Friday, January 10, 2014

Siri 4 Tersesat di Alam Kayangan

Bukit Tutu Gua Taat

Kamal, Uda dan Budin sudah bersiap sedia menanti kehadiran Mustafa. Mereka masih lagi tidak pasti bagaimana mereka akan berjumpa dengan Mustafa di atas Bukit di kaki gunung. 

"Kamal, kau pasti ke Mus suruh kita tunggu di sini?"
"Ya, betul,"
"Dah dua hari kita berkhemah di sini, aku takut tersalah mesej pula nanti,"
"Betul, korang semua jangan risau, Mus akan datang,"
"Aku tak risau, cuma aku tak nak kita salah info, dia suruh kita tunggu kat pengkalan,"
"Aku tak rasa Mus nak kita pergi berlayar ke alam duyong, tapi ke tempat lain," Kamal berkata dengan yakin. 

Uda yang sedang berdiri kembali duduk bersila, menikmati suasana di atas bukit yang memukau pandangan mata. Mereka masih lagi duduk menunggu dengan sabar. 

Burung Uhuj, terbang laju menembusi awan biru. Mustafa bersembunyi di sebalik lapisan bulu-bulu yang berada di bawah burung Uhuj. Mereka semakin hampir dengan destinasi di Bukit Tutu. Imej Kamal, Uda dan Budin yang mengecil semakin membesar. Mustafa menepuk kaki burung Uhuj untuk terbang dengan lebih rendah dan mendarat. 

"Eh! burung apa pulak tu?"
"Bersedia! dengan senjata masing-masing!"

Kamal, Uda dan Budin sudah mengatur langkah berjaga-jaga dengan kehadiran burung besar yang akan datang secara tiba-tiba. Mereka masih lagi belum pasti apakah tujuan burung itu datang berdekatan dengan mereka. 

"Kamal!"

Suara Mustafa kedengaran dari arah burung. Mereka masih lagi berjaga-jaga. Burung Uhuj mendarat dengan perlahan. Mustafa keluar dari lipatan bulu burung yang halus. 

"Oh! Mustafa, Assalamualaikum!"
"Walaikumsalam, korang semua takut kah? Ha!Ha!Ha!"
Mustafa bertanya dengan nada bergurau. Dia pasti kawan-kawannya akan rasa terkejut dengan kehadirannya menaiki burung Uhuj.
"Manusia mana yang tak boleh terkejut dengan kau ni Mus. Nasib baik aku ada rasa instinct kau yang akan datang. Aku tak la nak tembak burung ni,"
"Jangan la begitu, aku sengaja nak suprise kau la,"
"Mana kau dapat senjata ni?"
"Aku beli la Mus..."
"Bagus!" 
"Kalau camtu mari kita bergerak sekarang,"
"Kita nak pergi mana ni Mus?"
"Ikut aja lah...suprise Ha!Ha!Ha!"

Mustafa meniupkan wisel, dua ekor burung Uhuj datang dengan pantas. Mereka sudah bersedia untuk berangkat ke kampung halaman mereka. Mustafa masuk semula dalam lipatan burung Uhuj. Kamal, Uda dan Budin turut serta mengikut. Burung-burung Uhuj terbang laju merentasi awan biru. 

Alam Kayangan


Raja Markh sendang berada di jauh dari istana. Dia masih lagi memerhatikan kelibat naga Yulam yang sudah terbang ke alam kayangan. 

"Whaoooooooooooooooooooooooo!"

Bunyi pekikan Yulam memberikan getaran pada penghuni Kayangan. Seluruh penghuni kayangan berada dalam ketakutan. 

"Cepat bunyikan semboyan!"
"Kita mesti lancarkan serangan!"

Askar-askar bersayap sudah bersiap sedia dengan tombak dan pemanah masing-masing. Satu-satu askar bersayap terbang. Mereka memakai baju dan topi besi kesatria yang lengkap. 

"Serang!"
Pasukan pemanah askar-askar bersayap mengacukan pemanah ke arah Naga Yulam. 

"Whaoooooooooooooooooooooooo!"

Satu pekikan Naga Yulam mampu membalas serangan askar-askar bersayap, habis kesemuanya jatuh melecur kepanasan, lantas serpihan anggota mereka terus lenyap di bawa angin. 

"Apa yang kita patut buat sekarang?"

Daniel seorang kesatria tertinggi bertanya pada Raja Markh. 

"Kita tak boleh keluarkan lagi askar-askar kita untuk menyerang naga hantu tu lagi, semuanya akan mati..."

"Kita undur dulu, pastikan semua pintu dan tingkap ditutup rapat,"
"Baik tuaku,"

Raja Markh berjalan tidak menentu arah. Dia masih lagi menunggu kehadiran salah seorang pengutus untuk membawa manusia yang dikatakan penyelamat alam kayangan. 

"Cepatlah datang...Mus,"

http://feredeapower.blogspot.com
Sesat Di Alam Kayangan



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas