Sunday, March 9, 2014

Terkini MH370 Mungkin Berpatah Balik




Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan daripada pesawat yang memaksa pesawat berkenaan berpatah balik.

"Berdasarkan siasatan kami, tiada sebarang hubungan dibuat antara pesawat dan pusat kawalan udara berhubung tindakan patah balik penerbangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengesahkan hanya dua identiti penumpang disiasat berhubung pemilikan pasport individu lain berbanding empat dilaporkan sebelum ini.

Katanya, pasukan penyiasat sedang meneliti rakaman sistem litar tertutup bagi mengesan dan mengenal pasti dua penumpang yang menggunakan pasport palsu itu.

Beliau berkata, lima lagi penumpang disahkan tidak menaiki pesawat MH370 ketika berlepas dan semua bagasi mereka telah dikeluarkan terlebih dahulu.

Sebelum ini dilaporkan warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christan Kozel didaftar menaiki pesawat MH370 tetapi hasil pemeriksaan kedutaan negara terbabit mendapati pasport mereka telah dipalsukan.

Sehingga kini, Jabatan Penerbangan Awam China mendakwa serpihan ditemui di koordinat 103.29 Timur 6.42 Utara di Laut China Selatan tetapi masih belum disahkan milik MH370 manakala pesawat APMM berjaya mengesan tompokan minyak di permukaan laut kira-kira 100 batu nautika dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Kesan tompokan kedua itu dikesan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish ketika melakukan tinjauan udara dengan pesawat Agusta di kawasan seluas 200 batu nautika, kira-kira jam 11 pagi tadi. Sampel tompokan minyak sudah diambil dan dijangka tiba di pangkalan maritim Tok Bali jam 7.30 malam nanti. - metro

Mungkin pesawat ini masih lagi berada dalam keadaan selamat dan mendarat tah ke mana-mana. Kita semua haraplah berdoa agar dapat berjumpa semula kapal terbang ini. Macam-macam bantuan dari berbagai negara datang membantu, tapi mana-mana negara yang dapat jumpa kapal terbang yang hilang ini boleh jadi gempar dan wira seluruh dunia. Apapun semoga penumpang-penumpang ini selamat amin. 


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas