Mersing: “Saya mencari lokasi sesuai untuk memancing sebelum terlihat objek umpama anak patung di permukaan sungai manakala di depannya dua buaya kecil menghampirinya. “Saya mengesyaki ada yang tidak kena. Saya dan rakan terus bergegas memeriksanya, dan kami terkejut mendapati ia mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat,” kata Abd Kadir Hanapiah, 45, semalam. Dalam kejadian jam 10.45 pagi kelmarin, Abd Kadir dan rakannya Ali Afandi Sa’at, 54, datang ke Sungai Tenglu Besar di Kampung Air Papan Tengah, di sini, untuk memancing sebelum menemui bayi berkenaan. Pada masa sama, Abd Kadir berkata, dia turut yakin bayi berkenaan akan dibaham buaya jika dibiarkan begitu saja. - hmetro
====================
kesian dengan bayi yang tak berdosa di campak macam tu saja...pada mana-mana adik-adik remaja sekalian...janganlah buang atau gugurkan bayi yang ada dalam kandungan ada ramai orang yang boleh membantu...saya adalah salah seorang pekerja sukarelawan baitul al islah kalau ada masalah sila hubungi saya 018 263 7833 feredea
Penaja
No comments:
Post a Comment