Ubat Pelansing Boleh Buat Mandul?


SAYA berumur 34 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada Mac 2011. Saya mempunyai kitaran haid yang normal tetapi tidak hamil. Sebelum berkahwin, saya banyak mengambil ubat dan pil untuk menurunkan berat badan.

Adakah kerana pengambilan ubat-ubatan ini yang menyebabkan saya sukar mengandung? 
ANIE, 
Kuala Lumpur 

ANDA tidak menyatakan berat badan anda dahulu dan kini. Perubahan berat badan secara mendadak sama ada menurun atau bertambah, boleh menyebabkan gangguan ovulasi juga memberi kesan kepada aturan haid. 

Ubat-ubatan yang diambil lazimnya diproses serta dikumuh sama ada di dalam hati atau buah pinggang. Ujian darah fungsi hati dan buah pinggang dapat memberi gambaran keadaan organ berkenaan, tetapi kadangkala kesan negatif hanya dapat diketahui lambat. Bergantung kepada dos yang diambil, ia juga boleh memberi kesan negatif sehingga merosakkan organ berkenaan. 

Semudah ubat yang biasa diambil, misalnya bahan paracetamol bagi meredakan demam juga boleh menyebabkan kerosakan hati sekiranya diambil lebih daripada dos yang disahkan. 

Ubat-ubatan moden lazimnya mempunyai preskripsi yang turut menyenaraikan kesan baik yang dijangkakan serta kesan ­sampingan yang boleh dialami selain mendapat ­kelulusan badan pengawalan berkuasa sama ada tempatan mahupun antarabangsa, Kebanyakan produk lain pula hanya menyenaraikan kesan atau kemujarabannya saja bagi menarik minat pelanggan tanpa mengambil berat mengenai kesan negatifnya. Berhati-hatilah sebelum mengamalkan sesuatu bahan.  - hmetro

------------------------------------------------
Cara yang terbaik tuk kuruskan badan adalah 

1- Bersenam
2-Kurangkan makan yang berlemak, berminyak, dan manis.
3- Sauna
makcik ni pun nak jadi model...seksi lagi tu..hahaha

Penaja

Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari, sapukan losyen panas masa nak guna
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

Kuruskan Badan Dengan Pantas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...