Masalah peribadi punca pemuda hilang

SHAH ALAM - Pemuda yang dilaporkan hilang bersama kereta jenis Subaru XV dinaiki bersama ibu bapanya di sebuah stesen minyak selepas Plaza Tol Bukit Jelutong, di sini malam semalam sebenarnya dikatakan merayau-rayau dengan kenderaan itu sebelum akhirnya berhenti di hadapan rumah neneknya di Subang Jaya, dekat sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superitenden Ruslan Abdullah berkata, siasatan polis mendapati pemuda itu, Iskandar Zulkarnain Borhan, 25, memandu sendiri kenderaan itu dan tidak menolak ia berkemungkinan disebabkan masalah peribadi atau keluarga. Menurut Ruslan, pihaknya mengesan kenderaan itu di rumah nenek Iskandar di Subang Jaya, pukul 10 pagi tadi dan pemeriksaan di lokasi turut menemui mangsa dan juga pengadu bagi kes tersebut.

"Kejadian setakat ini dianggap bukan kes culik, mangsa bawa sendiri kereta atas sebab-sebab berkemungkinan masalah peribadi atau masalah keluarga. "Malah pengadu turut memohon maaf atas permasalahan yang timbul dan berterima kasih atas usaha pihak polis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Ruslan memberitahu, pihaknya mendapati lelaki dan kenderaan yang dilaporkan diculik itu berada dalam keadaan baik, malah barang kemas yang didakwa dilarikan dalam kejadian itu turut ditemui kesemuanya. Kes kehilangan pemuda yang bekerja di sektor hartanah di Petaling Jaya itu menarik perhatian masyarakat selepas berita dia diculik disebarkan secara meluas menerusi WhatsApp, khidmat pesanan ringkas dan juga di laman sosial, Facebook sejak malam semalam. Berdasarkan kiriman berantai itu, Iskandar Zulkarnain dikatakan sedang tidur di bahagian belakang kereta jenis Subaru XV itu apabila ibu bapanya, Abdul Malik Abdul Latiff dan Roswati Rahmat keluar untuk pergi ke tandas stesen minyak berkenaan, pukul 7 malam semalam. Mangsa bersama ibu bapanya dikatakan dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Sungai Buloh, dekat sini. - KOSMO!
---------------------------------
Apa nak jadi dapat anak camni, kalau ada masalah dengan keluarga jangan la tinggalkan bapak kat stesen minyak, bapak dia sangat sayang, sampai minta tolong orang sana sini, masuk paper, tiba2 rupa-rupanya....aduss...sabar je la
==================
Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...