Siri 12 Nelayan Terperangkap Alam Duyong


Malam itu Mustafa masih lagi tidak dapat tidur lena. Wajah Sang Mata Satu masih lagi terbayang dalam kotak fikiran. Pada malam yang berdarah itu, dia langsung tidak bertempur. Dia merasakan menentang Sang Mata Satu adalah suatu yang amat mencabar. Dia perlu lebih askar untuk menentang askar Sang Buaya dan ular-ular naga hitam dan merah. Tiba masanya dia rasa dirinya kurang semangat, dia menarik nafas.

Tak! Aku boleh! Sang Mata Satu...kau sebenarnya lemah! Tidak ada yang mustahil...kau sendiri tahu, akhirnya kau di mana. Neraka lah tempat kau! Aku tak akan sesekali takut dengan kau, aku akan berjuang sehingga titisan darah yang terakhir...aku tak akan sesekali takut pada mati!


Dalam gua, Mus mengawasi kawasan, tiba-tiba ada satu cahaya putih menerangi satu lobang yang besar. Semakin dia melangkah, cahaya itu semakin jelas kelihatan. Dia tidak nampak apa-apa. Matanya silau dengan cahaya putih yang amat terang. 

"Assalamualaikum...Mustafa!, Mustafa"
Ada suara yang memanggil namanya beberapa kali. Suara itu semakin jelas kedengaran. Dia perlu berhati-hati. Mungkin Sang Mata Satu menghantar jin makhluk halus untuk memerangkap dirinya. 

"Kau tak perlu takut! Tuhan Yang Maha Agung akan sentiasa bersama dengan kau! Dia akan berikan kejayaan pada kau! Percayalah!"
"Siapa kau? Tunjukkan diri kau yang sebenar!"

Pedang pusaka Raja Duyong masih lagi dipegang erat. Siapa makhluk itu semakin menjadi tanda tanya. Sinaran itu memancar satu wajah yang biasa dikenali.

"Pak Tua?"
"Ya! Mus...aku datang atas arahan atasan untuk memberikan pertolongan pada kau."
Tampa berasa ragu-ragu, Mus terus melangkah memeluk Pak Tua dengan erat, dia terlalu rindu dengan saudara, rakan dan alam manusia yang pernah didiami satu ketika dahulu.Tapi dia tidak dapat merasakan kehangatan badan Pak Tua. Apa yang ada hanyalah seperti hologram cahaya. Namun, dia pasti itu adalah Pak Tua.

"Bagaimana Pak Tua boleh datang ke sini?"
Aku datang dengan roh aku. Jasad aku masih lagi berada di alam manusia. Aku tak dapat menembusi alam ini seperti kau."
"Adakah benar aku ini punyai darah duyong?"
"Memang benar, sebenarnya kau punyai darah di raja dari tiga alam"
"Pak Tua tak boleh terangkan sekarang, tiba masanya nanti kau akan tahu juga..."
"Tapi bila masa itu Pak Tua?"
"Mus...percayalah pada diri kau!, kita hidup atas ketentuan Tuhan, kau sudah ditakdirkan menjadi pemimpin di alam ini, pada masa ini..."
"Apa maksud Pak Tua?"
"Bertarunglah habis-habisan, kau sendiri tahu, ajal dan maut itu ditangan Tuhan. Bukan milik sesiapa...perjalanan kau masih lagi jauh...berjuanglah! hingga titisan darah yang terakhir..."
"Pak Tua!"

Cahaya yang menerangi Pak Tua terus hilang sedikit demi sedikit. Mus dapat merasakan roh Pak Tua tidak boleh tahan lama berada di alam yang berbeza. Namun, dia tetap berasa bersyukur, sekurang-kurangnya Pak Tua datang melawatnya. Apa yang tersirat di sebalik kata-kata Pak Tua semakin menjadi tanya tanya. Tapi, dia tidak mahu fikirkan sangat bila sampai masanya seperti Pak Tua kata, dia sendiri akan tahu juga. Memang begitu sejak dahulu lagi, Pak Tua tidak banyak berbicara, tapi setiap kata-kata yang terkeluar ada maksud yang tersirat yang perlu diteliti.


Tum! Ssssssssssssssssssssssssssss! Tum! Sssssssssssssssssssssssss!
Kedengaran hentaman ular naga Orion datang untuk mencuba nasib menembusi alam gua sakti. Setelah beberapa kali hentaman, dia masih lagi gagal. Bunyi naga ular semakin lama semakin hilang. Mus menarik nafas kelegaan.

Fikirannya kembali fokus merancang pertahanan kawasan orang separa duyong di Gua Sakti. Kelihatan Yang Mulia Halim Raja Separa Duyong dan Yang Mulia Gusdur Raja Duyong sedang bermesyarat sesama mereka. Masing-masing memikirkan masa depan orang-orang mereka. Mus tahu, hanya dia yang mampu bertarung dengan Orion. Kesatria duyong Gelama dan Harwan juga mampu tapi ada terbatas dengan dasar lautan. Orion boleh menyerang atas dan bawah kerana berdarah dua alam.

"Kawasan gua ini luas, kita pindahkan semua orang separa duyong di belakang Gua Sakti ni..." Pintas Mustafa
"Benar!, itu yang kami rancangkan..."
"Mus, kau rasa berapa lama benteng ini dapat bertahan?"
"Aku pertahankan benteng ini dengan jampi ayat suci, selagi orang-orang separa duyong mentaati perintah Tuhan, tidak bercakap bohong, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak melakukan kesalahan dan hidup dengan berkasih sayang benteng ini akan sentiasa kukuh, makhluk Sang Mata Satu tidak akan dapat menembusi tembok ini. Tapi...aku tahu kita semua tidak dapat lari dari membuat kesilapan dan dosa..."
"Lambat laun benteng ini akan runtuh!"
"Ya! memang benar Yang Mulia Gusdur! satu masa benteng ini akan runtuh juga, kecuali..."
"Kecuali apa?"
"Kita dapat bunuh Sang Mata Satu, segala makhluk suruhannya juga akan lari dan mati tampa pemimpin."
"Mmmmmmm betul,"
"Tapi kita tak punyai kekuatan dan askar yang ramai untuk menentang askar Sang Buaya dan ular-ular naga!"
"Itu yang aku sedang fikirkan, kita perlukan bantuan!" pintas Mus. Wajah Pak Tua terbayang di dalam ingatan. Mereka terus diam, tidak tahu arah mana bantuan yang dapat bertarung nyawa bersama mereka demi keselamatan alam duyong dan Gua Sakti.

Di Sebalik Batu Gua Sakti
Sang Suri sedang membelek wajahnya di permukaan air. Rambutnya yang basah dibiarkan kering sementara dia duduk berada di atas batu gua. Matanya ligat memerhati suasana istana Gua Sakti.  Indah tapi rasa seperti terkongkong, tidak seperti alam duyong, dia bebas berenang beribu kilometer. Di sini hanyalah sepi, gelap, dan air kolam gua yang sejuk. Tapi dia dapat melihat cahaya sinaran matahari yang menembusi di celah-celah gua. Sesuatu yang indah yang tidak ada di alam dasar lautan yang gelap gelita.


"Aku tak dapat bayangkan bagaimana hidup dalam gua selamanya...!"
"Kau memang tak boleh hidup lama di Gua Sakti..."

Kelibat Puteri Ratna Sari datang menemui Sang Suri tampa disedari. Baru dia tahu Sang Suri adalah satu-satunya cucu Yang Mulia Gusdur pewaris tahta alam duyong. Malam itu bila Gelama menemui Sang Suri dia ada sedang mencuri dengar setiap butir bicara. Itu memang sudah menjadi kelebihan dirinya yang pandai mengintip dan mencuri maklumat tampa sebarang kelibat dan satu suara yang dapat dikesan.

"Eh! terkejut aku, tiba-tiba kau datang dari arah belakang."
"Bagaimana malam tadi? Kau dapat tidur lena? Maaflah aku memang ada tempat yang sesuai untuk kau beradu, tapi kau seperti tidak mahu ditegur semalam..."
"Tak mengapalah Sang Suri, di sini pun aku dah rasa selesa"
"Ini ada makanan untuk kau... aku harap kau suka, aku baru tahu selera orang duyong bila Gelama dan Harwan datang ke sini."
"Terima kasih..."

Ratna Sari mahu sekali bertanya tentang Mustafa, lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Bagaimana dia boleh datang ke alam duyong. Tapi mulutnya terkunci, dia tidak mampu berkata apa-apa.

"Aku nak ucapkan terima kasih atas pertolongan kau dan orang-orang duyong susah-susah datang ke alam ini tuk berperang dengan askar Sang Mata Satu..."
"Mmmmm tak mengapa Ratna, dah jadi tanggungjawap sesama kita....Lagipun Orion juga dah pernah serang kawasan kami...sehingga...sehingga....Mus datang dan tolong halau Orion dari alam duyong..."
"Ya! kita semua terhutang budi dengan Mus..."
"Selama dia berada di sini, kau banyak habiskan masa dengan dia?"

Sang Suri sedang meneka di sebalik kata-kata. Dia sedar Puteri Ratna Sari adalah perempuan yang amat cantik di pandangan mata sesiapa saja, tidak kita orang duyong dan separa duyong. Sudah pasti Mus akan tertarik dengan keindahan wajahnya.

"Tak banyak...kau lebih lama kenal dengan dia kan...sebab dia tiba di alam kau dan dia juga sepupu kau"
"Ya! kami banyak habiskan masa bersama...di alam duyong...aku datang sini pun sebab dia...Datuk aku tidak patut tahu aku berada di sini, aku harap kau dapat rahsiakan dari sesiapa,"
"Kau jangan bimbang...aku tak akan bagi tahu sesiapa...tapi kau nak balik ke alam kau nanti?"
"Itu aku tak pasti lagi..."

Hati Sang Suri terdetik, selagi Mus tidak kembali ke alam duyong dia juga tidak terasa untuk kembali ke sana. Biar pun hidup di dalam Gua Sakti ini memenjarakan dan menyusahkan. Perutnya semakin lapar, satu-satu dia menjamah hidangan. Pada masa ini, dia perlukan tenaga. Tiba-tiba dia rasa bersalah pada Puteri Ratna Sari kerana punyai prasangka buruk terhadapnya. Rasa cinta yang mendalam kepada Mus menyebabkan dia rasa cemburu buta walaupun Mus bukanlah miliknya.

"Ratna, aku nak minta maaf pasal semalam..."
"Ah! tak mengapalah...aku faham, kau mesti penat bertarung...mesti kau rasa nak marah saja...hihihi..."
"Oh! terima kasih...kau jangan risau, aku akan simpan rahsia ni, sementara kau berada di sini, kau dah jadi tetamu aku, walaupun aku tak pasti berapa lama lagi kau akan berada di sini..."
"Aku rasa Datuk akan pulang besok, bersama Mus, dia yang akan bawa dan awasi orang-orang duyong keluar dari tempat ini...."
"Betul ni?"
"Aku tahu, sebab aku sentiasa berada di atas bersama bapa dan datuk kau..."
"Satu lagi..."
"Apa?"

Tiba-tiba air mata Puteri Ratna Sari tidak dapat ditahan lagi. Dia sudah mendengar perbualan antara Yang Mulia Gusdur dan Mustafa. Dia tahu tidak lama lagi Sang Suri akan menjadi isteri pada Mus. Dia sedar Mus akan buat apa saja demi keselamatan orang-orang duyong. Dia tidak akan menghampakan permintaan datuknya sendiri.

"Mengapa kau menangis? Kau takut kehilangan dia?"
"Siapa maksud kau?"
"Aku tahu, dari riak wajah kau!, tiap kali kau sebut nama dia wajah kau berubah kemerahan...Kau...cintakan Mus?"
"Siapalah aku untuk menyintai manusia sehebat tu...wanita mana yang tak tertawan dengan Mus yang charisma tinggi..."
"Kita berdua sudah terperangkap dengan cinta Mus..." pintas Sang Suri.
"Ha! Ha! Ha! tak sangka kita berdua sudah jadi agau!"
"Ha! Ha! Ha!"

Mereka berdua terketawa akhirnya. Masing-masing mahu hilangkan tekanan perasaan cinta, cemburu, dendam ketawa adalah ubat bagi mereka berdua. Adakah ini satu permulaan untuk mereka bermusuh atau berkawan mereka tidak pasti.

Perkarangan Gua Sakti

Askar-askar orang duyong dan kesatrianya sudah bersiap sedia berangkat pulang diketuai oleh Yang Mulia Mustafa. Satu tanggungjawap yang berat perlu digalas. Dia perlu setiasa berwaspada dan berhati-hati agar orang - orang duyong dapat kembali ke tempat asal mereka dengan selamat.

"Ya! terima kasih kembali, atas segala layanan dan kemudahan yang diberikan..."

Yang Mulia Gusdur Raja Duyong dan Raja Separa Duyong Dua Alam Gua Sakti bersalaman. Mereka berdua pasti akan bertemu semula kecuali ajal datang menjemput antara mereka. Askar-askar duyong berarak pulang. Seekor ikan paus lumba sudah datang menjemput Yang Mulia Gusdur dan Mustafa agar naik ke atas. Ikan itu meluncur dengan kelajuan bunyi gelombang air laut.

Istana Duyong

Yang Mulia Gusdur terkejut melihat banyak mayat-mayat orang-orang duyong bergelimpangan. Dia rasa amat bersalah pada mereka. Demi keselamatan orang separa duyong, nyawa rakyat di bawah tanggungannya menjadi mangsa makhluk buas Orion sekali lagi.

"Sang Suri!"
Yang Mulia Gusdur terduduk. Suasana sunyi sepi. Askar-askar duyong berlari mencari ahli keluarga yang masih lagi hidup.
"Yang Mulia Gusdur! mereka semua ada di dalam..."

Pintu bilik perlindungan dibuka. Kelihatan orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak bersembunyi.
"Syukur...tapi kamu semua nampak di mana Sang Suri?"
Yang Mulia Gusdur kerisauan mencari satu-satunya pewaris tahta Raja Duyong tiada dalam bilik persembuyian.
"Datuk! Suri di sini!"
Semua orang duyong tertumpu pada salah seorang kesatria yang sedang berada di belakang. Topeng besi yang menyaluti Sang Suri di buka.
"Suri! syukur kau selamat..."
"Datuk...saya nak minta maaf sebab pergi bersama datuk..."
"Tak mengapalah apa yang penting kau selamat dari serangan Orion."
Yang Mulia Gusdur bangkit semula dari kerisauan yang mencengkam dada. Kelihatan Mustafa sedang mencari-cari askar-askar duyong yang rebah bergelimpangan yang boleh diselamatkan.
"Tiada! semuanya terkorban!"
"Oh! Tuhanku..."

Bersambung

Novel Bersiri

Baca dari siri yang pertama Novel Bersiri

Misteri Nelayan Terperangkap Di Alam Duyong

Penaja
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Kuruskan Badan Dengan Pantas
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari, sapukan losyen panas masa nak guna
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...