Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyung Siri 8




Puteri Ratna Sari...Sinaran pandangan matanya terus membuat Mus terpesona. Wajahnya masih lagi terbayang di dalam ingatan. Mus tidak dapat tidur lena. Sepatutnya tilam yang empuk dan katil yang besar disaluti emas bersama bunyian deruan air terjun pasti membuatkan Mus terasa dibuai keasyikan nikmat tiduran malam. Sambil terbaring dia memerhatikan sekeliling. Mus tidak menyangka gua di tengah lautan di diami oleh makhluk separa duyung ini amat luas dan indah. Penduduk di sini tidaklah seramai orang duyung, tetapi mereka punyai sistem pentadbiran dan raja mereka tersendiri. 

“Bismillah...tidurlah...kau kena berehat Mus. Kau tidak tahu apa yang akan berlaku besok. Mungkin kau amat perlukan tenaga untuk besok. Tidurlah!” 
detik suara hati Mus berbicara.

Kampung Jalan Hilir, Terengganu, tiga tahu yang lalu

Dahlia dan Mustafa sudah biasa bertemu di gerai makan tepian lautan. Bunyian ombak yang mengalunkan dan angin yang sepoi-sepoi menenangkan jiwa pada sepasang kekasih yang sedang berpacaran.

"Dahlia, kau akan tunggu aku kan?"
"Kau nak pergi mana pula ni Mus?"
"Abang ada kerja, jauh dan mungkin berbulan aku tak akan kembali. Tapi Dahlia mesti tunggu abang,"
"Awak tahu tak Mus, seluruh orang kampung rasa awak ni seorang yang pelik tau! Kadang-kadang awak jadi nelayan, lepas tu awak boleh pula hilang berbulan-bulan. Kemudian datang kembali. Cuba awak cakap betul-betul dengan saya, awak buat apa dekat gunung sana?"
"Macammana awak boleh tahu abang ke sana?"
"Saya main agak aja...tak tahu pula betul awak ke sana...cakaplah betul-betul awak buat apa ke sana?"
"Sebenarnya abang sedang belajar ilmu persilatan di sana."
"Betul ni?"
"Betul la...Dahlia sayang, takkan lah abang nak tipu. Tuan Guru abang yang nak abang berlatih di sana, di sana abang boleh fokus pada kekuatan diri dan…"
"Yela tu..ha!ha!ha!, kali ini berapa lama pulak?"
"Tak lama..."

Mus menarik nafas panjang, kisah cinta dia bersama Dahlia masih lagi terbayang diingatan. Mungkin Dahlia ingat dia masih lagi berlatih di kaki gunung. Sekarang pun dia sedang berada di dalam gua di tengah kepulauan lautan, tapi entah di mana, dia tidak ketahuan.

Guat Taat, Alam Manusia

"Cuba kau ingat kembali langkah yang aku dah ajar. Setiap langkah itu adalah tenaga yang kau simpan, jangan kau tersilap langkah! atau kau sendiri akan terima padah!"
"Baik Pak Tua!"
"Tu! cara kau menumbuk pun masih lagi lemah, Mus! kau perlu bagi tumpuan."

Pak Tua menunjukkan cara langkah persilatan. Sebenarnya dia sudah tahu, siapa Mus yang sebenar. Tapi dia simpankan rahsia ini. Tiba masanya Mus akan menyelongkar sendiri siapa dirinya yang sebenar.

Kebiasaan Mustafan kawan-kawannya setelah penat berlatih mereka akan duduk bersembang sambil membuka bekalan masing-masing, mereka menjamu selera bersama-sama. Kelibat Pak Tua tidak kelihatan, dia boleh saja menghilang di dalam gua dengan sekelip mata tampa mereka sedari. Tapi mereka sudah biasa dengan perangai Pak Tua. Dia memang suka bersendirian bertawajuh dan bertafakur sekirannya ada masa terluang. Mus, Kamal, Budin,  dan Uda memang berkawan sejak kecil lagi dan punyai minat yang sama dalam seni persilatan.

"Mus! tak sangka Pak Tua begitu berkenan dengan kau!"
"Eh! mengapa pula kau cakap camtu?"
"Kami yang kat belakang ni, selalu asyik kena ikut kau aja, Pak Tua ajar kau kami mengikuuuuut je lah! Ha!Ha!Ha!"
"Itulah, kau semua yang nak ikut aku, Pak Tua tu bukannya boleh ajar ramai orang, itu pun korang dah cukup bertuah tau dia benarkan kita berlatih di sini!"
"Aku tak faham, Pak Tua tu saudara kau kah Mus? Cuba kau cerita sikit kat kitaorang ni, camna kau boleh jumpa dengan Pak Tua tu?"
"Itu aku tak tahu, aku datang je di sini, aku dah nampak dia,"
"Kau tak rasa dia tu wali ke?"
"Aku pun rasa begitu, kalau kita dapat bergurukan wali untuk kumpulan silat kita, memanglah bertuah!"
"SHHHHHHH!!! bisinglah Pak Tua dengar nanti" sampuk Budin.
"Budin, besok korang semua balik, aku nak tinggal di sini lagi tiga hari,"
"Mus! apasal kami tak boleh ikut?"
"Korang lupa ke? Kalau tak da guru, budak-budak yang tu nanti sapa nak ajar? Kau balik dulu, teknik yang Pak Tua ajar ni, kau jangan pulak dedahkan lagi pada budak-budak tu, mereka tu kanak-kanak lagi."
"Ok! kau jangan bimbang, balik je nanti, kau punya giliran, aku nak tangkap ikan pulak!"
"Ha!Ha!Ha! confirm la!"

Gua yang sunyi Mus duduk berdiam diri. Udara sejuk segar di dalam gua sungguh enak disedut sedalamnya. Pada waktu malam udaranya sungguh sejuk sehingga menusuk ke tulang. Unggun api yang menyala menleyapkan angin rasa kesejukan yang menjalar di setiap ateri darah. Mustafa sabar menanti kehadiran Pak Tua.

"Setelah kau khatam Al Quran ini dalam tiga hari. Kau akan bertapa di dalam gua ini selama tiga hari. Semasa kau bertapa kau akan dapat selami kekuatan yang kau ada yang selama ini sudah lama tersimpan di dalam alam roh. Aku mahu kau keluarkan diri dan jadi diri kau yang sebenar."
"Pak Tua saya kurang faham,"
"Kau akan faham sendiri nanti. Sekarang pergi kesana duduk bersila dalam keadaan rehat. Lakukan teknik pernafasan yang aku dah ajar. Tahan diri kau dari melakukan sebarang pergerakan, berikan tumpuan kepada Pencipta. Sekirannya kau diganggu, itu datang dari kelemahan diri kau sendiri. Aku mahu kau lawan segala nafsu dan kelemahan yang ada pada diri kau. Hilangkan segala rasa kesayangan dan urusan duniawi. Bayangkan kau sudan meninggal dunia, dan kembara kau ke alam yang kekal abadi baru bermula. Kita jumpa semula selepas 3 hari insyallah. Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalamwarahmatullah..."

Mus menarik nafas sedalamnya. Hembusan nafas dilepaskan dalam keadaan penuh ketenangan. Perut, dada dan fikiran seiringan. Dia cuba memberikan tumpuan untuk berada dalam keadaan rehat ketiduran tapi masih lagi terjaga. Satu demi satu anggota badan Mus berada dalam kerehatan, bermula dari hujung ibu jari kaki, lutut, paha, perut, dada, tangan, lengan, jejari dan kemudia naik ke kepala. Mus sudah berada dalam kerehatan yang amat dalam, sedalam yang mungkin. Alpha.

Tiba-tiba satu suara kedengaran.
“Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu”
“Ha!ha!ha!”
Satu bunyian dari jin penunggu gua yang biasa Mus dengari.
“Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!”
Bunyian itu datang lagi dengan suara yang jelas. Ah! suara jin itu tidak dapat membuatkan Mus berganjak dari tempat persilaan. Degupan jantung Mus sedang berada dalam kerehatan Alpha. Dia akan terus berikan tumpuan pada Sang Pencipta. 

"Assalamualaikum!"
Satu suara seperti Pak Tua kedengaran. Patutkan dia membuka matanya. Tidak! Pak Tua tidak sesekali dan tidak semudah itu menarik kembali apa yang dia kata. Ini semua gangguan jin!.

“Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!”

Sudah ku agak siapa kau! Kau tak akan sesekali dapat menipu aku!
Detik hati Mus berbicara, tapi dia tetap tidak berkata dan bergerak walau seinci. Bunyian itu membuatkan dia hilang tumpuan. Dia sedar jin gua itu sedang berada dekat di sebelahnya. Namun, dia tidak boleh membuka mata. Dia harus fokus. Jin itu tidak akan sesekali berani menyentuh manusia kecuali ada tuan yang mengarahkannya. Dia hanya datang menganggu. 
Bukankah jin dan syaitan itu musuh manusia yang nyata!

Tik! Tik! Tik! bunyian air yang jatuh dari bumbung gua. 
Hish! apa pulak ni? Mus terbangun sendiri dari tempat persilaan. Terkejut! Dia dapat melihat dirinya yang masih lagi duduk bersila. 

Apa? Mus terkejut.
Aku sudah berjaya! keluar dan mengawal roh aku! Mus tersenyum sendirian. Tetapi dia masih lagi ingat pesanan Pak Tua agar tetapkan diri di tempat ini. Walaupun hati bergelora ingin melangkah pergi meninggalakan jasadnya, tapi dia akur dengan arahan Pak Tua. Dia memerhati alam sekeliling yang amat gelap, terdapat satu sinar tapi agak jauh. Dia tidak berani membelakangi pesanan Pak Tua. Langkahnya longlai dan kembali masuk ke dalam jasad badanya semula.

Selepas tiga hari

"Assalamualaikum!"
Kelihatan Mus masih lagi tetap diam berada di tempatnya. 
"Assalamualaikum!"
Pak Tua meninggikan suaranya, namun Mus tetap duduk diam tidak bergerak walau seinci. Pak Tua meletakkan tapak tangan di dada Mus. Dia masih lagi merasakan degupan jantung Mus berdegup. Mus masih lagi ketiduran. Badannya keras dan kaku. Lantas Pak Tua melaugkan azan ke telinga Mus. Mata Mus terus terbuka secara perlahan-lahan. Pak Tua memapah Mus untuk bangun dan berdiri. 
"Alhamdulillah! Kau sudah terjaga. Mari ikut Pak Tua. Seluruh badan kau perlu disucikan."
Mus cuba bangun dengan bantuan Pak Tua, kaki dan badannya masih lagi keras. 
"Arghhh! aduh! terasa kekejangan pada seluruh anggotanya. Tapi Mus diamkan saja rasa kesakitan itu. Pak Tua sentiasa sedar dan memahami lantas biarkan anggota badan Mus kaku selama lima minit sebelum melangkah kaki ke hadapan.
"Terima kasih Pak Tua atas segala ajaran. Mus dapat pegang roh Mus dalam gengaman."
"Bagus! Kau sudah lulus dalam ujian ini. Pak Tua nampak kau berjalan meninggalkan jasad kau."
"Ya! Tapi Mus masih lagi ingat pesanan Pak Tua agar duduk diam setempat. Pak Tua izinkan saya mengembara, di alam makhluk halus,"
Pak Tua terus menganguk. Tiada gunakan dia menghalang Mus. Dia akan tetap dengan pendiriannya. Lagipun pengembaran ini mungkin dia dapat kenal asal usul diri dia yang sebenar.

Gua Sakti, Alam Separa Duyung

Suasana istana Gua Sakti memukau pandangan mata. Mustafa rasa tenang melihat anak-anak sungai yang mengalir di bawah istana. Bermacam persoalan bermain di minda Mustafa.

Siapa aku yang sebenar? Mengapa Pak Tua tidak bagi jawapan pada aku? Adakah segala yang berlaku di alam duyung ini membuktikan aku bukanlah orang biasa? Ya, aku akui, aku bukanlah seperti orang kebanyakan. Mungkin ini yang Pak Tua ingin aku rungkaikan. Tapi ... aku dapat rasakan masih lagi ada sesuatu yang tertinggal. 

"Yang Mulia Mustafa, hari sudah subuh" 
Suara Puteri Ratna Sari memecah segala lamunan dan imbasan masa yang lampau.
"Puteri Ratna Sari, bagaimana kau boleh tahu aku berada di sini?"

Dia membiasakan dirinya aku dan kau kerana beginilah adat berbicara dia alam ini. 
"Hari dah subuh, Yang Mulia Mustafa, di sana kau boleh bersihkan diri dan berwuduk, kita jumpa lagi nanti untuk bersarapan, kau pasti suka masakan kami di sini,"
"Ya, sememangnya itu yang aku tunggu." 

Kelihatan Gelama, Patin, Tuan Kusma sudah berada di tengah ruang solat. Mereka sedang menantikan Mus sebagai imam. Mus tidak menunggu siapa, terus dia melangkah kaki ke hadapan dan mengangkat tangan untuk kembali berbicara dengan Pencipta.

"Amin.."
"Mus, terima kasih kerana sudi datang ke mari,"
"Tak mengapa Tuan Kusma, aku memang suka mengembara dan menolong."
"Mari, kita bersarapan aku tahu kau tentu rasa lapar, ada hidangan yang istimewa menanti."

Gelama dan Patin mengelengkan kepala, selera orang separa duyung seperti manusia biasa, mereka terpaksa akur dengan selera orang di sini. 
"Gelama, Patin, apa tunggu lagi? Kau kamu semuanya ni perlukan tenaga, kalau tak bagaimana kita nak berlawan dengan musuh nanti!" 

Saling berpandangan mereka paksakan diri menelan juadah yang berada di hadapan mata. Sayuran dan lauk yang di masak bukan pilihan mereka. Masakan mereka tidak perlu di masak. Mereka hanya makan yang mentah saja.

"Oh! aku hampir terlupa, sila gantikan dengan hidangan khas untuk orang duyung, maaf beta terlupa orang-orang duyong punyai selera yang lain dari kita."
Wajah keriangan terpancar di mata orang duyung. Mereka saling berpandangan dan berpuas hati dengan hidangan khas untuk mereka. 
 
Raja Harlem, Separa Duyung datang mengadap bersama Puteri Ratna Sari. Permaisuri raja, ibu kandung Ratna Sari telah dua tahun meninggal dunia. Kini Dia pergi terlalu misteri. Tapi Raja Harlem tahu, ia adalah angkara musuh mereka orang-orang Sang Mata Satu. Dendam kematian permaisuri raja masih lagi belum terbalas, dia perlu bersabar dan menanti masa yang sesuai. Walaupun sudah punyai pengganti permaisuri, namun rasa cinta pada ibu kandung Ratna Sari masih lagi belum malap. Hanya menatap wajah puteri kesayangannya dan bergaul dengannya dapat menghilangkan rasa rindu yang bersarang di hati Raja Harlem. Dia amat menyayangi Puteri Ratna Sari dan berikan apa saja selagi di bawah kemampuannya.

"Mus! kau perlu sedar askar tentera Sang Mata Satu terlalu ramai. Kita tak dapat menentang mereka tampa bantuan kau dan kesatria alam duyung. Kau perlu tahu, walaupun kami dapat hidup dua alam, tapi kami tak punyai kekuatan seperti orang duyung. Tapi kau berbeza Mus!"
"Mereka akan datang menyerang kembali ke kampung dua," Gelama mencelah.
"Orion akan memanggil lebih ramai pengikutnya untuk mulakan serangan."
"Kita perlu kumpulkan semua orang kita masuk ke kawasan istana. Kita tak punyai pilihan." Raja Harlem bersuara. Mustafa masih lagi diam memikirkan strategi.





Bersambung....
Ikuti Siri Yang Lepas

http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.


Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...