Saturday, January 11, 2014

Siri 5 Tersesat di Alam Kayangan

Pusaran Bermuda


Mustafa sedang mencari-cari kelibat Daisie dalam kembara ke alam kayangan. Tiba-tiba seekor burung yang lebih besar dari burung Uhuj datang melepasi Mustafa dan rakan-rakannya. Kelihatan Daisie sedang menunggang burung gergasi itu dari arah belakang. Dia melambaikan tangan supaya mereka mendarat di atas gunung sebelum mereka merentasi lautan Pusaran Bermuda. 

"Wah! besarnya kau punya burung, aku ingatkan kau terbang sendiri ke sini,"

Daisie yang sedang masih lagi belum reda kepenatan hanya mampu tersenyum dengan kehadiran kawan-kawan Mus yang berada di hadapannya.

"Kenalkan ini, rakan sepejuangan aku, Kamal, Uda dan Budin,"
"Panggil aku Daisie saja,"

Mereka saling tunduk hormat antara satu sama lain. Kamal, Uda dan Budin masih lagi tidak tahu ke arah mana mereka akan tuju dan mereka masih lagi menganggap Daisie adalah manusia biasa seperti mereka. 

"Kita berehat dulu di sini, besok kita akan terbang lagi, burung-burung Uhuj perlu cari makanan dan berehat juga,"

"Shuh! pergilah cari makanan kamu, besok pagi datang sini kembali,"

Daisie bercakap pada burung Uhuj, dan mereka terus terbang menjunam ke bawah hilang terus di awam biru. Kamal, Uda dan Budin masih lagi kebinggungan. Mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. 

"Kamal, Uda, Budin mengapa tercengang dari tadi? Ha!Ha!Ha!"

Mustafa menolak bahu mereka dengan senda gurau. Mustafa sedar, mereka masih lagi keliru akan situasi yang sebenar.

"Mus, best la naik burung Uhuj ni, tak sangka aku sungguh teruja!"
"Ini baru permulaan, kita akan tempuhi putaran angin di sana nanti,"

Mustafa menunjukkan putaran angin yang berpusar bersama dengan pusaran air. Mereka harus menempuhi pusaran angin agar dapat tiba di alam kayangan. Sekirannya mereka lemah, mereka akan terus hanyut dan mati di dalam pusaran angin yang kuat. 

"Daisie, kau rasa burung-burung tu dapat lepas pusaran angin bermuda nanti?"
"Kau jangan bimbang, sebab tu, aku suruh mereka berhenti berehat dan makan, kita semua perlukan tenaga yang kuat nanti,"
"Berapa kuat angin tu?" Tiba-tiba Kamal mencelah. 
"Memang kuat, kalau kau tak pegang kuat dan badan kau lemah, kau akan hanyut dalam pusaran angin,"
"Mus, Kamal, Uda dan errr... Cik Daisie, silakan makan,"
"Daisie silakan,"

Mustafa menghulurkan bekas makanan pada Daisie dahulu sebelum menjamahnya. 

"Tak mengapa aku ada bawa bekalan aku sendiri, terima kasih. Bukannya tak sudi, tapi selera aku lain sikit,"
"Mus, aku dah tak sabar nak ke sana,"
"Budin, kau kena ingat kita kat sana ada tugas yang perlu diselesaikan, bukannya nak pergi restoran alam kayangan, Ha!Ha!Ha!"
"Aku tahulah!"
"Aku harap kalian suka dengan alam kayangan nanti, sebenarnya aku kagum dengan kehebatan teknologi manusia seperti kau, kami belum lagi dapat cipta senjata seperti kalian," Daisie mencelah sambil membelek senapang dan pistol automatik. 
"Setiap alam mana yang kita pergi pasti ada kelebihan dan kekurangan, kita saling lengkap melengkapi, tiada yang sempurna," 
Mustafa berkata dengan nada yang tenang. Mereka semua berehat sambil menikmati suasana di atas gunung yang disaluti awan. 

10 malam

"Mus, kau tak tengok Daisie dia pergi mana?"
"Tak mengapa, dia tahu jaga diri dia,"
"Aku pelik, mana dia pergi tiba-tiba hilang."
"Dia ada kat kawasan ni juga"
"Eh! aku pelik la..." 
"Aku pun, kita sekarang berada di puncak gunung, tapi dia dah hilang. Mana dia pergi?"
Budin tiba-tiba bangun dari tempat rehatnya.
"Kalau kau nak tahu, sebenarnya Daisie dari alam kayangan, dia bukan manusia biasa macam kita. Dia ada sayap dan dia boleh terbang di mana yang dia nak,"
"Oh! padanlah tiba-tiba dia menhilang, lepas tu datang balik,"
"Ha!Ha!Ha!, aku tahu korang mesti terkejut," Mus ketawa sambil berkata.
"Memang aku terkejut, aku tak pernah lagi jumpa dengan manusia bersayap,"
"Jangan risau, korang semua akan tengok sendiri nanti, insyallah."
"Orang kayangan ni cantik-cantik kah? Aku tengok Daisie tu lawanya..." Kamal berkata sambil termenung melihat kelibat Daisie di sebalik gunung.
"Alahai...baru saja jumpa tak kan kau dah jatuh cinta?" Mus menempelak sambil melemparkan senyuman.
"Tapi aku tahu, akhirnya mana-mana perempuan mesti syok kat Mus, beruntunglah kau Mus..."
"Yelah, kau ingat senang? Aku tak suka nak lukan hati mana-mana wanita...Mereka pasti tak boleh hidup macam aku mengembara ke sana dan di sini,"

Bersambung

Dapatkan Fesyen Busana Muslimah terkini


http://feredeapower.blogspot.com

Sesat Di Alam Kayangan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas