Monday, January 20, 2014

Melawat Zoo Tambun






Hari ini Feredea melawat ke Zoo Tambun Lost City, memang cantik tempat ni di tepi bukit yang di kelilingi oleh hutan belantara. Antara tempat yang Feredea melawat adalah di Zoo Burung, sebenarnya ada banyak binatang lain, tapi Feredea memang minat sangat dengan burung kakak tua. Sangat cantik. Kebetulan boleh pula ambil gambar secara dekat. Semua gambar ini Feredea ambil guna phone samsung saja. Burung-burung kakak tua ni tak diikat di kaki. Mereka bebas. Tapi yang heran, mereka duduk je kat dahan tu, tak pergi mana-mana. Jinak betul la... Insyallah satu hari nanti Feredea ingin beli burung kakak tua sebagai haiwan peliharaan kesayangan. Feredea tak suka tengok orang bela burung dalam sangkar rasa mereka terpenjara. Di sini burung-burung bebas, tapi mereka setia pada tempat ini.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas