Kediaman Mewah Tukar Jadi Hostel Pekerja Pemilik Rumah di Sekeliling Ramai Pindah

LEBIH 80 rumah di Sri Hartamas, Kuala Lumpur bertukar menjadi hostel secara haram untuk kediaman pekerja asing, dengan memuatkan 30 orang di dalam sebuah rumah.

Hartanah itu merupakan rumah teres dan yang berkonsepkan 'town house', yang dibina dengan dua atau tiga bilik.

Pekerja asing bukan sahaja dapat merasai kehidupan yang baik bahkan keselamatan di kawasan kejiranan juga dikompromi.

Pengerusi Persatuan Penduduk Sri Hartamas, Robin Tai membuat pemerhatian bahawa para pekerja asing bekerja mengikut syif dan hanya separuh daripada mereka berada di rumah pada satu-satu masa.

"Keadaan ini menjadi lebih buruk dalam tempoh 10 tahun yang lalu apabila ramai pemilik mula keluar disebabkan oleh perkembangan yang pesat di kawasan sekeliling dan menyewakan unit-unit kediaman mereka. Kebanyakan penyewa bekerja di restoran berhampiran," katanya. 

StarMetro membuat pemeriksaan terhadap enam rumah dan mendapati penyewa memaksimumkan ruang dengan menetapkan penghadang sementara, menggunakan langsir untuk privasi dan mengubah suai unit bersesuaian dengan keperluan mereka.


Bau busuk dari beberapa rumah boleh dirasai, yang membuktikan bahawa mereka hidup dalam keadaan tidak bersih.

Katil-katil ditemui di ruang tamu, ruang makan, koridor dan juga dapur, menunjukkan kawasan berkenaan digunakan sebagai tempat tidur. Terdapat bilangan perabot yang minimum, dengan kebanyakan rumah hanya mempunyai tilam atau tikar di atas lantai. 

Penyewa di salah sebuah rumah juga menukarkan balkoni menjadi bilik air dengan menggunakan tabir sebagai partition dan menghalang dari pandangan umum. Air yang digunakan untuk mandi dan membasuh diambil dari dapur yang terletak bersebelahan dengan menggunakan baldi .

Sebuah dapur di sebuah rumah yang lain ditukar menjadi satu bilik mandi besar dengan tangki air besar. Paras pintu keluar dapur turut dinaikkan bagi menghalang air dari mengalir keluar ke bahagian lain di dalam rumah. - mstar
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Power_Misteri_Nelayan_Terperangkap_di_Alam?id=8AJ8AgAAQBAJ
Duduk kat tempat millionaire, tapi aduss...tak macam jutawan. Siapa jiran-jiran kita penting dalam pembelian rumah. Dah jadi macam ni, nak buat macam mana....keluar rumah pun tak rasa selamat. Macam-macam boleh terjadi. 

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...