Semalaman Ratna Sari tidak dapat tidur asyik teringat pada Mus. Dia punyai aura positif yang kuat, setiap kaki melangkah, dadanya yang tegap menuju ke hadapan. Langkahnya dari jauh, seperti seorang perwira yang gagah berani. Rupa parasnya yang berjanggut menampakkan seorang yang bermisteri dan istimewa. Kulitnya merah keperangan dan bersih, dagunya tajam dan matanya bulatnya terpancar satu sinaran.
Ya! dia memang seorang yang kacak. Padanlah aku tak dapat tidur lena. Mus...aku sudah jatuh hati...
detik hati Ratna Sari berbicara. Tampa dia sedari kakinya sudah berada di tempat peraduan Mus dan kesatria duyong.
"Buat apa kau datang ke sini? Kau cari aku kah?"
"Alahai...Puteri Ratna Sari...tak payah la nak tipu aku, kau bukannya seorang pengawal..."
"Ha!Ha!Ha! Kau memang bijak Mus... kau nak berlawan pedang dengan aku?"
"Apa? Kau nak ajak aku berlawan? Aku tak pernah lagi seumur hidup aku berlawan dengan perempuan..."
"Apa salahnya...aku ingin sekali menguji kehebatan kau, aku dengar kau pandai berlawan, ajarlah aku... Aku bukan sebarangan perempuan...tau!"
"Memang ya! kau seorang puteri itu aku tahu...dipersilakan tuan puteri..."
Ratna Sari sudah bersedia dengan pedang yang tersemat di pinggang. Langkah pertama dikeluarkan pedang ditarik ke atas. Tiba-tiba dia merasakan degupan jantungnya bertambah kuat.
Fokus!
Zap! Pedang Ratna Sari bertembung dengan pedang Mus. Ting! aku bunyian yang tidak biasa didengari. Pedang Mus berbunyi dengan nada yang berbeza. Mungkin pedang ini letakknya kekuatannya.
Ting! Ting! Ting! pedang mereka bertembung. Mus sengaja melambatkan pertarungan dan biarkan Ratna Sari bergelutan menyerangnya. Kalau dikeluarkan segala kekuatan dan ilmunya yang dipelajarinya, hanya satu lipasan bisa membuatkan Ratna Sari terpelanting dan mati.
Titisan air peluh Ratna Sari mulai membasahi dahi, dagu dan lehernya. Dia sudah berusaha bersungguh-sungguh berlawan dengan Mus. Tidak disangka, ilmu pertarungan Mus amat hebat. Bukan dia tidak biasa berlawan, sejak dari kecil dia sudah diasuh dengan ilmu pertarungan dan persilatan dari perguruan yang paling agung di alam separa duyong. Mengapa Mus sukar dikalahkan?
"Kita berhenti berehat dahulu, aku tengok kau dah semakin lemah!"
"Belum lagi...!"
Zap! Zap! Zap! Ratna Sari melipas pedang, dan akhirnya Pang! pedang yang dipegang jatuh ke lantai gua. Lantas membuatkan penghuni dan pengawal datang ke arah mereka.
"Tak mengapa!, Aku tak ada apa-apa"
"Kan aku dah bagi tahu...kau kena rehat..."
"Mus! kau rasa kekuatan kau pada pedang ni kah?"
"Eh! sampai hati kau cakap aku bergantung penuh pada pedang ni! Nah! ambil pedang ni, cuba kau rasa sendiri, adakah kau rasa macam ada kekuatan tambahan?"
"Mmmmm.....aku rasa ada!"
"Ah! kau ni...ha!ha!ha!"
"Kalau kau betul-betul nak pedang ni, pun aku boleh bagi..."
"Betul ni?"
"Eh! bukan sekarang!, bila perang ni selesai nanti apa pulak datuk aku cakap.... Dia yang bagi pedang ni pada aku,"
"Ha! tahu pun..."
Ratna Sari memerhatikan sinaran anak mata Mus yang memancarkan seorang yang ikhlas dan penyayang. Mus menyapu air peluh yang mengalir dari wajahnya. Adakah dia sedang bermimpi adakah ini satu realiti? Mus mengapa kau terlalu baik pada aku? Mengapa kau hadir dalam hidup aku? Kau buat aku tidak ketentuan, asyik teringatkan kau! Ratna Sari menarik nafas, kalaulah dia dapat meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Dah! kau pergi bersihkan diri..."
"Mus, kita boleh berlatih lagi kan?"
"Itu sudah mesti!"
Ratna Sari melemparkan sebuah senyuman yang amat manis, dia bangun dan beredar sambil senyuman masih lagi lekat dibibir. Kenangan indah sewaktu berlatih dengan Mus menjadi maianan fikirkannya.
Adakah aku dilamun cinta? Mmmmm biarkan saja aku melayan perasaan ini. Cukup indah, terlalu indah sukar diungkapkan kata-kata.

Sang Mata Satu masih duduk di atas kerusi bagaikan raja segala kejahatan. Suasana istana sungguh gelap diterangi dengan lampu neon yang dijanakan dari tenaga gunung berapi. Panas! tapi dia sudah selesa dengan kepanasan yang tinggi. Lambat-laun, dia akan ke neraka juga...Apa yang penting, tugaskanya perlu diselesaikan!. Mustafa adalah seorang yang perlu dihapuskan.
"Olga! Kau bodoh! Mana budak hingusan sial tu sekarang?"
"Ya, Tuanku, dia sekarang berada di alam separa duyong,"
"Mmmm kalau begitu hantarkan sepuluh ekor Orion ke sana!"
"Tuanku, Ular kita dah semakin sedikit Tuanku, kalau kita hantar sepuluh ekor, yang tinggal lima ekor saja lagi, lima ekor lagi untuk dibiakkan!"
"Ah! Kau ni memang bodoh Olga! Tak guna otak!, kalau Orion tak ada, kita ada sepuluh ular naga merah!"
"Oh! ya tuanku, saya memang bodoh!"
"Pergi buat kerja!"
"Mustafa! aku tahu...kau akan menang akhirnya...tapi aku tetap tak akan putus asa untuk menyesatkan manusia! Ha! Ha! Ha!"
"Tuanku ada apa-apa lagi?"
"Cis! bodoh! aku cakap untuk diri aku bukan kau!"
"Maaf tuanku!"
"Kau memang tak boleh diharap! pergi buat kerja kau!"
"Baik tuanku!"
Naga tunggangan Sang Mata Satu mengaum. Argggg!!! Tanda kemarahan yang membuak-buak. Perasaan dendam, benci menyemarakkan api kemarahan. Tiada belas kasihan yang terpancar di wajah. Sang Mata Satu mengatur langkah. Dia perlu berhati-hati, kekuatan Mustafa terletak pada batinnya. Mungkin kelemahan dirinya adalah godaan wanita cantik.
"Ah! Mustafa aku tahu kelemahan kau! Kau akan kalah!"
"Olga!, aku mahu kau perhatikan Sang Ratna Sari, kita perlukan dia"
Mus datang ke perkarangan perbicaraan istana. Di dadanya terasa beban dan bertanggungjawap untuk mengawal alam separa duyong. Orang-orang gua ini perlu diselamatkan dari serangan Orion. Mereka boleh datang bila-bila masa saja. Mus tidak mahu, kejadian berdarah kampung satu berulang semula. Wajah-wajah wanita, kanak-kanak yang tidak berdosa bermain difikirannya.
"Yang Mulia Mustafa!"
"Kita perlu bersiap sedia, aku dapat rasakan Orion akan datang menyerang bila-bila masa saja lagi,"
"Ya! betul tuaku!, Aku pasti Orion yang mati akan dapat diketahui juga oleh Raja Sang Mata Satu, mereka akan datang semula menyerang, mungkin dengan jumlah ular yang lebih banyak...." sambung Gelama
Sang Raja Separa Duyong, Halim sedang duduk berbicara dengan Tuan Kusma dan penasihat diraja. Pertemuan dan perbicaraan ini amat sulit untuk didengari oleh mana-mana orang duyong. Tapi mereka harus akur, mereka amat memerlukan Mustafa, dan kesatria duyong. Ada sesuatu yang mereka perlu rahsiakan dari orang-orang duyong. Tapi Sang Raja hanya menanti masa yang sesuai.
"Kau rasa Mus dapat musnahkan Orion?"
"Sudah tentu, dia sudah bunuh beberapa Orion di alam duyong sehingga mereka sudah berbulan tidak diserang."
"Kita sudah tak banyak masa lagi...bila-bila masa kampung dua akan diserang, bagaimana pendapat Tuan Kusma?"
"Aku merasakan, kita perlu masukkan semua orang-orang kita ke perkarangan istana, kita mantapkan kubu pertahanan kita."
Kubu pertahanan istana telah diperkuatkan dengan tambahan batu-batu besar yang menjadi benteng pertahanan. Kesatria duyong sedia membantu dengan tenaga kekuatan mereka dari bawah lautan.
"Agak-agak, berapa lama lagi kubu ini akan siap?"
"Tak lama!
Zup! Zup! Zup! kedengaran bunyi di permukaan darat, jelas kedengaran.
"Grrrmmmmmr!!" bunyi itu semain dekat.
"Hati-hati! Orion datang menyerang!"
Mus berani kan diri melangkah ke hadapan dengan pedang yang masih tersemat di dada. Ada sesuatu yang dekat datang dan pergi sepantas bunyi yang menjelma. Kubu pertahanan masih lagi belum utuh. Makhluk itu dapat menceroboh. Bunyian itu adalah suatu yang aneh, dia mesti ketahui dari mana dan siapa bunyian itu datang.
"Argh! Tolong!" Kedengarn suara Puteri Ratna Sari. Mus berlari naiki tangga ke tingkat atas peraduan sambil berhati-hati dengan serangan yang bakal datang dari arah yang tidak diketahui.
"Apa yang terjadi pada kau?"
"Mmmmm tak ada apa-apa"
Mus merasakan gelagat dan gerak Ratna Sari tidak seperti dirinya yang dikenali. Pancaran matanya ingin menggoda. Ah! sungguh aku terpesona!
"Mus! marilah sini...temankan aku.."
"Tak boleh! aku ada kerja yang kena buat, Orion akan datang bila-bila masa. Kau bangun dan jaga di bahagian bawah kubu pertahanan."
"Mmmmm Mus tapi...aku perlukan kau di sini..."
"Apa yang kau cakap ni?"
Mus perlu berhati-hati, pesanan Pak Tua masih lagi segar diingati.
"Nafsu itu adalah musuh yang berada di hati. Jangan biarkan ia mengawal diri." Ratna Sari menarik tangan Mus ke tempat peraduan. Tanganya lembut dan lemah longlai. Matanya bertemu dengan penuh godaan manja. Zup! Mus dapat merasakan tangan yang disentuh itu bukanlah dari Ratna Sari.
"Kau bangun sekarang!"
"Mus! mengapa kau tengking aku?"
Tangan yang masih lagi menjalar di dada Mus, ditepis dengan kasar.
"Kau jangan nak berpura-pura! Aku kenal kau siapa! Aku cakap kau keluar sekarang! Keluar!"
Sang Raja Separuh Duyong datang bersama kesatria mereka, Melihat Mus melayan anaknya dengan kasar, dia terus menerpa Mus. Tapi di halang oleh Gelama dan Patin.
"Nanti dulu tuanku!"
"Kau keluar! Keluar dari jasad ini!"
"Ha!Ha!Ha!....Arghhhhhhhhhhhhhhhhh" Ratna Sari ketawa kemudian menjerit kesakitan. Tangan Mus sedang berada di leher Ratna Sari mencekik dengan sebelah tangan.
"Bapak! Tolong!"
"Mus! apa yang kau dah lakukan?"
"Dia sudah dirasuk!"
"Bismillah hilasi la yadurru maasmihi saiun wahuaala kulli saiin qodir! Keluar!"
"Ya! Aku keluar! Mus... aku minta maaf...aku tak sedar. Apa yang berlaku?"
"Kau telah dirasuk oleh jin suruhan Sang Mata Satu!"
"Mus! tengok belakang kau!"
Ratna Sari bangun dan menikam Mus dari arah belakang. Zap! tangannya ditepis, Ting! pisau panjang itu jatuh ke lantai gua.
Pang! Mus terus menampar Ratna Sari. Dia sedar jin suruhan Sang Mata Satu masih lagi berada di jasad Ratna Sari. Kau nak tipu aku! Kali ini Mus membaca surah dan jampi dari pengajaran Pak Tua.
"Sakit!!!!! Jangan! aku keluar sekarang!"
Jin hitam gelap berupa seekor katak terkeluar dari jasad Ratna Sari. Matanya merah dan merangkak keluar. Zup! Zup! Zup! busur anak panah Gelama terus mengena tubuh Jin Katak. Dia mengelupur kesakitan dan mengerang kesakitan.
"Cepat! hapuskan dia!"
Gelama menarik pedang dan terus menghunus ke dada jin katak. Darah merah pekat hitam keluar dari tubuhnya.
Bersambung...
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.

Penaja
No comments:
Post a Comment