macam bantuan dari berbagai negara datang membantu, tapi mana-mana negara yang dapat jumpa kapal terbang yang hilang ini boleh jadi gempar dan wira seluruh dunia. Apapun semoga penumpang-penumpang ini selamat amin. 


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Flight MH370 Hilang


SEPANG - Seramai 239 penumpang hilang apabila pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang mereka naiki dikhuatiri terhempas di Laut China Selatan berdekatan Vietnam setelah ia terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang di Selangor awal pagi semalam.



Tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara itu berlaku ketika pesawat mewah berkenaan berada di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam di Laut China Selatan kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Pesawat MH370 itu berlepas ke Beijing, China pada pukul 12.41 pagi semalam sebelum dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 2.40 pagi.

Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu tempatan).

Pesawat yang dikendalikan oleh pegawai berpengalaman Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan Fariq Ab. Hamid, 27, itu turut membawa 12 kru dan dua bayi.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, daripada jumlah tersebut, 38 penumpang adalah rakyat Malaysia manakala yang lain warganegara China (153 termasuk seorang bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3) dan Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi).

"Selain itu New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - kosmo

Semoga pihak penguasa dapat jumpa flight ini secepat mungkin. Kalau kita tak boleh nak cari guna teknologi kita boleh guna cara batin. Ada orang yang boleh tahu di mana mereka berada dengan menggunakan tenaga batin. Feredea percaya semua ini boleh dilakukan dengan orang yang benar-benar tahu menggunakannya. Macam dalam filem the sixth sense. 




Koleksi Fotoshoot Tudung Yang Cantik






Koleksi dari Hana Tajima memang stylish dan photoshoot menarik. Suka saya tengok.
Tapi saya tak jual ye...
Just suka tengok style, teknik photoshoot dan gaya model.
Laptop ni slow plak...tak boleh nak tulis panjang-panjang hehe

17 Cara Agar Cepat Memanjangkan Rambut Secara Alami, Cepat dan Sehat


1. Memperbanyak Ambil Vitamin.
Dengan mengkonsumsi banyak vitamin tentu akan sangat membantu memperbaiki rambut yang rusak serta dapat menumbuhkannya kembali dengan lebih cepat & sehat, salah satu cara mengkonsumsi vitamin selain dari makanan yang bergizi bisa juga mengkonsumsi suplemen. Yang perlu di ingat adalah mengkonsumsi suplemen yang benar-benar sesuai dengan kondisi tubuh. 

2. Rajin Memotong Ujung Rambut.
Untuk mempercepat memanjangkan rambut, sebaiknya sering-seringlah memotong bagian ujung rambut, terutama ujung rambut yang rosak & kering. Sebaiknya pemotongan ujung rambut dilakukan secara rutin & teratur dalam waktu 2 sampai dengan 4 bulan sekali. Dan potongnlah ujung rambut yang rusak & kering minimal sepanjang 1/2 cm.

3. Ambil Protein.
Dengan mengkonsumsi banyak makanan yang mengandung protein seperti contohnya kacang tanah, ikan, kacang hijau, kedelai, & biji-bijian lainnya tentu dapat membantu mempercepat pertumbuhan rambut. Selain itu rambut pun akan tumbuh dengan sehat dan kuat.

4. Jangan Terlalu Sering Berenang.
Sebaiknya hindari berenang di air kolam renang yang mengandung klorin hal ini dikarenakan air klorin tersebut dapat menjadi penyebab kerusakan pada rambut Kalian. Klorin juga terbukti menjadi salah satu penyebab pertumbuhan rambut akan semakin lambat. Selain air yang mengandung klorin, air asin dari laut juga dapat menyebabkan rambut kering & rusak sehingga memperlambat pertumbuhan rambut. Jadi hindari & jangan terlalu sering berenang dengan air seperti yang dijelaskan tadi.

5. Jauhi Hal yang Dapat Merosak Rambut.
Sebaiknya hindari dan jauhi berbagai perawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti halnya ketika menggunakan hair dryer, culers & flat irons. Dengan bahan kimia & peralatan rambut yang membuat rambut Kalian rusak tentu akan menghambat pertumbuhan rambut

6. Minyak Zaitun.
Cara menggunakan minyak zaitun tersebut dengan meneteskan 4 hingga 5 tetes minyak zaitun setelah keramas, & pijatkan ke kulit kepala. Lalu diamkan semalaman & cuci di pagi hari.

7. Teh Hijau.
Caranya teh hijau dibalurkan pada kulit kepala & seluruh bagian rambut. Kemudian bungkus rambut menggunakan handuk, lalu diamkan selama 20 menit kemudian bilas hingga bersih.

8. Santan.
Caranya oleskan 300 ml hingga 500 ml santan ke kulit kepala & rambut. Kemudian tutup rambut dengan handuk hangat & diamkan selama 15 hingga 20 menit, lalu bilas dengan air dingin. Ini adalah cara yang sering digunakan oleh saudara perempuan saya, selain mempercepat memanjangkan rambut santan juga bisa menghitamkan dan membuat rambut berkilau. Saya sarankan gunakan cara ini saja, yang sudah terbukti khasiatnya untuk mempercantik rambut kalian.

9. Kulit Epal
Cara perawatannya pertama-tama haluskan kulit Epal, lalu sapukan pada rambut seluruh bahagian rambut & diamkan selama 15 hingga 20 menit, lalu bilas sampai bersih.

10. Perbanyak minum air putih.
Meminum air putih 8 gelas sehari tak hanya membuat tubuh lebih bugar, tapi juga mengaktifkan sel-sel dalam rambut yang mempercepat pertumbuhannya. Semakin kuat jaringan dalam rambut, kesuburannya juga semakin terjaga.

11. Ambil protein
Protein bermanfaat untuk memenuhi kebutuhan nutrisi penting bagi pertumbuhan rambut. Agar rambut cepat tumbuh, penuhi dengan protein Kalian dengan mengonsumsi daging merah, ayam, ikan, kacang-kacangan, produk olahan susu, & telur.

12. Vitamin B
Agar tetap sehat & subur, rambut Kalian juga membutuhkan vitamin B. Tanpa asupan vitamin B yang cukup, rambut akan kering, rapuh, dan pecah-pecah. Konsumsi multivitamin yang mengandung vitamin B, yang juga terdapat dalam pisang & merica.

13. Hot oil scalp massage.
Beberapa salon kecantikan & spa kini menyediakan perawatan massage kulit kepala dengan minyak khusus. Rasa hangat yang meresap ke dalam kulit kepala merangsang pertumbuhan & kesihatan rambut. Rambut yang terjaga kesehatannya akan lebih mudah tumbuh.

14. Kurangi blow-dry
Blow-dry memang dapat mengeringkan rambut secara cepat, terutama jika Kalian sedang terburu-buru. Tapi jika rambut terlalu banyak terkena udara panas dari hair-dryer, dapat menyebabkan rambut kering & patah-patah. Agar rambut tetap sehat, keringkan rambut dengan cara alami, diangin-anginkan di udara bebas atau gunakan hair-dryer dalam jarak yang tidak terlalu dekat dengan suhu yang tidak terlalu panas. 

15. Pilih produk yang tepat.
Produk perawatan rambut memiliki fungsi yang beraneka ragam sesuai jenis & kebutuhan rambut. Sebelum membeli produk tersebut, baca keterangan di balik kemasan dan sesuaikan dengan jenis & kebutuhan rambut. Dan agar rambut lebih cepat panjang, cari produk yang mengandung stimulating growth treatment.

16. Lakukan trimming rambut secara rutin
Memotong/trimming rambut secara rutin justru membantu agar rambut lebih cepat panjang. Mengapa demikian: bagian ujung rambut pada umumnya lebih kering & mudah patah. Sering terkena paparan sinar matahari, AC, debu, alat pengering rambut. Dalam kondisi tersebut, rambut yang rusak harus diregenerasi, dengan cara memotong bagian yang rusak agar rambut yang baru dapat tumbuh lebih cepat.

17. Tidur yang cukup.
Saat tidur sel-sel tubuh memulihkan diri kembali, untuk itulah tidur sangat penting tak hanya bagi kesehatan tapi juga seluruh bagian tubuh (termasuk kulit, kuku dan rambut). Kurang tidur, mempengaruhi penampilan kulit, kuku & rambut. Pada umumnya rambut jadi terlihat kusam & kering sehingga pertumbuhannya pun tidak maksimal.

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...